Monday, September 26, 2011

love fairy tale : surat tak puas hati untuk awak

kehadapan awak yang gedik lagi mengada,


Awak tahu tak awak suka buat saya tak senang duduk sekarang ni? Setiap kali saya tiada apa untuk dilakukan, saya mesti tengok henfon saya. Untuk lihat adakah saya terlepas text atau panggilan dari awak. Kalau saya bukak facebook, saya lihat notification saya, saya pasti cari nama awak dulu. Ada tak awak hantar apa-apa atau komen apa-apa atau like apa-apa. Sungguh, saya tunggu nama awak dipamerkan.


Kenapa awak buat saya macam ni? Awak mandrem saya eh? Awak, saya tak kesah awak nak curik hati saya bahkan saya suka, tapi cara awak kadang-kadang buat saya geram sangat-sangat kat awak. Yela, awak dah curi hati saya yang rapuh ni, pastu awak buat seperti acuh tak acuh. Awak tau tak saya tunggu text awak? Panggilan awak? Pastu, saya dah penat tunggu awak, awak cari saya dan buat-buat macam takde perasaan. Geramnya!


Awak memang kejam. Saya tau kita takde apa-apa hubungan, tapi.. Kalau macam tu jangan la layan saya elok-elok. Jangan la amek berat tentang saya. Jangan la tanya macam-macam kat saya. Awak buat saya tak keruan dengan cara awak tu. Awak memang mengada!


- yang sket lagi nak merajuk ni- 

fairy tale means fairy tale. takde kene mengene dengan sesiapa. hanya kisah dongeng.

ok,dah.bai!

4 comments:

  1. i did this for u anis.sesuai kan dgn situasi kau?oh,aku dah bole jadi penulis novel love euwh-euwh.awwww~

    ReplyDelete

sini2.komen kt sini.