Assalamualaikum.
Sydney – Adelaide (bab 1)
Jadinya dari Sydney kami telah pergi ke Adelaide, Bandar yang pemes
dengan gereja2 nan besar dan gah. Tapi tak penah nampak pulak gereja tu terbukak. Tak kuat agama kot derang. Huhu.
Suami aku telah belajar di sini dalam jurusan
kejuruteraan mekanikal dekat University of Adelaide, South Australia. Jadi
kalau pergi Adelaide korang akan jumpa jugak University of South Australia
(UniSA). Sebelah2 je. Tapi UniSA lebih pemes dari Uni of Adelaide sebab masuk
majalah Remaja bulan berapa ntah yang dijumpai di rumah mak mentua. Motip mention
cmni tak lain tak bukan adalah untuk carik gaduh dengan suami. Kehkeh. Mintak
maaf awak *salam cium tangan*
Okay. Setibanya di sana kami telah mencari tempat tinggal
yang suami baru je carik dalam internet beberapa jam sebelum sampai Adelaide.
Ye. Kitorg mmg terer bab2 last minit ni. Kali ni kitorg tinggal di apartment
sebelah church besar, yang serious best dan murah. Lah jugak. Bilik yang
lengkap dengan bilik, ruang tamu, tv, seterika, dapur, oven, peti ais, heater
sememangnya telah menambat hati. Acewah.
|
Kengkonon romantik sedangkan minum air paip je |
Hanya 98++ AUD je sehari. 3 hari kitorg di situ. Tak lama
lepas kami sampai apartment, abah, emak dan kak long suami aku pun sampai. Kitorg berjumpa
di Adelaide. Dorang datang dari Melbourne. Suami ku memang sengaja membahagikan
kumpulan kami walaupun mereka sampai ke Aussie sehari lewat dari kami. Modus
operandi beliau tidak dapat aku pastikan namun sedikit sebanyak dapat aku hidu
iaitu beliau ingin berdua2an tapi tanak mengaku. Kehkeh.
Petang di Adelaide aku dan suami berjalan-jalan mencari fasal.
|
Muka poyo berlatarbelakangkan church |
|
Yawww, wassaapppp |
Lepas tu kitorg makan, daging kangaroo! Masakan ala vietnam ni memang mengundang. Yang pasti makan dulu sebelum tgk kangaroo betul yang omey angat tak tau nape. Tak sampai hati tahu nak makan. Sob3 *tambah lauk dalam pinggan*
|
keng(nama manja kangaroo), sedapnya awak. |
Malam sket, aku, suami dan famili makan makanan Afghanistan yang, pergh. Kitorg
makan kebab sebab baru lepas mentekadarah daging kangaroo. Pastu take away nasi
arab yang mebeles simpan dalam peti panaskan kat microwave. Tu la sarapan
kitorg utk 2 hari. Jangan lah pelik aku balik2 semakin gemuk. Salah suami aku. Kohkoh
Lepas hantar famili balik, kitorg berjalan balik bedua2 an menaiki, tram. Tram ni yang macam ketapi tapi dok tengah2 jalan raya tu.
|
Tram |
Dan kitorg pergi berdating di tepi pantai Glenelg yang terpaling sejuk dan berangin dekat aussie yang aku rasa. Sejuk tahap gigil punya. Oh lupa. Masa sampai airport Adelaide asap2 keluar2 kat mulut bajet2 pegi tempat omputih jek. So, dapat bayang la sejuk dia. Hoho. Tapi sekejap je sejuk. Lepas tu biase2 jek. Bawah 12 degree je *capai sweater*
|
Angin sepoi2 bahasa katenyeee |
|
Berdua2an. Agak2 ada pencegah maksiat x? Sunyi kot. |
|
Save meeeeee (kuat tgk drama) |
Keesokan harinya kitorang pergi jalan2 dekat Rundle Mall sebelah universiti2 tersebut. Macam2 ade
kat sini. Tapi, tempat shopping mall biasa je mcm shopping mall kat Malaysia. Cuma
terbukak. Bukan dalam bangunan besar gedabak. Dapat jugak paw suami kasut utk menghadapi kesejukan. Ngeh2
Lepas tu, aku dan suami singgah
Uni of Adelaide sekejap untuk amek jubah sambil membiarkan family suami aku membeli
belah.
|
Mengekori seorang pakwe. Pewitt. |
Dan aku berjumpa dengan, kawan SMK Darul Ehsan! Izzati Nadiah. Dia sedang buat master dekat Uni Of Adelaide dalam architecture dan berkonvo ijazah pada hari tersebut. Sape berkenan boleh la direct tanya parents dia. Hahaha. :p Thanks zati hadiah kawen tu. Sayang nak gune. Comel sangat.
|
:) :) |
Lepas tu, aku dan famili jalan2 carik makan dan cari haiwan.
|
FishNchips |
|
Beli sebab air ni comel sangat. Tu je sebab dia -_- |
Singgah sebentar di masjid lego. Aku main sebut je. Dah macam lego. Hihi
|
Tak ingat nama masjid ni |
|
Yaww. Wasssaaappp. Again |
|
|
Oh. Di Australia nak sewa kereta kene ada kad kredit atas nama sendiri dan juga full licence. Lesen Malaysia pun boleh. Sewa kereta kalau toyota camry macam kitorg dalam 100++ AUD sehari. Kereta boleh didapatkan di setiap airport seluruh aussie.
So, Lets go to see me and your friends!
|
Kemain awak posing eh? Bawah tu ce cover sket kot ye pun. |
|
am at Cleland Wildlife Park |
Park ni jauh sket dari area kitorg tinggal. Ada macam2 binatang di sini. Marilah melawat mereka. Bayaran masuk hanyalah 20 USD per entry.
|
Eh, awak ni sombong ahh. |
|
Comel tahu awk ni. Comel! |
|
|
|
Sorry saya termakan kaum awak = (
|
Makan ye sume. Makan. |
Lepas tu kitorg berehat minum cappucino panas.
|
Benda alah panggil2 |
|
|
Benda ni akan menyala bila kitorg punya air dah siap. Takyah tunggu depan kaunter lama2. Takyah dengar makcik2 cafe jerit, "Nasik goreng kampung telur mata!" Kehkehkeh.
Okay. Penat
Bersambung.
:)
WAH BEST... LAGI BEST BILA PERGI DENGAN PASANGAN YANG SAH.. TAHNIAH.. MOGA CEPAT DAPAT ORANG BARU
ReplyDeleteHahaha. Terima kasih atas ucapan tahniah :) orang baru tu, kite nantikan dengan tenang dan gembira. ade rezeki inshaAllah :)
ReplyDeletewak pon dh lama X gi sydney jugakk.,ahHKs
ReplyDelete