Showing posts with label hingga nafasku yang terakhir. Show all posts
Showing posts with label hingga nafasku yang terakhir. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Hingga Nafasku Yang Terakhir (11)

Usai solat subuh, Zharif dan Citra tidur kembali. Pagi yang nyaman dan sejuk di Perancis membuatkan kedua mereka berasa malas untuk bangun awal. Lebih-lebih lagi hari itu adalah hari Ahad. Zharif yang baru bangun dari tidur memandang isterinya yang sedang melihatnya terkebil-kebil

“ Pagi-pagi dah jadi stalker  ye sayang?” ujar Zharif. Dia tersenyum memandang Citra. Citra memandang ke arah lain. Mukanya merah kerana perbuatannya itu disedari Zharif.

“Mana ada. Orang baru pandang abang, abang dah terjaga”. Citra cuba berdolak dalih. Sedangkan sudah berbelas minit dia menatap muka suaminya yang tidur lena ketika itu.

“Abang tak faham kenapa Baby suka sangat curi-curi tengok abang. Handsome sangat ke suami awak ni sayang? Hmmm?” Zharif bertanya sambil tersenyum nakal. Citra membuat muka meluat lalu bangun daripada katil. Zharif menarik tangan Citra. Perbuatan Zharif itu membuatkan Citra terbaring semula.

“Dah abang ni kenapa? Baby nak bangunlah. Nak mandi ni” Citra membebel.

“Ala, nak manja-manja dengan Baby” goda Zharif. Dia memeluk Citra.

“Abang tu kalau boleh setiap masa nak manja-manja. Tak mahu la sayang. Baby nak mandi. Tengah busuk masam ni. Nak jugak ke?” ujar Citra cuba memujuk suaminya.

“ Bila masa pulak Baby pernah wangi?” soal Zharif sarkastik. Dia ketawa.

“ Ya tak ya jugak. Bila masa Baby pernah wangi ye? Lagi-lagi bila dua bulan Baby tak mandi ni” Citra menggigit bibir tanda geram. Zharif ketawa lebih besar lagi.

“ Baby , Baby. Awak ni lucu tahu?”. Citra tidak mengendahkan suaminya. Dia masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri.

Sejurus pintu kamar mandi di tutup, Citra tersenyum kecil. Lantas dia melihat ke dalam cermin. Dia mencium bau badannya.

“ Masam sangat ke bau aku ni? Aku pakai scrub kot” omel Citra. Laju tangannya mencapai scrub buah-buahan. Dia melumurkan scrub dengan banyak ke badan.

Bau wangi buah-buahan meresap ke dalam bilik tidur Zharif dan Citra. Zharif yang sedang melihat telefon bimbitnya bertindak menghidu udara umpama terhidu sesuatu yang pelik. Dia sudah dapat menangkap sesuatu.

“ Baby, Baby pakai scrub 1 botol ke? Wangi semacam je.” Soal Zharif sambil memandang Citra yang sedang mengeringkan rambut.

“ Dah Abang cakap Baby busuk. Baby pakai la banyak-banyak scrub tu. Sekarang dah wangi kan?” ujar Citra dengan nada merajuk. Zharif mendekati Citra. Dia memegang tangan Citra lalu mengucupnya. Citra menarik tangannya perlahan.

“ Okay. Dah tak boleh nak bergurau dah sekarang ” Zharif pura-pura merajuk. Dia ingin mengenakan kekasih hatinya itu. Citra menjeling tajam. Dia menghulurkan tangan kepada Zharif.

“ Yela. Nah tangan orang balik. Kita ulang tayang balik scene romantic abang tadi”. Zharif tergelak. Dia mencapai tangan Citra dan mengucupnya beberapa kali. Citra ketawa.

“ Takut jugak ye Baby bila abang merajuk” Zharif melepaskan tangan Citra. Citra mencubit pipi suaminya.

“ Syurga isteri, di bawah telapak kaki suami. Nasihat abang di hari pertama perkahwinan kita ni, Baby simpan kemas-kemas kat dalam ni”. Jari Citra menunjuk ke arah jantungnya.

“ Orang simpan memori kat otak la. Baby simpan kat jantung hati buat apa?” Zharif membuat muka pelik.

“ Itu orang lain. Baby tak sama macam orang lain” ujar Citra.

“ Jadi Baby ni istimewa la? Yang macam orang istimewa tu”. Semakin galak Zharif mengenakan Citra.

“ Untung abang dapat orang istimewa macam Baby. Orang lain tak dapat tahu? ” Citra tidak mahu mengalah.

“ Ala kesiannya. Mari saya tolong awak jalan” Zharif memimpin tangan Citra. Citra memejam mata dan pura-pura seperti orang buta.

“Baiknya anak ni. Anak siapa la ni. Sejuk perut ibu mengandung” ujar Citra lantas mencubit lengan Zharif.

“ Baby! Sakit la” Zharif memegang lengannya. Citra menjeling.

“ Sudah. Sekarang siapa yang busuk? Baby ke Abang?” Zharif ketawa. Dia kemudian menuju ke kamar mandi.




- bersambung -



mahu baca dari awal?sini : Hingga Nafasku Yang Terakhir (1)


Sunday, March 25, 2012

Hingga Nafasku Yang Terakhir (10)

Lama mereka berbalas mesej di laman sosial sehinggalah mereka saling bertukar nombor telefon. Ketika itu mereka telah menjadi sangat akrab. Suatu hari, Zharif telah menyatakan hasrat hatinya kepada Citra. Dia mengakui telah lama meminati Citra.

