Friday, November 22, 2013

Australia, Aku Datang! (Bahagian 4)

Assalamualaikum.

Tak habes lagi cerita tentang trip hari tu disebabkan banyak kekangan waktu. Tapi sebab aku nak simpan jugak travelog atau memoir jenjalan ni, jadi aku just blog it out like a boss, nigga. Huah3.

Gold Coast - Sydney - Malaysia

Pada episod yang lalu aku ada tulis tentang special place yang suami aku merahsiakan dari aku sampai ke depan gate airport. Entry lalu di sini. Dia dengan penuh gedik merungkaikan misteri yang sekian lama aku tunggu. And i was like, betul ke? Lahhh. I thought we are going to Perth jumpa Mat Lutfi. Kahkah. K. (peminat pandangan Mat Lutfi)

Seperti tertera kat tajuk kecik, kitorg telah pegi Gold Coast! Harga tiket ke Gold Coast dari Adelaide tak tahu. Maybe dalam 100 - 200 AUD. Maybe. So, simpan duit. :)

Seperti biasa, sampai je airport kitorg tak tahu nak pegi mana sebab suami takde tempah2 hotel atau backpackers punya tempat tinggal. Nampak tak adventure perjalanan ni? Huhu.

Jadi kitorg telah ke Surfer Paradise as suggested by pemandu teksi yang peramah. Dia bawak kitorg pegi tinggal dekat Grand Chancellor Hotel dekat Surfer Paradise tu. 1 malam adalah hanya 100 AUD.

Day 1

Hari pertama je dah buat pasal bangun lambat sebab terlalu penat. Pukul 11 ke pukul 1 kitorg bangun lepas subuh tu. So, tak dapat nak jalan-jalan. Kitorg hanyalah pegi makan, cari kerete sewa dekat dengan hotel dan jalan-jalan dekat Pasific Fair Shopping Center.


Makanan parsi. Not bad. Tapi cepat muak.
 Restoren ni berhampiran hotel Grand Chancellor. Harga sepinggan lebih kurang 15 AUD. Nasi kat Aussie ni takde lagi under 10 AUD yang aku jumpa. Fast food, yes.

Kereta Sewa Nissan Micra
 Kereta sewa ni harganya dalam 70 AUD/day. kot. tak ingat sangat. Yang aku ingat bagi 500 AUD sebagai cagaran. Nanti dia pulangkan balik 500 AUD. Kat sini tak perlu ada kad kredit untuk sewa. Yeaaa.

Lepas tu pegi Harbour Town jalan2 dan ternampak 1 mesej tertampal dekat kedai2 which is, esoknye 25 April is Anzac Day. Oh, we just burnt 1 day. Semuaaaaa kedai tutup. Sikit jek yang bukak. Sobs

 Sedih. Jadi kitorg jalan2 kat pasar malam tepi pantai Surfer Paradise sambil memikirkan apa nak buat keesokan hari.


Pasar seni malam. Takde jual makanan pun. Barang jek

Chilling out tepi pantai sambil berborak tentang Islam :)


OOTD sangat


Day 2

"Nak buat ape kedai banyak tutup ni?"kata Izzah sambil bershopping kat kedai yang bukak walaupun 1,2 kedai je bukak

Tempat murah untuk shopping, Harbour Town was closed. :/

Beli air kat kedai Candy
Tapi kedai makan bukak jek. Kedai shopping tutup. Haih.

Then, we have decided to jalan-jalan tepi pantai kat tepi taman orang berBBQ


Macam gedik je
Test kekuatan suami
Kuat jugak rupenye. :O
Oh ye. Tak ingat hari ke berapa ntah kitorg tukar hotel sebab grand chancellor full untuk weekend. So kitorg tukar hotel betul2 depan Chancellor yg tak se gah Chancellor tp harga 120 AUD per night. Boleh tahan mahal.


