Saturday, January 16, 2016

New Zealand 2015 Part 1


Assalamualaikum.

Haritu (7 bulan lepas to be exact :p) aku dan satu famili suami telah pergi berjalan-jalan ke New Zealand. NZ terbahagi kepada dua bahagian iaitu north island dan south island. Kami hanya berjalan di south island. The roadtrip, it was absolutely fun! Alhamdulillah.

Kuala Lumpur - Melbourne

So, kami ke Melbourne dulu. Sebabnye taknak perjalanan terlalu lama, MAS tak pergi South Island of NZ dan MAS ade sale ke Melbourne! Hihi. So, kami lepak dulu Melbourne dalam 8 jam kat Park Royal Hotel sebelah Tullemerin Airport, Melbourne. Disebabkan aku first time ke Melbourne, aku dan suami pun berjalan2 di bandar melbourne sementara tunggu next flight ke Christchurch, NZ.


White House yang tak berapa nak white.

Free tram




Melbourne - Christchurch

Dari Melbourne ke Christchurch kitorg naik Jet Star. Dua jam jugak la perjalanan. Sampai kt Cristchurch dalam 4 pagi, terus amek van sewa. Kitorg ramai, so pakai Hiace. Aku yang perasan tahan sejuk, terpaksa tukar trench coat kpd winter coat sebab suhu adalah -1 darjah. Sejukkk. So, from here, our roadtrip in south island had begun. Wuhuu.


Christchurch - Fox Glacier

Jadi pengembaraan kami bermula dari Christchurch ke Fox Glacier melalui West Coast.





Luar airport Christchurch
Sarap nasi lemak, roti canai, teh tarik. (TIPU)
Sheeps and the icy hills

Lembu Malaysia taknak pulak amek gambo. Agak racist kami. Kahh





Tandas dan van.
Bagi aku, keindahan di NZ ni bukan hanya pada destinasi, tapi juga pada perjalanannya. Segala puji hanya bagi tuhan. Cantik gileeeee. Macam mimpi je.





Tepi jalan.

Couple

Grab a cup of hot coffee.
Sebelum sampai ke Fox Glacier, kitorg melalui jalan penuh cabaran. Seram jugak la. Bayangkan van Hiace yg besar dan berat, lalu tepi2 gunung yang takde penghalang kt tepi, lalu bawah air terjun, cerun yang sangat curam. Tapi jgn risau, kite kan ade tuhan. Doa bebanyak.

Our stay in Fox Glacier

Its a cabin house!

Fully furnished

Katil ada heater memang syok kan?
Perkampungan Fox Glacier

So, tido semalam. Esok pagi gerak ke gunung di mana glacier berada. Sedih jgk bila g sini, tepi jalan ade tanda "Glacier was here in year bla2" Maksudnye glacier dah mencair. Makin lama makin sikit. Sekarang kene naik ats puncak baru dapat tgk glacier yg dalam 13 km je panjang. Naik heli paling mudah. Kesian bumi kite kan? Kitorg hanya daki sampai limit yang dibenarkan je atas faktor keselamatan.

-_-
-_-    -_-



Belakang tu glacier. Sipi2 je nampak

"Ops, sampai sini je ye" kata abang belakang tu

Ibu mertua ku hajah Halina Ali berehat dalm van time ni. Hehe

Fox Glacier - Dunedin

Dalam roadtrip ni, banyak kali gila kami stop untuk nikmati pemandangan dan amek gambar. Jalan sket berhenti. Sebab lawa sangat. So, shopaholic kalau nak shopping, NZ bukan tempatnye. Seterusnya kami bergerak dari Fox Glacier ke Dunedin.

Di tepi pantai yang indah.

Dari tepi pergunungan.

Lepak makan dan solat. Berwuduk dgn air yg seperti air batu yg cair. Sejukkk



Mamat Poyo
Lake Wanaka




Perjalanan dekat NZ ni terlalu banyak tasik. Macam2 nama. So, nak tau nama sume tu masa jalan, tengok la waze anda.



Saturday, April 25, 2015

Krabi 2014

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.



Yup. Tu la under water world dekat pulau di Krabi. Krabi adalah destinasi mesti, harus dan kena pergi at least sekali dalam seumur hidup okay. Sebab cantik gila kat situ, makanan sedap tak hingat dan murah lah jugak nak shoshoping. Kakaka.

Pergi Krabi dengan KTM Senandung Langkawi

Jadi pada hujung disember 2014 aku dan suami berbulan madu, lagi, k bye. Kitorg pegi sana dengan Ktm senandung langkawi. Cost : rm108 pegi dan balik, katil bahagian atas.

Katil yang agak selesa dan lemak kaki yang tak selesa :p
Bagi aku okay lah. Katil bersih. Makanan sedap tapi mahal. Cuma tandas agak, ehem. I prefer the one that we can sit on it. Tapi, dah nama backpacker, konon. Redah je la.

Urusan imigresen

So, of course when leaving our country and entering another country we have to go through the immigration. All these happened in Padang Besar, Perlis. Lepas beberapa jam kita akan sambung body train dengan kepala lain sampai ke Hatyai, Thailand.


Hatyai - Krabi

Dr hatyai ke krabi by van kosnya adalah rm 60 pegi dan balik. Only this range. Janganlah engkorang terpedaya dengan orang yang lekas2 ajak ko naik van tepi stesyen Hatyai. They will charge you triple of the usual price! Pffft.

Jalan Hatyai sat sementara tunggu van ke Krabi

Nasi Kerabu engko kenapa sedap sangat?
Seeking for Halal food? Macam takyah risau sangat je cuz bersepah jugak la especially dkt Krabi. Dah la makanan sume sedap belaka. *Usap perut.