“Saya harap awak sudi terima saya sebagai teman lelaki awak” ujar Zharif. Pada mulanya, Citra memberi respon yang negatif. Namun setelah beberapa kali Zharif menyatakan perasaannya, barulah Citra menerima Zharif sebagai teman lelakinya. Zharif terlalu gembira kerana telah lama dia menyimpan perasaan terhadap Citra.

Semenjak dari hari itu, mereka saling bertemu memandangkan rumah mereka tidak terlalu jauh. Walaupun pada waktu itu masing-masing telah meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, namun Zharif yang sudah mempunyai kereta yang dihadiahi bapanya sering menjemput Citra untuk keluar bersama. 

Setelah keputusan SPM keluar, mereka berdua di tawarkan untuk penyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Citra diterima masuk ke program asasi dalam jurusan Biologi manakala Zharif menyambung A-level iaitu persediaan untuk ke luar negara. Zharif telah memilih Perancis sebagai pilihan untuk menyambung pengajiannya dalam peringkat Ijazah. Zharif memang seorang yang sangat bijak. Dia mendapat gred A dalam semua mata pelajaran pada peringkat SPM. Dia bercita-cita mahu menjadi jurutera petroleum.

3 tahun kemudian

Citra terkedu. Dia duduk sambil beristighfar menahan sebak di dada. Citra seakan-akan tidak percaya begini kesudahan kisahnya bersama Zharif. Lelaki pertama yang hadir dalam hidupnya. Lelaki yang selalu berada di samping nya ketika dia sedih. Ketika dia punya konflik bersama keluarga dan rakan. Citra terdiam lama apabila Zharif menyatakan hasratnya itu. Air mata yang cuba ditahan terus keluar tanpa dipaksa.

Citra menjadi seorang yang sangat pendiam selepas itu. Jika sebelum ini Citra seorang yang ceria, dia berubah seratus peratus selepas itu. Setiap malam air mata menjadi peneman Citra. Dia terlalu sedih pabila mengenangkan berakhir sudah perhubungannya dengan Zharif. Kadangkala Citra merasakan apa yang berlaku bagaikan mimpi. Citra kelu. Setiap hari Citra berdoa agar Tuhan menguatkan semangat yang hilang selepas kejadian pahit itu.

Kakak Citra, Irene yang sedar akan perubahan drastik Citra pada suatu hari cuba mencungkil cerita Citra kerana Citra seakan-akan berahsia dengannya. Irene merupakan kakak kepada Citra. Mereka memang rapat semenjak kecil kerana mereka sahaja anak perempuan keluarga Encik Kamarul dan Puan Safiah.

“ You ni kenapa dik? I tengok murung je. Sebulan jugak lah I tengok You macam ni. You ada masalah ke?” soal Serena lembut. Citra hanya terdiam. Citra pura-pura leka bermain telefon bimbitnya.

“You mengandung ke?” soal Irene kemudian penuh tiba-tiba.

“Gila apa Citra nak mengandung. Anak sapa pulak? Citra ada maruah lagi lah kakak. Sampai hati kakak” balas Citra. Terkejut Citra mendengar soalan Irene.

“I main-main je lah Citra. Sensitifnya dia” tawa Irene. Dia sebenarnya mahu mengumpan adiknya itu agar menceritakan masalah yang sedang dihadapinya.

“You memang. Tak percaya kat adik You yang comel ni ke?” soal Citra membuat muka sedih. Kemudian mereka sama-sama ketawa.

“You memang comel. Comel lah sikit dari hantu” ujar Irene sambil ketawa.

“Kakak!” jerit Citra lantas membaling bantal. Irene mengambil bantal itu dan membalingnya semula kepada Citra.

“Perangai macam budak-budak lah adik ni”. Irene tertawa. Citra memandang Irene dengan pandangan meluat.

“Nak muntah I. You yang macam budak-budak. Cakap orang. Ingat sikit You tu dah 23 tahun. Masih nak baling-baling bantal dengan I” ujar Citra.


-bersambung-

p/s : part bercinta masa remaja tu taknak sentuh sangat. cause it is not a good example to the teenagers to have an unblessed relationship in Islam .peace :D

Thursday, March 1, 2012

Hingga Nafasku Yang Terakhir (9)

Semenjak dari hari itu, bermula lah persahabatan Zharif dan Citra. Citra tidak suka kepada Zharif kerana Zharif terlalu ramai kawan perempuan. Di sekolah sahaja beberapa orang perempuan sudah menjadi kekasih Zharif. Zharif bukan lah seorang yang Playboy, tetapi dia kerap kali bertukar kekasih. Namun begitu, pelajaran tidak pernah Zharif abaikan.

Malah dia merupakan pelajar cemerlang di sekolah sama ada dari segi akademi mahupun ko kurikulum. Tidak hairanlah jika ramai pelajar perempuan yang meminati Zharif. Cuma bukan Citra. Dia tidak suka kepada Zharif yang selalu memandangnya tajam. Ada sahaja yang ingin mereka kenakan antara satu sama lain jika mereka bertembung.

