Friday, February 24, 2012

Hingga Nafasku Yang Terakhir (6)

Citra sedang menyiapkan modul mata pelajaran Biologi yang akan ditunjukkan kepada pihak sekolah apabila dia pulang ke Malaysia nanti. Citra yang sudah menjadi guru di sebuah sekolah di Malaysia mengambil keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji kerana mengikut suaminya yang menyambung  pengajian di peringkat Sarjana di Perancis selama setahun.

Dia memakai kaca matanya sebelum menyambung kerjanya yang sudah beberapa hari telah dia tangguhkan. Citra termenung seketika apabila terkenang perbualan dia dan suaminya sebentar tadi. Kenangan pahit tujuh tahun lalu menerpa ke dalam mindanya.

“Kita putus. Saya dah takde apa-apa perasaan lagi kat awak. Enough is enough Citra. Saya muak dengan perangai awak. Awak tak pernah faham saya. Awak tengking saya. Setiap kali awak marah, saya jadi mangsa awak.  Bila saya mengadu masalah saya kat awak,awak buat endah tak endah je” marah Zharif kepada Citra.

Kedua-dua mereka menangis di dalam telefon. Citra tidak pernah mendengar Zharif begitu marah kepadanya sampai ke tahap begitu. Malam itu, Zharif menyatakan hasratnya untuk memutuskan hubungan mereka yang telah terjalin selama empat tahun. Zharif sudah tidak tahan dengan Citra yang selalu membangkitkan marahnya. Hari itu Zharif sudah hilang sabar.

Zharif letih diperlakukan seperti hamba oleh Citra. Citra selalu memaksa Zharif sama ada dalam kerja-kerja universiti Citra mahupun pergi ke mana-mana. Setiap apa yang Citra mahukan, Zharif mesti turuti jika tidak mahu Citra merajuk. Namun tidaklah sampai perkara-perkara material kerana Citra bukan seorang yang materialistik.

“ Tapi saya cintakan awak. Awak dah berjanji macam-macam dengan saya. Banyak perkara kita dah buat sama-sama. Takkan awak nak sia-siakan. Kita dah empat tahun bersama Zharif. Maafkan salah saya pada awak” Citra menangis semahunya. Sayu sekali tangisan dua insan itu.

“Saya minta maaf sangat Citra. Saya tak dapat tunaikan janji saya tu kerana perangai awak dah melampau. Saya mahukan seorang yang memahami saya. Bukan mempergunakan saya. Saya juga manusia yang punya hati dan perasaan.” Ujar Zharif dengan nada kecewa.

Bunyi lelaki terbatuk menyebabkan Citra tersentak dari lamunan.

“Sayang” tegur Zharif.

Citra mengelap air matanya apabila Zharif tiba-tiba menegurnya.

“Baby, kenapa menangis ni? Baby okay tak?”soal Zharif. Zharif duduk di hadapan Citra lalu menyeka air mata Citra.

Citra hanya menggelengkan kepala. Dia membuka cermin matanya.

“Tak. Baby okay. Mana ada nangis. Tak main la nangis-nangis ni.” Citra tunduk untuk melindungi wajahnya. Zharif memegang dagu Citra agar memandangnya.


-bersambung-


p/s : cinta itu indah kalau tahu hargai


No comments:

Post a Comment

sini2.komen kt sini.