Day 3

We go to Warner Bros Theme parkkk! Again kerugian sebab beli tiket pakej dekat tepi2 hotel. Beli pakej lebih murah dari beli untuk 1 Park je. 3 Parks berharga 90 - 100 AUD. Sehari pegi 1 park. Tapi kami hanya ada 1 hari je. Sobs. Pakej tu adalah

1. Movie World Warner Bros Theme Park. (macam genting)
2. Wet N Wild Water Park (macam sunway lagoon)
3. Underwater world. (macam aquaria)

Jadi sebelum pegi Gold Coast untuk benda2 ni, kena pastikan cukup 3 hari dan takde cuti umum okay :)

Okay. Papehal sebelum pegi main pegi amek map tempat ni dulu ye. Sebab besar sesangat tempat ni.

Amek gambo dulu. Taken by a Malay bro
Oh ye. God Coast ni ramaaaaaai gila orang Malaysia. Dekat hotel jumpa, dekat movie world jumpa, dekat surau. Hoho.

Nampak tak belakang tu? Dasyatttt.






Roller coster - Escape. Superman punya
Sape penakut baik takyah naik. Dia punya laju sampai takleh bukak mata.






Poyo


Hai, bole mengorat?



1 lagi roller coaster. Tapi tak seseram escape. Ni batman punya





cantik bangunan tipu ni








Ramai betul omputih kat sini :B


Muka mintak penampo je batman dia

Kubur sebelah musalla. pandai derang buat orang insaf

Musalla! Best. Laki pompan asing. siap ada tempat wuduk. Good job Movie World

Green Lantern punya. Tak naik pun. Hihihi
Day 4 aku pun pulang ke Sydney sbb beli tiket pegi balik Malaysia - sydney. Oh ye. Hampir jugak kitorg tertinggal flight balik sydney. ong putih jaga kaunter Tiger Airways tu cakap "You just made it" buat kitorg rasa menang pertandingan sebab like seriously jauh kitorg lari2 dalam airport macam cerita korea. Such a freaking experienced. Fuhh.

Dekat sydney duduk hotel backpakers (under 100 AUD) dekat dengan paddy market. kat sini tempat jual keychain t shirt bagai. Orang Malaysia pun ade jual siap tulis dalam BM lagi. Pandai ye korang tarik perhatian.

eh, penat lah menaip ni

Bye2 Australia. Till we meet again :)

Tu je. Bye!
 :)

Wednesday, October 23, 2013

Praktikal Hanya Tinggal Di Sekitar Sudut

Assalamualaikum.

My intern-ship, it is going to be finished real soon. Seriously i feel like wanna cry at this moment. Macam mana nak tinggalkan anak-anak ni? Dah sayang derang. Ni susah jadik cikgu ni. Dapat anak terpaksa tinggalkan untuk anak lain pulak. Tsk3.

Okay. Dah. Tu je.

Bye.

Saturday, July 27, 2013

Australia, Aku Datang! (Bahagian 3)

Assalamualaikum.

In the name of Allah the Beneficent, the Merciful. It has been an age since i last blogged about my trip to Australia. I is busy of course. That is why. Cikgu praktikal lagi. Jadi suri rumah lagi.

So, let's begun.

Adelaide

Jadinya pada post yang lalu aku berhenti dekat park yang aku melawat kawan2 korang tu (koala,kangaroo). Keesokan harinya adalah merupakan kemuncak utama aku pegi Australia. Untuk tengok konvo suami! :)



video

Yippie! Berjaya!

Tanpa banyak membuat onar lagi, mari melihat serba sedikit hari graduasi dekat University of Adelaide, South Australia, Australia.


Nama abah Z. So, last skali la ye turn.


Hall.
Dewan untuk konvo derang ni cantik sangat. Macam cite Harry Pottah jek. Aku dok dalam tu siap ada burung hantu bawak kan surat lagiiiwwwwwwhhhh.

K.

Gambo2 canselor derang.


Ami aye! Lebiuuu

Acah2 kunun gambo dari penyiasat persendirian.