“Awak, nak nombor hand phone boleh?”soal Zharif kepada Citra suatu hari.

“Saya orang miskin, takde hand phone. Maaflah ye” Citra malas mahu melayan Zharif.

“Kesiannya awak.  Takpe, nanti saya beritahu kepada badan kebajikan sekolah tentang hal awak ye. Pelajar miskin dapat duit dari sekolah tau.” Zharif membuat muka pura-pura kesian kepada Citra. Dia tahu Citra berbohong.

“Mengada betul lah awak ni. Saya boleh bagi no handphone saya. Tapi ada syarat” Citra tersenyum sinis memandang Zharif. Berkerut dahi Zharif mendengarnya.

“Apa syarat awak?”soal Zharif ingin tahu.

“Belikan saya choki-choki satu paket” ujar Citra sambil mengangkat-angkat kedua-dua keningnya.

“Satu paket je? Eleh, setakat tu. 10 paket saya belikan.” Zharif tergelak. Citra hanya memandang geram kepada Zharif.

Keesokan harinya, Zharif memberi beberapa paket Choki-choki kepada Citra. Citra yang ketika itu sedang bertugas di kantin sekolah pada waktu rehat terkedu. Dia tidak menyangka Zharif membelikan nya coklat itu demi mendapatkan nombor hand phone Citra.

“Awak belikan jugak? Baiknya hati awak.” Ujar Citra mengambil coklat itu dari tangan Zharif dan berlalu pergi.

“Aik,ambil choki-choki je? Buat muka tak bersalah pulak tu. Nombor hand phone awak?” soal Zharif. Geram dia dengan Citra.

“Saya takde hand phone kan saya cakap. Padan muka awak. By the way, thanks for these choki-choki. Kenyang lah saya” Citra tertawa besar dan berlalu pergi tanpa perasaan bersalah.

Zharif hanya ketawa. Dia memandang Citra dengan rasa geram kerana tertipu. Dia tidak akan mengalah selagi tidak mendapatkan nombor hand phone Citra. Keadaan begitu berterusan sehingga mereka berdua tamat sekolah. Citra tetap tidak mahu memberi nombor telefon nya. Kawan-kawan yang tahu nombor Citra juga telah bersepakat dengan Citra tidak mahu memberi nombor Citra kepada Zharif atas permintaan Citra.

Selepas tamat sekolah, mereka bercuti lama sebelum meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya. Dalam tempoh itulah Zharif mencari Citra. Dia tidak menyangka Citra telah berpindah rumah. Zharif tidak tahu kenapa dia mencari Citra. Sedangkan ketika itu dia sudah ada teman wanita. Cuma, Zharif merasakan teman wanitanya tidak sesuai dengan dirinya. Hinggalah pada suatu hari Zharif terjumpa Citra di laman sosial yang popular ketika itu. Zharif yang pada waktu itu telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya cuba mendekati Citra.

Citra mengambil keputusan untuk berkawan dengan Zharif memandang mereka sudah tamat sekolah. Citra merasakan waktunya sudah sesuai untuk berkawan dengan lelaki. Dahulu dia memegang prinsip tidak mahu berkawan baik dengan lelaki kerana mahu menumpukan pelajaran terlebih dahulu memandangkan Citra bukanlah seorang yang terlalu cepat menangkap apa yang dipelajarinya.

-bersambung-


p/s : cinta ibarat makan sambal belacan.walaupun mata berair,tetap nak jugak :D


Monday, February 27, 2012

Hingga Nafasku Yang Terakhir (8)

9 tahun sebelum itu

“Awak ada CD minus one KRU tak? Lagu perpisahan ini?” soal Citra kepada Zharif. Citra yang tidak kenal kepada Zharif bertanya dengan begitu bersahaja. Citra memang tidak malu untuk bertanya apa-apa kepada sesiapa yang dijumpainya. Waktu itu Citra merayau bersama kawan-kawannya di kawasan sekolah selepas habis sesi persekolahan sesi pagi.

Citra memerlukan CD tersebut untuk menyertai pertandingan puisi di sekolahnya. Dia mahu mencari lagu yang sesuai sebagai latar muzik puisi bersama rakan-rakannya nanti.

“Sorry la adik manis. Takde. Tapi lagu nasyid, abang Zharif ada. Ehem“ . Zharif membetulkan tali leher seolah-olah seorang pelajar yang baik. Kawan-kawan Zharif hanya ketawa.

“Aik, orang macam awak ada CD nasyid? Hairan betul” Citra membuat muka meluat berkata sambil berlalu pergi.

Zharif dan kawan-kawan Zharif ketawa besar melihat gelagat Citra.

Zharif sudah lama menaruh hati pada Citra. Pertama kali dia ternampak kewujudan Citra di sekolah ialah di surau sekolah. Ketika itu Zharif ternampak Citra sedang berdoa selepas selesai solat. Bukan niat Zharif mahu mengintai tetapi tirai memisahkan saf lelaki dan perempuan sedikit terbuka pada hari itu.

“Zharif, cuba kau tengok budak perempuan tu. Comelnya dia baca doa. Khusyuk je” ujar Shahrizal kawan baik kepada Zharif. Zharif segera memandang Citra. Zharif terasa sesuatu apabila dia memandang Citra. Dia mengamati pergerakan Citra yang menarik perhatiannya.

