Showing posts with label ingat-mengingati. Show all posts
Showing posts with label ingat-mengingati. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

misteri kehidupan dan kudrat tuhan


Misteri Kehidupan
Ya, hidup penuh keajaiban. Penuh misteri yang tersimpan di sisi Ilahi. Ada perkara yang insan jangka dan sangka, ia tidak berlaku. Ada perkara yang tidak diduga ia menjelma dalam pelbagai rupa dan warna. Tiada siapa boleh menyatakan yang dia menguasai perjalanan kehidupannya. Tidak! Sama sekali tidak! Dia mungkin menguasai dirinya bukan perjalanan hidupnya. Dalam alam ini yang penuh dengan pelbagai watak, episod, musim dan rasa, maka tiada siapa yang berkuasa melainkan Allah. Manusia merancang dan mengatur. Ada kala rancangan itu berjaya, ada kala gagal, ada kala berubah arah dan pelbagai lagi.
Dunia ini bukan kita saja yang menghuninya; insan lain, alam sekeliling dan segala yang wujud. Semuanya mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Kadang-kala agenda itu bersaing dengan hasrat kita. Mungkin kita menang, atau kalah. Atau tiada siapa yang mendapatnya. Atau semua mendapat ruang dan peruntukan masing-masing. Itulah kehidupan. Sebab itu kita disuruh bertawakkal iaitu setelah berusaha semampunya hendaklah berserah pasrah dan menggantungkan segala doa dan harapan kepadaNya. Firman Allah (maksudnya):
“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari masalahnya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang dia tidak sangka. dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah itu baginya (untuk menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala urusanNya. Allah telahpun menentukan kadar bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Talaq: 2-3).
Kudrat Tuhan

Ya, sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah sebagai pengatur urusannya. Ketika menyerah pasrah dirinya kepada Allah, insan mungkin mempunyai pelbagai bayangan bagaimana kehendak atau hajatnya akan tercapai. Namun kuasa, kudrat dan kehendak Allah merentasi segala bayangan dan igauan insani.
Dalam menunai hasrat seseorang insan, Allah kadang-kala takdirkan pelbagai kejadian dan episod hidup agar insan belajar, mendapat ganjaran pahala, menemui pelbagai hikmat dan menjadi hamba yang lebih bersyukur dan akur dengan keagunganNya. Cara sesuatu hasrat itu muncul dan menjelma juga, tidak semestinya sama. Pelbagai warna dan rupa. Mungkin insan ingin sesuatu, Allah gantikan yang lain yang lebih baik daripadanya. Mungkin insan tidak tahu kejelekan di sebalik sesuatu yang indah pada matanya sehingga dia mengidamnya.
Apabila insan menyerah diri kepada Tuhan dengan jiwa yang luhur dan akur, Allah akan memberikan ganti yang lain, yang mungkin insan kurang suka, tapi itu lebih baik untuknya. Demikian Allah menegaskan (maksudnya):
“..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah: 216).
Hanya pada tanganNya kekuasaan mutlak terhadap perjalanan alam ini. Jika Dia mahu memberikan sesuatu, tiada siapa yang dapat menghalangNya. Jika Dia mahu menghalang sesuatu, tiada siapa yang memberikannya. Dia Maha Berkuasa menghadirkan hajat seseorang insan dalam pelbagai bentuk dan rupa, jalan yang disangka dan yang tidak diduga. Dia Maha Mengetahui apa yang terselit dalam benak insani ketika seseorang itu mengadu kepadaNya. Padahal kadang-kala insan itu sendiri alpa dan lupa hasratnya yang sebenar.
Allah mungkin menunaikan hasrat yang tersirat walaupun tidak dalam gambaran yang tersemat. Segalanya atas rahsia alam atau hikmat kehidupan yang Allah Maha Tahu. Apa yang penting Allah tidak mensia-siakan hamba yang bertawakal kepadaNya. Percaya, jika kita serahkan jiwa raga dengan penuh pasrah kepada Allah, harinya akan menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Kebahagiaan itu jika Allah berikan tiada siapa yang dapat merampasnya dalam dada kita, sekalipun tubuh diluka dan dipenjara. Sengsara jika Allah campakkan kepada kita, tiada harta yang dapat menghalangnya, tiada wanita yang dapat menceriakannya dan kuasa yang dapat menangkisnya. Percayalah, dan berjalanlah atas keimanan itu menelusuri diari kehidupan ini.

p/s : dipetik dari penulisan Dr Asri di sini. untuk bacaan orang yang runsing tentang masa depan. :)

Friday, August 19, 2011

mereka perlukan bantuan kita

assalamualaikum saudara-saudara islamku sekelian.

korang berbuka apa hari ni?seronoknya dapat makan.nikmat kan?tapi,lagi seronok kalau sambil makan tu korang tengok-tengok orang sekeliling.dorang makan ke tak ek?terutamanya orang kat somalia yang majoriti islam tu.already know about them don't you?their children die every 6 minutes! MasyaAllah.tengok video bawah ni.


macam mane kalau jadik kat korang??

