Friday, May 3, 2013

12 April 2013

Assalamualaikum.

Video lafaz akad nikah :

http://www.keek.com/nurnadiahazhar#7cwGbab

dari keek adik aku, nadiah.

Dengan sekali lafaz pada 12 April 2013, aku telah sah menjadi isteri kepada Luqman. Kami diijabkabul oleh abah ku sendiri. (Ayat acah2 skema. Hei, dah jadi bini orang kene la skema. kehkeh)

Segala puji bagi Allah yang telah menyatukan kami. Dipendekkan cerita, aku punya proses nak kahwin ni memang penuh onak duri. Macam-macam hal berlaku. Tarikh la, nak dekat2 pilihanraya la, duit, jemputan, tak cukup kakitangan, blackout masa majlis (macam majlis retis2 gitu blackout2.)

Tapi bila buat summarize, tak susah mana la proses. Kenal beberapa bulan. Bertunang 2 bulan lebih, lepas tu, nikah. Setengah tahun je proses2 dari kenal sampai nikah. Jalan cerita hidup aku ni Allah aturkan, maha indah tahap infiniti. Allah, terima kasih.

12 April 2013 sight seeing :


Sah je kitorg, kitorg solat sunat dulu :)
Lepas tu baru hal-hal lain.
Amek gambo, bagi hadiah la maksudnya.
Haa. Fikir lain, fikir lain.
:B

Luqman : nah gelang si paku gelang. Izzah : *sambung* gelang si rama-rama

Opsss.


Gambar banyak lagi. Kat dslr. Ini kali gambar dalam henfon aku dulu. Lain kali lah.

Babai.

:)

Friday, April 5, 2013

Belajar Redha

Assalamualaikum.

Dalam persiapan perkahwinan aku, aku telah belajar sesuatu yang sangat besar. Belajar untuk redha.

Aku adalah anak pertama mak abah aku yang bakal kawen. Dah la tu. Bukan ada duit nak tanggung kawen sendiri. Sumenye ditanggung oleh mak abah, famili dan duit hantaran 100%.

Titanic thank you is for them. Thank you everybody. Hanya Allah mampu membalas segalanya :')

Korang, selogiknya, semua orang ada perkahwinan idaman masing2. Terutamanya dari sudut dekorasi dan tema. So do I. Aku nak tu la. Nak ni la. Tema taknak kalah.

Tetapi, bila masanya sampai, banyak yang aku nak, tak bole nak ditunaikan. Sedih sangat. Sama ada bajet lari atau masa tak cukup. Tapi asasnya, mak aku akan cakap, tak perlu membazir.

BAM!

Terkena batang hidung sendiri. Aku betul2 lupa cita2 lama aku yang aku nota kan kat facebook pada Jumaat, 4 Mei 2012 ;

The wedding that i prefer the most, is the wedding that suggested by Islam. The real suggestion. Suggestion like ;

"the best wedding is the easiest and the simplest one"

Harap2 perkahwinan impian aku ni akan tercapai.

tanpa unsur-unsur mengekalkan adat yang melebih2

dan

tanpa bantahan atau komen dari pelbagai pihak.

amin :)

Aku sendiri tulis kot. Apa berlaku kat aku ni? Jadi, aku telah berpatah kembali daripada melihat2 orang lain punya majlis yang gah2. Indahnya bila orang yang aku tempah untuk khemah seorang yang faham islam dan selalu tekankan tentang apa yang Islam unjurkan. (belajar kat mesir muka suci dan muda, boleh jadi hero novel suamiku ustaz).

Jadi, untuk banyak2 benda yang berlaku dalam proses persiapan nikah dan walimah, aku redha dengan apa2 yang aku tak dapat realisasikan. Sebab aku tahu, Allah mahu ajar aku bersederhana dan hal itu, Redha.

:)



Wednesday, April 3, 2013

I am Super

 
I am not a

superwoman

nor

supermom

apa tah lagi


super saiyya!


 But I am,
Superrrrrr
 

Super Busy!
  
Oww yeah.
Indeed. 
I am super busy tahap nak pengsan tapi tak pengsan2 sebab asek makan untuk hilangkan stress hadapi busy tahap dewa langit ke tujuh eh takyah nak over sangat boleh?

k.

Aku busy dengan :

1. Hal kawen. Ikutkan aku ada 9 hari lagi menjelang hari bahagia tawa ria gumbira. Acewah. Tapi baju xsiap lagi, pengapit x decide lagi, sticker x tempah lagi dan eh nak cerite pun bukan korang kisah ye dak? K.

2. Hal belajo. Disebabkan aku decide nak kawen akhir tahun 3, iaitu time lecturerssss menggile bagi keje pastu makropengajaran praktikal bagai, disamping menjadi person in charge unit peralatan dan persiapan tempat kelab rakan alam sekitar yang bakal mengadakan event besar2 besaran, maka aku terpaksa terima hakikat aku akan menangis di hujung katil mengenangkan peristiwa2 harian yang aku terpaksa hadapi. (Kau pehal izzah buat ayat panjang2 tak ber jeda?)


3. Hal ehwal semasa bersama tunang. eh? kihkih (lempang cepat)


Dah lah.

Nak pegi carik


buat kudapan.

Babai