“Siapa nama dia Shah?”soal Zharif

“Citra kalau tak silap aku. Ala, pengawas percubaan sekolah. Takkan kau tak kenal. Budak baru sekolah kita” Zharif hanya terdiam. Sungguh dia tidak pernah bertembung dengan Citra sebelum itu.

Selepas pertama kali ternampak Citra, kerap juga Zharif bertembung dengan Citra. Mungkin kerana Citra pengawas sekolah yang kerap bertugas di tepi pagar sekolah untuk mencatat nama pelajar yang datang lewat. Pernah satu hari Zharif terlewat ke sekolah. Citra sedang bertugas ketika itu. Zharif ternampak Citra yang bertugas pada waktu itu segera merapati Citra.

“Awak lambat hari ni. Awak tau tak?”soal Citra tegas sambil mengeluarkan buku catatan dan pen.

“Yeke cik pengawas? Saya ingatkan saya pelajar terawal hari ni” Zharif tersengih.

“Tak payah nak buat lawak antarabangsa kat sini” Citra memandang Zharif. Citra terkedu apabila terpandang muka Zharif. Zharif memandangnya tajam.

“Haa, apa lagi. Nama sapa? Kelas mana?” soal Citra menahan gemuruh di hati apabila Zharif memandangnya sebegitu.

“Muhammad Zharif bin Asytar. Kelas 4 amanah” ujar Zharif. Zharif menyambung lagi kemudiannya.

“Citra boleh panggil saya Zharif”. Citra memandang Zharif kehairanan.

“Macam mana awak tau nama saya? Soal Citra.

Nametag awak ni letak nama mak awak ke?” soal Zharif kembali sambil tersenyum.

Citra menahan malu sambil memandang ke tempat lain. Dia menjerit di dalam hati.

“Tak, nametag saya ni nama nenek saya. Sudah, pergi lah masuk kelas. Dah tau lambat, nak berborak pulak kat sini. Sekarang bukan sesi suai kenal” ujar Citra lalu berlalu pergi.

Zharif tersenyum lebar dan segera ke kelas kerana dia sudah lewat.

-bersambung-


Saturday, February 25, 2012

Hingga Nafasku Yang Terakhir (7)

“Sayang kenapa? Rindu rumah ye? Nanti musim panas kat sini kita balik lah. Jangan la sedih sayang” pujuk Zharif. Citra tersenyum memandang suaminya yang tercinta.

“Promise?” soal Citra. Dia lega apabila suaminya bertanyakan soalan itu. Dia tidak mahu suaminya tahu apa yang membuatkannya menangis. Citra menghulurkan jari kelengkeng kanannya.

“Promise” Jari kelengkeng kanan mereka bertaut. Jari telunjuk Zharif pulak seolah-olah menurunkan tanda tangan pada tapak tangan Citra. Begitu juga Citra yang melakukan perkara yang sama pada tapak tangan Zharif. Kemudian keduanya melekatkan tapak tangan mereka di antara satu sama lain sebagai tanda termeterainya perjanjian. Citra tersenyum manja. Zharif memegang tangan isterinya.

“Sayang, jom. Ikut abang kejap” Zharif memimpin tangan Citra yang hanya menurut arahan suaminya.

“Abang nak bawak Baby pegi mana ni? Jangan lah culik Baby. Baby banyak kerja lagi nak disiapkan ni” rungut Citra.

Zharif membawa Citra masuk ke bilik. Zharif menutup pintu bilik tidur mereka. Jantung Citra berdegup kencang. Dia seperti sudah dapat mengagak apa yang suaminya ingin kan. Citra menjerit sekuat hati di dalam hati.

“Adakah dia mahukan hak nya malam ini?” soal Citra di dalam hati.

“Abang nak apa ni? Baby kan pergi bulan sekarang ni” Citra memberikan alasan.

“Jangan lah Baby nak tipu abang. Abang nampak Baby solat petang tadi” Zharif memegang pipi Citra. Zharif membelai manja rambut Citra. Kemudian dia memimpin tangan Citra ke katil. Citra sudah berasa seram sejuk.

Zharif baring di atas katil setelah dia memadamkan lampu utama dan membuka lampu tidur bilik itu. Citra hanya menelan air liur melihat perlakuan suaminya itu.

“Sini sayang, baring sebelah abang” Zharif berkata dalam nada yang lembut.

Citra hanya menurut. Dia merebahkan diri di sebelah Zharif. Zharif memeluk Citra dengan erat sambil membisikkan sesuatu ke telinga Citra.

“Baby cantik sangat malam ni. Lebih-lebih lagi bila abang nampak Baby menangis tadi. Muka merah. Comel sangat. Geram abang dengan Baby” Zharif mengeratkan lagi pelukan. Citra hanya mendiamkan diri.

“Jadi,abang nak Baby tidur malam ni dalam pelukan abang. Abang tahu Baby sedih. Abang taknak Baby nangis lagi. Okay? Tidur cepat. Abang tidurkan. Atau Baby nak lebih dari ni?” romantik sungguh suara Zharif pada malam itu.

Citra yang hanya diam dari tadi segera menggelengkan kepala. “Abang tahu. Saje abang nak test Baby. Abang takkan paksa Baby. Abang tunggu bila Baby dah sedia” ujar Zharif lembut.

