Thursday, December 8, 2011

love fairy tale : surat khas untuk awak,encik crush

kehadapan encik crush saya,

saya tau saya ni kawan biasa-biasa je pada awak. tapi cara awak kadang-kadang buat saya rasa macam lebih dari kawan je. dan sekarang saya rasa awak anggap saya macam orang asing je. layanan awak dah tak macam dulu. kenapa ye macam tu?

awak cakap awak kawan dengan saya sorang je buat masa ni. tapi saya tak rase benda tu betol. sebab awak buat tak tahu je kat saya. awak nampak saya, tapi awak buat tak tahu. sedih sangat awak. nasib baik saya cool je bila awak buat macam tu.

tapi sebenarnye saya nampak je cool,tp kat dalam ni dah macam empangan nak pecah. saya tak salah kan awak. saya yang salah, sebab letak sedikit harapan. harapan tu tak patut wujud pon sebenarnye. lagipon, kawan tak perlu la contact hari-hari. kan awak?

awak tak payah la hubungi saya lansung dah.kite stop kat sini nak? nanti saya sedih bile ada masanya awak tak hubungi saya. hati saya ni bukan kuat sangat nak hadapi kesedihan tu. nanti saya nangis macam mane?

- yang cuba kuatkan semangat -

No comments:

Post a Comment

sini2.komen kt sini.