Friday, April 5, 2013

Belajar Redha

Assalamualaikum.

Dalam persiapan perkahwinan aku, aku telah belajar sesuatu yang sangat besar. Belajar untuk redha.

Aku adalah anak pertama mak abah aku yang bakal kawen. Dah la tu. Bukan ada duit nak tanggung kawen sendiri. Sumenye ditanggung oleh mak abah, famili dan duit hantaran 100%.

Titanic thank you is for them. Thank you everybody. Hanya Allah mampu membalas segalanya :')

Korang, selogiknya, semua orang ada perkahwinan idaman masing2. Terutamanya dari sudut dekorasi dan tema. So do I. Aku nak tu la. Nak ni la. Tema taknak kalah.

Tetapi, bila masanya sampai, banyak yang aku nak, tak bole nak ditunaikan. Sedih sangat. Sama ada bajet lari atau masa tak cukup. Tapi asasnya, mak aku akan cakap, tak perlu membazir.

BAM!

Terkena batang hidung sendiri. Aku betul2 lupa cita2 lama aku yang aku nota kan kat facebook pada Jumaat, 4 Mei 2012 ;

The wedding that i prefer the most, is the wedding that suggested by Islam. The real suggestion. Suggestion like ;

"the best wedding is the easiest and the simplest one"

Harap2 perkahwinan impian aku ni akan tercapai.

tanpa unsur-unsur mengekalkan adat yang melebih2

dan

tanpa bantahan atau komen dari pelbagai pihak.

amin :)

Aku sendiri tulis kot. Apa berlaku kat aku ni? Jadi, aku telah berpatah kembali daripada melihat2 orang lain punya majlis yang gah2. Indahnya bila orang yang aku tempah untuk khemah seorang yang faham islam dan selalu tekankan tentang apa yang Islam unjurkan. (belajar kat mesir muka suci dan muda, boleh jadi hero novel suamiku ustaz).

Jadi, untuk banyak2 benda yang berlaku dalam proses persiapan nikah dan walimah, aku redha dengan apa2 yang aku tak dapat realisasikan. Sebab aku tahu, Allah mahu ajar aku bersederhana dan hal itu, Redha.

:)



No comments:

Post a Comment

sini2.komen kt sini.