Citra menitiskan air mata kerana bahagia. Dia bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami bahawa dirinya belum bersedia untuk menjalinkan hubungan intim dengan suaminya itu. Dia ada alasan tersendiri yang dirahsiakan dari Zharif.

           “Rugi tau Baby tak nak. Malam ni expire date. Lain kali tak boleh dah. Time tu Baby merengek macam mana pun, abang tak layan. Abang buat tak tahu je” usik Zharif. 


           Citra segera memukul lembut badan Zharif. Zharif ketawa tanda bergurau. Malam itu mereka tidur dengan hati yang tenang. Masing-masing mengucapkan syukur di atas kebahagian rumah tangga mereka.


-bersambung-


p/s : ehem.baca sambil senyum2 ke tadi?haaaaaa :D

Friday, February 24, 2012

Hingga Nafasku Yang Terakhir (6)

Citra sedang menyiapkan modul mata pelajaran Biologi yang akan ditunjukkan kepada pihak sekolah apabila dia pulang ke Malaysia nanti. Citra yang sudah menjadi guru di sebuah sekolah di Malaysia mengambil keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji kerana mengikut suaminya yang menyambung  pengajian di peringkat Sarjana di Perancis selama setahun.

Dia memakai kaca matanya sebelum menyambung kerjanya yang sudah beberapa hari telah dia tangguhkan. Citra termenung seketika apabila terkenang perbualan dia dan suaminya sebentar tadi. Kenangan pahit tujuh tahun lalu menerpa ke dalam mindanya.

“Kita putus. Saya dah takde apa-apa perasaan lagi kat awak. Enough is enough Citra. Saya muak dengan perangai awak. Awak tak pernah faham saya. Awak tengking saya. Setiap kali awak marah, saya jadi mangsa awak.  Bila saya mengadu masalah saya kat awak,awak buat endah tak endah je” marah Zharif kepada Citra.

Kedua-dua mereka menangis di dalam telefon. Citra tidak pernah mendengar Zharif begitu marah kepadanya sampai ke tahap begitu. Malam itu, Zharif menyatakan hasratnya untuk memutuskan hubungan mereka yang telah terjalin selama empat tahun. Zharif sudah tidak tahan dengan Citra yang selalu membangkitkan marahnya. Hari itu Zharif sudah hilang sabar.

Zharif letih diperlakukan seperti hamba oleh Citra. Citra selalu memaksa Zharif sama ada dalam kerja-kerja universiti Citra mahupun pergi ke mana-mana. Setiap apa yang Citra mahukan, Zharif mesti turuti jika tidak mahu Citra merajuk. Namun tidaklah sampai perkara-perkara material kerana Citra bukan seorang yang materialistik.

“ Tapi saya cintakan awak. Awak dah berjanji macam-macam dengan saya. Banyak perkara kita dah buat sama-sama. Takkan awak nak sia-siakan. Kita dah empat tahun bersama Zharif. Maafkan salah saya pada awak” Citra menangis semahunya. Sayu sekali tangisan dua insan itu.

“Saya minta maaf sangat Citra. Saya tak dapat tunaikan janji saya tu kerana perangai awak dah melampau. Saya mahukan seorang yang memahami saya. Bukan mempergunakan saya. Saya juga manusia yang punya hati dan perasaan.” Ujar Zharif dengan nada kecewa.

Bunyi lelaki terbatuk menyebabkan Citra tersentak dari lamunan.

“Sayang” tegur Zharif.

Citra mengelap air matanya apabila Zharif tiba-tiba menegurnya.

“Baby, kenapa menangis ni? Baby okay tak?”soal Zharif. Zharif duduk di hadapan Citra lalu menyeka air mata Citra.

Citra hanya menggelengkan kepala. Dia membuka cermin matanya.

“Tak. Baby okay. Mana ada nangis. Tak main la nangis-nangis ni.” Citra tunduk untuk melindungi wajahnya. Zharif memegang dagu Citra agar memandangnya.


-bersambung-


p/s : cinta itu indah kalau tahu hargai


Tuesday, February 21, 2012

Hingga Nafasku Yang Terakhir (5)

Zharif memerhatikan gerak-geri isterinya yang sedang menghidangkan makanan. Zharif hanya duduk di atas meja makan sambil menongkat dagu menggunakan kedua-dua belah tangannya. Ke mana isterinya bergerak, anak matanya mengekori.

“ Dah puas tengok orang? Ada benda tak puas hati ke? Ada hutang?” soal Citra tiba-tiba.

“ Ya. Memang saya tak puas hati dengan awak. Kenapa awak comel sangat? Awak lalu depan saya je, saya rasa macam nak terkam awak je” usik Zharif.

“ Wah, awak ni kucing ke apa nak terkam-terkam orang?” balas Citra sambil duduk di hadapan suaminya di meja makan itu.

“ Memang saya kucing pun. Untuk pengetahuan Puan Citra, sekarang ni musim mengawan tau ” ujar Zharif berseloroh.

“ Apa kena mengena musim kucing mengawan dengan kita pulak cik abang oi?”soal Citra tak puas hati. Citra mencedok nasi dan lauk ke dalam pinggan suaminya.

“ Mestilah ada kena mengena. Takkan abang nak buat tak tahu je bila ada kucing betina depan mata. Nanti abang kukuhkan kata-kata abang ni dengan evidence nya okay sayang? Ujar Zharif sambil mengenyitkan mata kepada isterinya.

