Yup. Tu la under water world dekat pulau di Krabi. Krabi adalah destinasi mesti, harus dan kena pergi at least sekali dalam seumur hidup okay. Sebab cantik gila kat situ, makanan sedap tak hingat dan murah lah jugak nak shoshoping. Kakaka.
Pergi Krabi dengan KTM Senandung Langkawi
Jadi pada hujung disember 2014 aku dan suami berbulan madu, lagi, k bye. Kitorg pegi sana dengan Ktm senandung langkawi. Cost : rm108 pegi dan balik, katil bahagian atas.
Katil yang agak selesa dan lemak kaki yang tak selesa :p |
Urusan imigresen
So, of course when leaving our country and entering another country we have to go through the immigration. All these happened in Padang Besar, Perlis. Lepas beberapa jam kita akan sambung body train dengan kepala lain sampai ke Hatyai, Thailand.
Hatyai - Krabi
Dr hatyai ke krabi by van kosnya adalah rm 60 pegi dan balik. Only this range. Janganlah engkorang terpedaya dengan orang yang lekas2 ajak ko naik van tepi stesyen Hatyai. They will charge you triple of the usual price! Pffft.
Jalan Hatyai sat sementara tunggu van ke Krabi |
Nasi Kerabu engko kenapa sedap sangat? |
Krabi Town
Jadi, kitorang telah menginap di Pi-eng-getau (baca laju) a.k.a PN Guest House, Krabi Town. Tu la "sound" orang sana masa kitorg cari tempat tinggal yang kitorg dah tempah awal2. Haruslah jadi bahan kitorg laki bini. Kakaka. Actually korang bole pegi je Aonang Beach atau Phranang Beach dan stay sana. Tapi, kalau just nak g pantai je, korang x pegi la town dia sebab dalam 20 minit jugak perjalanan.
Dekat PN Guest House tu memang backpacker habes. Murah je. Rm 30/night. Happening jugak Krabi Town ni. Lebih dekat dengan penduduk asal. Thus, we can watch their lifestyle, where we find it as, the most valuable moment when we travel :')
Sewa Skuter
Untuk kurangkan kos, bole la engkorang sewa skuter/motor. Takyah lesen ok. Skuter lawa gila. Sewa skuter : rm20 for 24hours.
Naik tuktuk pun bole je kalau nak rasa. Dari Krabi Town nak pegi Aonang Beach dalam rm50. Mahal2.
Aktiviti
Activity 4 islands start from aonang beach should be dalam rm50. Tapi kitorg pergi berdua je dengan private boat sebab x tempah sehari awal. Jd rm125/person. Rugi. Oh, kat situ macam kena banyak book awal sket la kalau nak jenjalan. Tak tau la sebab kami pergi time hujung tahun, ramai orang. But, the best part is, kami dapat pemandu boat yang bole kecek kelate! Mesti lah best. Macam2 kami tanya. Takde lah macam, "kite kat pulau gapo dio ni?" kalau dapat pemandu tail boat tak reti bahasa melayu/ english.
1. Tup island
Cantik gile. Masa sampai tu ingat orang jalan atas air, rupanya antara dua pulau tu ada laluan pasir. Magnificent!
Laluan pasir ke pulau depan tu |
Say what...? Subhanallah :) |
2. Chicken Island
Orang kata Chicken Island ni port terbaik untuk snorkeling. And you know what? I think they speak the truth. Cantik habaq hang.
Spot that Chicken's head! |
Tapi i ols ni penakuit skek. Nak tenggelam laki aku bila aku asek tarik dia. Sedangkan pakai life jacket. Kakaka. Cuma kami tak pakai goggle dan snorkel sebab x beli masa kat darat. Rugi2. Tsk3
Lompat bang jangan tak lompat. -_-
3. Poda Island
Panas |
Tipikal tempat orang posing di Poda Island |
Tempat budak kecik tepi pantai pun nampak ikan. Ni kalau ryqal ni mau ditendangnya ikan2 tu sume.
"Ngumpat i ke mak lang?" |
:B
4. Phranang Cave Island
Eh. makanan! Kat sini depa jual kat dalam boat. Mostly halal food. Sedap giloss. |
Phranang cave ni macam pitstop gak la. Makan2. Dan ada gua sembahan sket la. Huhu. Macam tempat mintak kesuburan gitu. Malu ok tengok apa dorang letak situ as tangkal. Malu i sebagai perempuan melihatnya. Huuuu.
Dekat gua Phranang |
Panjat2 |
Untuk journey island hoping, ni je kami dapat pi memandangkan p sekejap je. Emerald pool, phi phi island, engkorang pergi lah teroka. Dengar cerita best jugak. And, jangan lupa pergi massage. Pergh. Best gila sampai terlelap2 sket. Cuma tak berdengkur je, kot. Kakaka. Oil massage aku buat baru rm 30/hour.
Masjid di Aonang Beach. |
Mana ada shopping apa pun. Takde2. :p
Apparently, Krabi has the best beaches and islands that I've ever go. You guys must go! Over all will take only about rm 600 including souvenir untuk keluarga yang ramai di rumah. Percutian bajet kan? Pergi2.
Till then,
:)