“Aku terbaca blogpost menarik dekat facebook tadi” Trisha
bersuara selepas usai melayari internet pada hujung minggu.
“Apa kau baca?” soal Karmila bersahaja. Dia menyoal Trisha
berbasi-basi kerana dia sedang seram sejuk membaca novel thriller yang terbaru
hasil garapan Ramli Awang Murshid ketika itu.
“Tentang kahwin muda. Nikah khitbah. Seronoknya kalau dapat
kahwin.” Trisha menongkat dagunya di atas meja dan tersenyum lebar.
Kamilah memandang Trisha lantas ketawa.
“Eee. Mengadanya minah ni. Aku tak pernah fikir nak kahwin. Gedik. Dah
tu, tunggu apa lagi? Kahwin la cepat. Tak sabar aku nak jadi flower girl kau” Karmila
sarkastik.
“Kau apehal budget budak-budak, nak jadi flower girl bagai?” Laju
Trisha membaling Teddy Bear pemberian Amirul kepada Karmila. Sempat Karmila
mengelak.
“ Dan, kau apehal baling-baling Teddy Bear kekasih awal dan
akhir kau ni dekat aku? Buang dari tingkat 7 ni baru tahu” Karmila acah-acah
mahu campak Teddy Bear dari tingkap asrama universiti mereka.
“Buang la. Aku mintak Amirul beli baru. Apa ada hal” Trisha
menjawab laju. Trisha mengembang kempiskan hidung nya pada Karmila tanda
bergurau.
“Kurang asam. Mentang-mentang Amirul anak jutawan. Gedik level
berapa aku tak tahu” Karmila membaling semula Teddy Bear pada Trisha. Trisha
dan Karmila ketawa.
Trisha menghampiri katil Karmila, teman sebiliknya dari
tahun satu mereka di universiti itu. Kini mereka sama-sama pelajar tahun akhir
jurusan sains akturial.
“Aku serious ni Karmila” Trisha duduk di sebelah Karmila
yang sedang baring.
“Kau ingat aku main-main ke nak jadi flower girl kau?”
Karmila menutup novelnya. Trisha mencubit Karmila. Karmila ketawa gedik.
“Aku nak kahwin” rengek Trisha.
“Eh nyah, kau nak kahwin, kahwin lah. Siapa halang?” Karmila
cuba berpondan-pondan.
“Hahahaha. Sengal. Kau taknak?” soal Trisha dalam tawa.
“Tak kuasa mak, nyah” jawab Karmila. Mereka ketawa lagi.
Mereka meneruskan perbualan mereka. Sama-sama berbaring di
atas katil. Sesekali tawa mereka terburai membincangkan perkara-perkara yang
mereka dan kaum hawa suka cerita bila bersama. Iaitu hal perkahwinan.
2 bulan kemudian.
“Aku terima nikah Nurul Karmila dengan mas kahwinnya dua
puluh dua ringgit tunai.” Para tetamu yang menyaksikan majlis akad nikah itu
mengaminkan doa yang dibacakan selepas sah akad nikah. Amirul juga
mengaminkan doa tersebut. Amirul membetulkan songkoknya dan memandang Trisha.
Trisha menghampiri Karmila. Dahinya berkerut. Matanya berair.
Amirul hanya memerhati dari jauh. Amirul yakin Trisha akan berkata sesuatu pda
Karmilla.
“ Sampai hati kau Karmila buat aku macam ni. Ni ke kawan?”
Karmila dan Trisha keduanya menangis.
“Maafkan aku Trisha” jawab Karmila. Trisha memandang
Karmila.
“ Maaf? Senangnya kau ucap maaf” Trisha menahan air matanya.
Trisha menyambung lagi kata-katanya.
“ Tak pernah fikir fasal kahwin, tak kuasa bagai. Sekali,
ambik. Dasar! Aku nak kahwin dulu la. Kau pulak yang kahwin. Dengan abang
Amirul pulak tu. Geramnya” Trisha mencubit pipi Karmila.
“Sorry la der. Aku tak sengaja. Ini takdir. Kehkehkeh” Karmila
sarkastik.
"Tak sengaja?" Trisha menjegil matanya. Mereka sama-sama ketawa bersama air mata kegembiraan.
"Tak sengaja?" Trisha menjegil matanya. Mereka sama-sama ketawa bersama air mata kegembiraan.
The End.
nota kaki : yang nak kahwin sangat tu la, lambat kahwinnya.yang taknak2 kahwin tu la selalunya kahwin dulu. haaaa. ayokkkk. tak tahu... Baik jangan fikir sangat. Orang ajak kahwin nanti baru korang tahu gundah gulananya nak fikir. Pegi fikir benda lain gi.
No comments:
Post a Comment
sini2.komen kt sini.