Citra memandang tajam suaminya. Dia pura-pura tidak mendengar kata-kata suaminya itu. Mereka makan dengan sungguh berselera sambil berbual-bual tentang pelajaran suaminya. Sesekali terdengar ketawa Citra melayan kerenah suaminya yang begitu sarkastik.

Keheningan malam membuatkan pasangan itu mengambil masa untuk meluangkan masa kualiti mereka. Mereka duduk bersama-sama di atas sofa sambil menonton televisyen. Rancangan bahasa Perancis yang menjadi kegemaran Zharif membuatkan Citra berasa sungguh bosan. Terkebil-kebil Citra memandang Zharif yang begitu asyik menonton rancangan berunsur ganas itu.

“ Kenapa Baby pandang abang? Abang tahu la abang handsome. Jangan la pandang abang macam tu. Segan tau abang”. Zharif membuat muka pura-pura malu lantas menerkup mukanya.

“Uwek. Nak muntah Baby. Perasan betul lah abang ni”. Citra memukul bahu Zharif perlahan. Mereka sama-sama ketawa.

“Sudah lah Baby. Mengaku je lah Baby dah terpaut hati pada suami Baby ni sejak dari dulu lagi kan?” ujar Zharif bersahaja sambil matanya tertumpu pada skrin televisyen.

“Memang Baby sayang abang sejak dari dulu pun. Abang je yang tak sayang Baby. Eleh.” Citra berbicara seakan-akan merajuk.

“Ala, Baby cakap dah maafkan abang. Ni ungkit lagi. Baby ni abang gigit kang baru dia tau nak ungkit ke tak cerita dulu” ujar Zharif sambil memandang Citra. Zharif memegang tangan Citra dan membawanya ke mulut. Dia mengucup tangan Citra.

“ Ergh. Mengada. Tengok je la cerita abang tu diam-diam. Tangan tu nak bergerak-gerak kenapa pulak? Malaslah layan abang. Baby nak sambung buat kerja Baby”. Citra berlalu pergi menuju ke arah komputer. 


-bersambung-


p/s : back to back episode.ok,jom kawen! :D

Saturday, February 18, 2012

Hingga Nafasku Yang Terakhir (4)

Kedengaran pintu di ketuk. Citra yang sedang mengacau lauk lemak cili padi bergegas ke pintu untuk membukanya. Citra melihat dahulu dari lubang kecil  di pintu. Citra tertawa apabila dia terlihat suaminya yang mengetuk pintu sambil membuat mimik muka yang pelbagai di muka pintu. Citra membuka pintu.

“ Awak ni siapa datang rumah saya? Buat muka hodoh pulak tu. Dah takde kerja lain ke?” soal Citra dengan suara yang agak tinggi untuk menyakat suaminya.

Lantas Zharif masuk ke dalam rumah dan menutup pintu sambil menguncinya. Dia memegang bahu Citra. Citra ke belakang sedikit apabila di tolak perlahan oleh suaminya.

“ Saya ni orang jahat. Saya nak buat sesuatu terhadap awak. Saya tengok awak ni macam best je”. Zharif menolak Citra dengan lebih keras ke atas katil. Zharif memegang kedua-dua tangan Citra yang berusaha meloloskan diri. Dia memandang Citra dengan pandangan yang amat menggoda.

“ Awak jangan. Saya ada tae-kwando tali pinggang hitam”. Citra cuba mempertahankan diri. Dia berusaha untuk melepaskan diri dari Zharif.

“ Saya ada tali pinggang kulit kat seluar ni. Nak saya tunjukkan ke?” Duga Zharif sambil sebelah tangannya memegang tali pinggang kulit di seluar seperti mahu membukanya.

“ Cop-cop. Dah abang. Sorry-sorry. Baby tak main-main lagi dah. Insaf-insaf. Hehehe” pinta Citra termengah-mengah kerana cuba meloloskan diri yang sia-sia. Ternyata tenaga lelaki memang lebih kuat dari wanita.

“ Eh, awak ingat ni tipu-tipu ke? Tak kira. Saya nak sekarang jugak” Zharif terus mengusik isterinya.

“ Abang yang kacak lagi tampan. Baby tengah masak lah. Kang ni makan die” pujuk Citra dalam nada marah.

“ Makan apa? Makan ni ke?”. Zharif mengucup lembut bibir merah isterinya. Citra menolak Zharif yang sudah melonggarkan pegangan.

“ Tak. Makan ni ha” Citra menyekeh kepala suaminya dan segera berdiri.

“ Memang tak sakit lah sayang buat abang macam tu. ”. Zharif memegang kepalanya yang disekeh isterinya.

“Padan muka. Ambik lah kesempatan lagi”. Omel Citra sambil berlalu ke dapur. Citra meneruskan  kerja-kerja memasak yang hampir siap. Zharif hanya ketawa melihat keletah isterinya yang selalu jual mahal bila dia cuba menggoda.

Zharif terfikir sejenak. Sampai bila isterinya mahu malu dengannya. Mereka sudah hampir sebulan berkahwin, namun mereka masih belum sempat untuk melaksanakan hubungan suami isteri. Ada sahaja aral yang melintang. Isterinya demam campak lah. Datang bulan lah. Zharif sedang mengira-ngira waktu yang sesuai untuk menggoda isterinya itu. Zharif akan menawan jiwa dan raga isteri kesayangannya.