Allah telah berfirman :
"Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kalian kepada Allah, sesungguhnya Allah amat keras siksa-Nya." (Al-Maa`idah:2)
 Lagi-lagi bulan Ramadhan ni,kalau korang derma harta korang tu,insyaAllah.ganjaran korang dapat besar sangat.bekalan kita nanti insyaAllah. Dan merujuk hadis sahih ini :

“Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan semisalnya sampai 700 kali lipat. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (HR. Muslim no.1151)

Kita hidup kat Malaysia ni insyaAllah cukup makan. Jadi, mendermalah sahabatku semua. Jom,tolong dorang kat somalia tu.cube tengok sini cerita tentang mereka.

cara nak tolong dorang? klik sini meh :)

ingatlah semua,


Allah selalu menolong orang selama orang itu selalu menolong saudaranya (semuslim). (HR. Ahmad) 

mari beramal kerana Allah!

ok,dah.


Tuesday, August 2, 2011

forgive people

We love our self even after doing many mistakes,
Then how can we hate others for their one mistake?

Come people, let's forgive others,
With the real forgiveness.

Forgive and forget,
Are the best combination.

To live happily here and There.
InshaAllah.

Qiam ramadhan :)

Thursday, July 7, 2011

malas tapi rajin

bonjour. eksyen speaking.

i don't really know why all my lazy veins controlling me..sigh*

nak kemas umah malas.nak masak malas.tp tepakse.aku kan bibik.
tapi untuk diri aku pon aku malas, nak mandi malas,nak jogging untuk misi aku sblm masuk sem baru malas, apetah lagi nak hapdate blog.kesian blog ni.dah la blog ni boipren aku.nape?x caye?

banyak lagi benda malas aku sebenarnye.tahap malas tu tahap maharaje pny maharaje pny maharaje malas.tahu tak hape yang aku malas tu?ah,nak cite pon aku malas la.

tapi,ade 1 perkare yang aku sangat rajin buat sebelum tidur.kalau aku kat umah la.baru je ektibiti ni aku buat sebab ade sesuatu yang telah membukak mate aku untuk buat bende tu setiap malam.kalau aku tak buat bende tu, aku tak kan tido lena.

online? tidak..

korek idong? err..


krik3*.bunyik cengkerik


aku sebelum tido aku akan pastikan aku check pintu depan dan belakang da kunci ke blom.ade satu hari tu aku da tetido awal.pastu aku bangun kul 12 hanye untuk turun bawah dan check pintu sume.dan aku nak korang pon buat macam tu jugak ye.jangan harapkan orang laen nak check sume tu.

sume security yang aku lakukan ini lepas aku tgk cite oprah winfrey beberape bulan lepas.ade sorang omputih ni.dlu die ade family yang best gile.happy family la ni.pastu rumah dorang kene rompak dan bini die and anak2 mati pade hari kejadian.tingal die sorang je sebatang kere.sebatang kere ok.bukan sebatang kara.sumpah kesian.ayat die yang paling aku ingat die cakap "i wish i lock my door that night"

aku rase ade banyak kesan2 yang bole berlaku kalau kite tak kunci pintu rumah kite.antaranye : 

1. pencuri bole masok dan curik barang berharge kite.jangan curik enpon aku
2. perompak lagi jahat dari pencuri.depa bole bunuh kite jugak!
3. penjahat2 ni jugak bole rogol kite! bayangkan bepuluh tahun jage diri pastu kene rogol. depan famili pulak tu. ya Allah,mintak la dijauhkan sume ni.

ok dah.tu je bebelan aku.in a nut shell,pegi la check rumah korang.dah kunci belom pintu tu?haaa.pegi check cepat.aku pon nak g check jugak ni.alamak,gelap la pulak kat bawah tu.wat saspen~

ok.bai.

p/s : da lame x maen kad happy family.jom maen?