Gembira lettew. Tahniah yang-yang ;)

We olls dengan pemenang Qari peringkat zon. Hik


Kengkawan suami. Apa tunggu lagi korang? Pilih3. :B
Suami ku bersama tunggak utama kejayaan. Kohkohkoh

Kat tempat omputih bole la peluk2 skek. Ngeh2

Bapak mertua amekkan gambo kot. Peluk2 dapat green light okay. Kehkeh

Seni bina yang cool.
Si pendek

Sejurus lepas konvo kitorg pun pergi dari Adelaide. Family suami naik flight ke Melbourne, kitorg ke tempat yang suami rahsiakan dari aku dah sampai gate untuk next flight baru reveal ke mana destinasi cinta kitorg. Acewah. Sweet angat ami aye. *cubit*

Seperti biasa. Di airport mak mertua tegur masa check in flight dah nak tamat. Hoho. Biasa lah mak. Baru adventure. Pastu kitorg lari2 salam dan babai2 family.

Jumpa ni dekat airport masa nak solat.
Dalam prayer room yang campur laki perempuan tu, ada bible dan buku tentang islam jugak. Bercampur. Tapi kristian ada ke semayang2 ni ek sampai ada prayer room untuk dorang...?

Sekian misi di Adelaide. Konvo dah laki aku. Lepas tu aku dan suami ke satu destinasi yang buat aku senyum meleret. Hihi.



Nak jugak perempuan niiii -_-

Bersambung.
:)


Tuesday, July 2, 2013

Roti Canai

Assalamualaikum.

Cuba bayangkan roti canai panas2 rangup2 lembut2 cicah kuah dhal, kari dan sambal. Tapi korg tengok kat tv jek dalam majalah 3. Malam2. Perut korang kruk3 bunyik die.

Lepas tu korang cakap kat suami teringin nak makan roti canai.

Dan esok pagi nya suami bawak pegi mamak makan roti canai. Dengan air teh ais.

oh mai god.

Faham tak perasaan tu? Faham tak?

p/s : Seronoknye kawen. Pegi kawen cepat!

:D

Wednesday, May 29, 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran, Abang.




Happy birthday suami, kekasih, sahabat dan guru agama saya.
Semoga Allah merahmati hidup awak sayang.


 ♥ Suami saya ♥

Sambut kecik2 kat Secret Recipe


 Harap awak gembira bersama-sama saya.
Harap awak suka hadiah utama saya ;
 saya panggil awak, abang.

Abang.
K.
Kekok.

-_-
 

I love you, abang. *kenyit-kenyit*
:)


Wednesday, May 22, 2013

Australia, Aku Datang! (Bahagian 2)

Assalamualaikum.

Sydney – Adelaide (bab 1)

Jadinya dari Sydney kami telah pergi ke Adelaide, Bandar yang pemes dengan gereja2 nan besar dan gah. Tapi tak penah nampak pulak gereja tu terbukak. Tak kuat agama kot derang. Huhu.

Suami aku telah belajar di sini dalam jurusan kejuruteraan mekanikal dekat University of Adelaide, South Australia. Jadi kalau pergi Adelaide korang akan jumpa jugak University of South Australia (UniSA). Sebelah2 je. Tapi UniSA lebih pemes dari Uni of Adelaide sebab masuk majalah Remaja bulan berapa ntah yang dijumpai di rumah mak mentua. Motip mention cmni tak lain tak bukan adalah untuk carik gaduh dengan suami. Kehkeh. Mintak maaf awak *salam cium tangan*

Okay. Setibanya di sana kami telah mencari tempat tinggal yang suami baru je carik dalam internet beberapa jam sebelum sampai Adelaide. Ye. Kitorg mmg terer bab2 last minit ni. Kali ni kitorg tinggal di apartment sebelah church besar, yang serious best dan murah. Lah jugak. Bilik yang lengkap dengan bilik, ruang tamu, tv, seterika, dapur, oven, peti ais, heater sememangnya telah menambat hati. Acewah.

Kengkonon romantik sedangkan minum air paip je
*sigh*
Hanya 98++ AUD je sehari. 3 hari kitorg di situ. Tak lama lepas kami sampai apartment, abah, emak dan kak long suami aku pun sampai. Kitorg berjumpa di Adelaide. Dorang datang dari Melbourne. Suami ku memang sengaja membahagikan kumpulan kami walaupun mereka sampai ke Aussie sehari lewat dari kami. Modus operandi beliau tidak dapat aku pastikan namun sedikit sebanyak dapat aku hidu iaitu beliau ingin berdua2an tapi tanak mengaku. Kehkeh.