-bersambung-

p/s : part mesra2 sket.cite melayu kate kan.hueh hueh

Friday, February 17, 2012

Hingga Nafasku Yang Terakhir (3)

Citra kemudian membuka peti sejuk kecil mereka. Dia mencari makanan untuk di makan. Cornflake dan susu coklat menjadi santapannya pagi itu. Setelah usai mengemas rumah, Citra melihat barang-barang untuk di masak. Perut suaminya yang akan pulang tengah hari nanti mesti diisi. Citra mendapati beberapa barang untuk memasak tiada.

“ Alamak. Takde pulak barang ni. Macam mana? Aku nak pegi kedai aku tak fasih berbahasa Perancis. Dulu masa di universiti aku belajar bahasa Perancis pun yang asas je. Mana pernah berinteraksi dengan orang Perancis sebenar.  Pensyarah ajar kat depan aku berangan. Padan la dengan muka aku. Tengok abang cakap pun meleleh air liur” gumam Citra di dalam hati.

“Ah, lantak lah. Tak boleh sebut karang aku cakap je bahasa Inggeris. Diaorang tak faham jugak, aku cakap je bahasa Melayu. Peduli apa aku, ada aku kisah? Hueh hueh” ujar Citra sendirian.

Citra kemudiannya memakai tudung dan menyarungkan jaket merahnya. Dia turun ke bawah melalui tangga. Di tangga dia bertembung dengan jirannya Madame Mary. Madame Mary tersenyum kepadanya.

“Bonjour” sapa Madame Mary

“ Bonjour” balas Citra.  Dia sudah mahu menjerit di dalam hati.

“ Buatnya dia tanya macam-macam, apa aku nak jawab ni? Mampus aku” bisik Citra di dalam hati.

“  Comment ca va?” Madame Mary bertanya kepadaku.

“ Oh, ca va bien. Merci. Et toi?” Citra membalas dengan konon-konon yakin.

“ Eh, pandai pulak aku membalasnya” Citra tergelak di dalam hati.

“ Bien. Merci.  Ou vas tu?” Madame Mary membalas

“ Ah,sudah.  Apa aku nak jawab ni? Aku tau dia tanya apa. Tapi nak jawab tu aku dah lupa grammar nya. Tidak. Tolong-tolong” jerit Citra di dalam hati.

“Im going to supermarket to buy some groceries” Citra membalas dalam Bahasa Inggeris.

“ Oh, I see. Ok then, see you next time. A bientot” balas Madame Mary dalam bahasa Inggeris juga.

“ Pergh. Sekali dia tau speaking la. Ingat tak tahu. Hari tu abang cakap orang Perancis tak berapa nak tahu cakap Bahasa Inggeris. Nasib baik Madame Mary ni tahu” Citra bermonolog di dalam hati.

“ D’accord. Au revoir. A bientot Madame Mary” Citra mengucapkan selamat tinggal.

1 jam kemudian

Citra membuka pintu apartment ambil mendukung beberapa beg kertas berisi barang-barang dapur. Dua buah beg kertas yang sarat dan perjalanan yang agak jauh dan berbukit menyebabkan Citra sedikit mengah. Dia meletakkan barang-barang tersebut di dapur dan kemudiannya menghempaskan dirinya ke sofa.

“ Meleleh air liur aku nak bercakap dengan orang Perancis ni. Cakap bahasa Perancis bukan main laju lagi. Lepas tu, sebutan English dorang tak jelas langsung. Lepas ni nak pergi mana-mana kena ada abang lah nampaknya”. Setelah 10 minit, Citra bingkas bangun kembali memandangkan suaminya akan balik dalam masa dua jam lagi.

-bersambung-


nota kaki 
bonjour : hello
comment ca va : how are you
ca va bien : im fine
merci : thank you
et toi : and you
ou vas tu : where are you going (kalau tak silap)miahaha
d'accord : okay
au revoir : goodbye
a bientot : see you soon

Thursday, February 16, 2012

Hingga Nafasku Yang Terakhir (2)

“Mengada. Ye abang, masa memang berhenti bila Abang kacau-kacau Baby ni. Abang tu dah lambat la. Takkan la abang tak biasa dengan budaya Perancis yang menekankan ketepatan waktu” omel Citra.

“ Baik Puan Citra. Tapi, macam mana saya nak pergi kalau Puan Citra tak nak lepas kan saya” ujar Zharif sambil menggerakkan tangan mereka yang dari tadi berpegangan. Citra segera melepaskan tangan Zharif.

“ Eleh, dia yang pegang. Cakap orang pulak” ujar Citra menahan malu kerana tidak perasan tangannya memegang tangan suaminya.

“ Hahaha. Buat muka malu tu lagi. Geram je abang tengok. Ala, pegang suami sendiri. Bukan orang lain. Nasib baik pegang tangan je” Zharif tergelak besar. Citra menjeling sekali lagi.

“Alololo, garangnya isteri abang. Ok lah sayang, abang pegi dulu. Take care” . Citra tersenyum melihat suaminya yang nampak kelam kabut kerana tidak mahu lambat untuk ke kelas.