Krabi Town

Jadi, kitorang telah menginap di Pi-eng-getau (baca laju) a.k.a PN Guest House, Krabi Town. Tu la "sound" orang sana masa kitorg cari tempat tinggal yang kitorg dah tempah awal2. Haruslah jadi bahan kitorg laki bini. Kakaka. Actually korang bole pegi je Aonang Beach atau Phranang Beach dan stay sana. Tapi, kalau just nak g pantai je, korang x pegi la town dia sebab dalam 20 minit jugak perjalanan.

Dekat PN Guest House tu memang backpacker habes. Murah je. Rm 30/night. Happening jugak Krabi Town ni. Lebih dekat dengan penduduk asal. Thus, we can watch their lifestyle, where we find it as, the most valuable moment when we travel :')

Sewa Skuter

Untuk kurangkan kos, bole la engkorang sewa skuter/motor. Takyah lesen ok. Skuter lawa gila. Sewa skuter : rm20 for 24hours.


Naik tuktuk pun bole je kalau nak rasa. Dari Krabi Town nak pegi Aonang Beach dalam rm50. Mahal2.



Bebajet sweet. Haktuih.


Aktiviti

Activity 4 islands start from aonang beach should be dalam rm50. Tapi kitorg pergi berdua je dengan private boat sebab x tempah sehari awal. Jd rm125/person. Rugi. Oh, kat situ macam kena banyak book awal sket la kalau nak jenjalan. Tak tau la sebab kami pergi time hujung tahun, ramai orang. But, the best part is, kami dapat pemandu boat yang bole kecek kelate! Mesti lah best. Macam2 kami tanya. Takde lah macam, "kite kat pulau gapo dio ni?" kalau dapat pemandu tail boat tak reti bahasa melayu/ english.

1. Tup island


Cantik gile. Masa sampai tu ingat orang jalan atas air, rupanya antara dua pulau tu ada laluan pasir. Magnificent!

Laluan pasir ke pulau depan tu


Say what...? Subhanallah :)


2. Chicken Island

Orang kata Chicken Island ni port terbaik untuk snorkeling. And you know what? I think they speak the truth. Cantik habaq hang.

Spot that Chicken's head!


Tapi i ols ni penakuit skek. Nak tenggelam laki aku bila aku asek tarik dia. Sedangkan pakai life jacket. Kakaka. Cuma kami tak pakai goggle dan snorkel sebab x beli masa kat darat. Rugi2. Tsk3


Lompat bang jangan tak lompat. -_-


3. Poda Island

Panas


Tipikal tempat orang posing di Poda Island


Tempat budak kecik tepi pantai pun nampak ikan. Ni kalau ryqal ni mau ditendangnya ikan2 tu sume.

"Ngumpat i ke mak lang?"


:B

4. Phranang Cave Island

Eh. makanan! Kat sini depa jual kat dalam boat. Mostly halal food. Sedap giloss.

Phranang cave ni macam pitstop gak la. Makan2. Dan ada gua sembahan sket la. Huhu. Macam tempat mintak kesuburan gitu. Malu ok tengok apa dorang letak situ as tangkal. Malu i sebagai perempuan melihatnya. Huuuu.

Dekat gua Phranang

Panjat2



Untuk journey island hoping, ni je kami dapat pi memandangkan p sekejap je. Emerald pool, phi phi island, engkorang pergi lah teroka. Dengar cerita best jugak. And, jangan lupa pergi massage. Pergh. Best gila sampai terlelap2 sket. Cuma tak berdengkur je, kot. Kakaka. Oil massage aku buat baru rm 30/hour.

Masjid di Aonang Beach.


Mana ada shopping apa pun. Takde2. :p

Apparently, Krabi has the best beaches and islands that I've ever go. You guys must go! Over all will take only about rm 600 including souvenir untuk keluarga yang ramai di rumah. Percutian bajet kan? Pergi2.

Till then,
:)

Thursday, February 12, 2015

Umrah 2014 Part 2

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Jadi, setelah beberapa hari di Madinah, aku dan keluarga pun memulakan misi utama ke tanah arab ni yakni menunaikan ibadah umrah :') Sepanjang perjalanan diselitkan dengan talbiah, tidur dan tengok cerita pada zaman nabi di dalam van membuatkan aku rasa bersemangat dan bertenaga.

Part 2 : Makkah.

Kitorg terus check in kat hotel Safwa Orkid, bebetul sebelah dataran yang dekat dgn pintu masjid. Lepas tu terus buat umrah.

Alhamdulillah.

I feel so blessed. Thanks Ya Rabb for this rizq. :')

Umrah

Mula2 sampai terus buat tawaf. Start dari hajarul aswad. Hajarul aswad tu rendah. So, kita hanya berpandukan lampu hijau kat tepi tiang. Angkat tangan pandang hajarul aswad kalau xbole kucup, sentuh atau guna tongkat. So start dari situ, tawaf anticlockwise sebanyak 7 kali. Lepas tu solat sunat belakang makam ibrahim. Kemudian, gerak ke bukit safa dan marwah untuk saei, ulang alik 7 kali. Untuk lelaki disunnahkan berlari2 anak. Ada lampu hijau kat atas syiling untuk kita buat rujukan. Lepas je saei tu, terus tahalul. Aku mak mertua aku yang tolong potong rambut, dia selak sket tudung, lepas gunting sket. Husby? Of course la botak licin. Comel! :p

Melawat tempat sejarah


*oi. xhabes lg oi ceritanya. gambo xtransfer lagi. kakaka