Petang di Adelaide aku dan suami berjalan-jalan mencari fasal.

Muka poyo berlatarbelakangkan church

Yawww, wassaapppp
Lepas tu kitorg makan, daging kangaroo! Masakan ala vietnam ni memang mengundang. Yang pasti makan dulu sebelum tgk kangaroo betul yang omey angat tak tau nape. Tak sampai hati tahu nak makan. Sob3 *tambah lauk dalam pinggan*


keng(nama manja kangaroo), sedapnya awak.
Malam sket, aku,  suami dan famili makan makanan Afghanistan yang, pergh. Kitorg makan kebab sebab baru lepas mentekadarah daging kangaroo. Pastu take away nasi arab yang mebeles simpan dalam peti panaskan kat microwave. Tu la sarapan kitorg utk 2 hari. Jangan lah pelik aku balik2 semakin gemuk. Salah suami aku. Kohkoh

Lepas hantar famili balik, kitorg berjalan balik bedua2 an menaiki, tram. Tram ni yang macam ketapi tapi dok tengah2 jalan raya tu.

Tram
Dan kitorg pergi berdating di tepi pantai Glenelg yang terpaling sejuk dan berangin dekat aussie yang aku rasa. Sejuk tahap gigil punya. Oh lupa. Masa sampai airport Adelaide asap2 keluar2 kat mulut bajet2 pegi tempat omputih jek. So, dapat bayang la sejuk dia. Hoho. Tapi sekejap je sejuk. Lepas tu biase2 jek. Bawah 12 degree je *capai sweater*


Angin sepoi2 bahasa katenyeee

Berdua2an. Agak2 ada pencegah maksiat x? Sunyi kot.

Save meeeeee (kuat tgk drama)

Keesokan harinya kitorang pergi jalan2 dekat Rundle Mall sebelah universiti2 tersebut. Macam2 ade kat sini. Tapi, tempat shopping mall biasa je mcm shopping mall kat Malaysia. Cuma terbukak. Bukan dalam bangunan besar gedabak. Dapat jugak paw suami kasut utk menghadapi kesejukan. Ngeh2

 Lepas tu, aku dan suami singgah Uni of Adelaide sekejap untuk amek jubah sambil membiarkan family suami aku membeli belah.

Mengekori seorang pakwe. Pewitt.
Dan aku berjumpa dengan, kawan SMK Darul Ehsan! Izzati Nadiah. Dia sedang buat master dekat Uni Of Adelaide dalam architecture dan berkonvo ijazah pada hari tersebut. Sape berkenan boleh la direct tanya parents dia. Hahaha. :p Thanks zati hadiah kawen tu. Sayang nak gune. Comel sangat.

:) :)
Lepas tu, aku dan famili jalan2 carik makan dan cari haiwan.

FishNchips

Beli sebab air ni comel sangat. Tu je sebab dia -_-

Singgah sebentar di masjid lego. Aku main sebut je. Dah macam lego. Hihi

Tak ingat nama masjid ni

Yaww. Wasssaaappp. Again


Oh. Di Australia nak sewa kereta kene ada kad kredit atas nama sendiri dan juga full licence. Lesen Malaysia pun boleh. Sewa kereta kalau toyota camry macam kitorg dalam 100++ AUD sehari. Kereta boleh didapatkan di setiap airport seluruh aussie.

So, Lets go to see me and your friends!

Kemain awak posing eh? Bawah tu ce cover sket kot ye pun.

am at Cleland Wildlife Park
Park ni jauh sket dari area kitorg tinggal. Ada macam2 binatang di sini. Marilah melawat mereka. Bayaran masuk hanyalah 20 USD per entry.

Eh, awak ni sombong ahh.

Comel tahu awk ni. Comel!


 Sorry saya termakan kaum awak = (

Makan ye sume. Makan.

Lepas tu kitorg berehat minum cappucino panas.

Benda alah panggil2

Benda ni akan menyala bila kitorg punya air dah siap. Takyah tunggu depan kaunter lama2. Takyah dengar makcik2 cafe jerit, "Nasik goreng kampung telur mata!" Kehkehkeh.

Okay. Penat

Bersambung.

:)