Citra kemudiannya menutup pintu apartment mereka. Dia memandang keseluruhan apartment yang sederhana luas itu. Potret perkahwinan mereka tersergam indah di ruang tamu mereka. Dia membetulkan cadar di katil. Tiba-tiba Citra menjerit kecil sambil menekup mulutnya.

“Ya Allah, aku tak sediakan sarapan untuk suami aku. Isteri apa la aku ni. Pemalas betul” Citra bermonolog sendiri. Dia benar-benar terlupa. Zharif pula tidak meminta nya menyediakan sarapan.

“Mungkin dia nak cepat tadi. Takpe, tengah hari aku masak special sedikit”  gumam Citra.

Setelah Citra membersihkan diri, tiba-tiba telefon bimbit Citra berbunyi menandakan ada mesej yang di terima.


Abang gedik : Mamak, ikan masak lemak cili padi, ayam goreng dan sambal belacan ye tengah hari nanti

Citra membacanya sambil tertawa kecil.

Me : Order sesedap rasa je ye. Dhei, mahu apa-apa lagi ka? Air takmau ka?

Citra membalas mesej tersebut. Dia masuk ke dalam watak ciptaan suaminya.

 Abang gedik : Air malam sikit la macha. Hihihi.

Citra terasa muka nya panas menahan malu.

Me : Ada yang kena sunat kali kedua ni karang. Dah-dah. Fokus dalam kelas tu.


Citra kemudiannya meletakkan telefon bimbitnya di atas meja sambil tersenyum bahagia. Citra menuju ke balkoni apartment mereka. Citra menghirup udara pagi yang sangat sejuk. Bila-bila masa salji akan turun menyimbah bumi Perancis. Citra kemudiannya  menutup pintu balkoni. Angin pagi seperti menggigit-gigit tubuhnya. Sejuknya hingga ke tulang.

-bersambung-


p/s : rasa macam nak kawen la pulak.hihihi.gelak gatai


previous episode : Hingga Nafasku Yang Terakhir (1)

next episode : Hingga Nafasku Yang Terakhir (3)

Wednesday, February 15, 2012

Hingga Nafasku Yang Terakhir (1)

Hingga Nafasku Yang Terakhir

“Baby,bangun sayang. Abang nak pergi kelas dah ni” Zharif mengejutkan Citra yang sedang lena dibuai mimpi dengan menarik sedikit selimut Citra. Citra tidak mempedulikan Zharif. Citra terlalu penat untuk bangun pagi memandangkan dia tidur lambat semalam gara-gara menemani Zharif menyiapkan assignment akhir untuk semester itu. 

Bukan dia mahu sangat menemani Zharif, tapi dia telah gatal-gatal mulut menghirup air Nescafe Zharif sehingga separuh menyebabkan dia tidak dapat tidur. Penangan kafein dalam air Nescafe tersebut membuatnya tertidur sejam sebelum subuh . Zharif yang hanya berbaki satu semester lagi untuk menghabiskan pengajian Sarjana dalam bidang kejuruteraan petroleum di negara yang terkenal dengan Eiffel Tower menyarungkan jaket ke badan.

“Baby tak boleh solat la abang. Kenapa kejutkan?” Citra menarik selimutnya kembali. Cuaca sejuk 1 di bawah 0 darjah Celsius menyebabkan Citra merasa sungguh malas untuk bangun.

 “ Abang bukan nak kejut Baby solat, abang tahu la baby singgah ke bulan. Bulan dipagari bintang la kononnya tu? Abang nak pergi kelas lah. Dah lambat ni. Bangun lah Baby. Kunci pintu ni semua elok-elok” bebel Zharif.

“ Iye. Kiss dulu. Baru Baby bangun” . Citra mengusik Zharif dalam keadaan mata yang masih lagi terpejam.

“ Baby ni gedik betul lah. Kang ini makan dia” Zharif menunjukkan sikunya sambil ketawa.

“ Ewah-ewah. Sedap nya nak bagi orang makan siku dia. Ingat siku Baby tak sedap ke?” Citra sudah mula membuka mata. Dia bingkas duduk di tepi katil lantas membetulkan rambutnya yang kusut masai. Zharif menghampiri Citra lantas memegang tangan Citra  yang sedang membetulkan rambut itu. Dia membelai rambut ikal mayang Citra dengan penuh kasih sayang.

“Baby bangun, pegi mandi ye. Tengah hari abang balik. I love you sayang” ucap Zharif sambil mengucup dahi Citra. Citra tersenyum malu. Sudah hampir sebulan mereka berkahwin, namun Citra tetap dengan perangai tersipu malunya. Citra kemudian mencapai tangan Zharif lalu mengucupnya.

“I love you too. Baik-baik tau abang” ujar Citra

“ Abang memang baik. Bukan macam Baby tu. Dah lah nakal, mengada pulak tu” usik Zharif

“ Abang!”. Tangan Citra laju mencubit lengan Zharif.

“ Auch. Sakit la sayang.” kata Zharif sambil memegang lengannya yang merah akibat di cubit Citra.

“ Padan muka abang” ujar Citra sambil menjeling tajam kepada Zharif.

“ Awww, tajamnya jelingan Baby tu. Luka mata abang melihatnya” Zharif mengusik lagi.

Citra mengetap bibirnya tanda geram.



-bersambung-



p/s : ok.jiwang karat kan?ahaha.sila pergi muntah

Next episod :

Hingga Nafasku Yang Terakhir (2)