Showing posts with label cerpen oh cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen oh cerpen. Show all posts

Friday, October 5, 2012

Cerpen : Konspirasi


“Tolong aku” pinta Henry Patrova.

Azreil Miller memandang Henry dengan kerutan di dahi. Azreil diam.

“Tolong aku Azreil. Aku tah tahan” Henry meminta bantuan Azreil. Azreil tidak mahu membantu. Dia tidak mahu campur tangan urusan Henry dengan Frank Gail. Frank berbahaya.

“Apa kau borak dengan Azreil tu Henry? Mari sini” Dari jauh tedengar laungan Frank. Frank menggunakan isyarat tangan memanggil Henry. Henry memandang Azreil. Minta belas. Henry kemudian mendekati Frank.

“Pegang sini” Frank mengarahkan Henry memegang kain sebelah dalam poket belakang seluarnya. Azreil memandang Frank.

“Jangan sibuk,si kacak” marah Frank kepada Azreil.

Azreil memandang mereka pergi. Hatinya sakit dengan kelakuan jijik Frank. Frank melakukan penderaan seksual songsang kepada ramai banduan di situ. Henry bukan mangsanya yang pertama.

Azreil, Henry dan Frank merupakan banduan di penjara Illinois , Amerika. Mereka berada di situ atas kesalahan-kesalahan tertentu. Frank dimasukkan ke penjara itu atas tuduhan merogol kanak-kanak perempuan dan melakukan pembunuhan ke atas seorang lelaki yang tidak mahu bersamanya. Henry pula dipenjarakan kerana mencuri kereta.

Namun berbeza pada Azreil. Azreil merupakan seorang bekas ajen FBI. Dia berada di situ bersebab. Mahu menyelamatkan keluarga dan kekasihnya. Mikaila ; yang diculik dan diancam bunuh! Dia sengaja merasuah seorang pegawai polis dan dengan sengaja biar dirinya tertangkap agar dia dapat memasuki penjara di Illinois itu.

3 bulan sebelumnya.

“Sayang, tolong. Mereka mahu bunuh saya!” rayu Mikaila ketika menguhubungi Azreil. Ketika itu seorang ejen FBI bertubuh sasa mengacukan pistol jenis silencer ke kepala Mikaila. Ejen tersebut merampas telefon dari Mikaila.

“Kau dengar kekasih kau itu Azreil?” soal ejen FBI bertubuh sasa itu.

“Celaka! Kau jangan apa-apakan dia! “ marah Azreil. Azreil menumbuk dinding tandas awam tempat dia menjawab panggilan ugutan itu. Ejen FBI bertubuh sasa meneruskan perbualan.

“Dapatkan Gerard. Jangan biar sesiapa dekat padanya. Aku mahu kau bawa dia keluar hidup-hidup dari penjara itu” Ejen FBI bertubuh sasa memberi arahan.

“Kau mahu aku larikan dia dari penjara? Kau memang keji! Tuan Gabenor sudah hilang akal!”maki Azreil. Namun suaranya diperlahankan agar tiada siapa mendengar perbualannya.

“Azreil. Tenang. Jangan cepat naik angin. Ibu kau di Florida aku lihat tenang orangnya” Ejen FBI cuba meledakkan marah Azreil dengan ugutan demi ugutan.

“Jahanam!” Azreil mengetap giginya menahan marah.

“Kau tahu rahsia Gabenor. Jadi, kau bertanggungjawab tentang itu” Ejen FBI bertubuh sasa mematikan panggilan.

Penjara Illinois, 4 p.m

Azreil duduk di bangku tepi padang tempat para banduan berkumpul pada waktu petang.

“Kau sudah tahu bila mahu keluar?” soal Gerard. Gerard menghampiri Azreil. Gerard adalah adik kepada Gabenor. Gabenor kepada negara yang penuh konspirasi itu. Gerard berada di situ atas kesalahan membunuh.

“Malam ni kita gerak. Tiada lagi kesalahan seperti sebelum ini. Kita hampir tertangkap kerana kebodohan kau Gerard” Azreil melihat sekeliling jika ada polis kawalan yang mendengar mereka.

“Kau pasti kita akan selamat sejurus kita keluar dari sini?”soal Gerard risau.

“Aku sudah selesaikan semua itu. Kita akan lari ikut Fringe” Fringe adalah salah satu jalan di luar penjara. Jalan itu selamat dari polis. Azreil sudah lakukan kajian terperinci tentang itu.

“Henry dan Frank juga akan ikut? Kau pasti tentang tu?”soal Gerard tidak puas hati.

“Kau mahu rancangan kita rosak? Mereka sudah dengar perbualan kita. Mereka akan menggagalkan rancangan kita jika mereka tidak lari bersama kita. Kerana mereka juga menolong kita cari jalan keluar” Azreil memandang Gerard tajam.

Gerard diam. Gerard memandang Henry dan Frank yang dalam masa yang sama sedang memandang mereka dari jauh.

Penjara Illinois, 11.30 p.m

“Saya mahu kesemua banduan itu tertangkap hidup atau mati! Jangan lepaskan sesiapa.” arah Warden penjara Illinois. Kereta polis dan anjing polis merata-rata di sekitar Illinois.

“Kita berpecah di sini. Ambil jalan masing-masing” arah Azreil kepada Frank dan Henry setelah mereka melarikan diri dari penjara Illinois. Frank dan Henry menurut. Mereka berdua berpecah. Mereka lari sepantas mungkin.

“Ikut aku Gerard” Azreil dan Gerard berlari ke arah satu bangunan lama. Di situ FBI bertubuh sasa sudah menunggu mereka berdua.

Setibanya di bangunan lama itu, Mikaila berlari ke arah Azreil.

“Azreil!” Mikaila memeluk Azreil. Azreil tersenyum pada Mikaila.

“Kamu okay?” Azreil merenung Mikaila. Mikaila mengangguk.

Ejen FBI bertubuh sasa menghampiri Azreil. Dia menujah pistol jenis silencernya ke kepala Azreil.

“Aku sudah lakukan apa kau suruh, anjing!” Azreil menjerit. Azreil kemudian menyambung kata-katanya.

“Aku tidak perlu berada di situ pada waktu itu. Aku tidak perlu tahu adik Gabenor membunuh Naib Presiden!” Azreil memandang ejen FBI bertubuh sasa, 'anjing' suruhan Gabenor.

“Malangnya kau ada di situ. Kau tahu terlalu banyak perkara Azreil. Gabenor mahu kau lenyap.” Ejen FBI itu mengalihkan pistolnya ke kepala Mikaila. Mikaila ditembak laju. Peluru menembusi kepala Mikaila. Mikaila sudah tidak bernyawa.

“Binatang!” Azreil cuba melawan. Namun ejen FBI bertubuh sasa itu bergerak lebih pantas. Azreil ditembak di bahagian dada. Azreil jatuh tersungkur.

“Kebenaran pasti akan menang.” Itu kata-kata akhir Azreil sebelum dia menghembus nafas yang terakhir. Ejen FBI bertubuh sasa menyimpan pistolnya.

“Uruskan mayat-mayat ini” ejen FBI bertubuh sasa mengarahkan ejen FBI lain yang bersubahat dalam konspirasi itu. Dia kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang.

“Selesai Tuan Gabenor” ejen FBI itu memaklumkan kepada Gabenor. Ketawa Gabenor bergema di bilik tidur rumah agamnya. Lima saat selepas Gabenor meletakkan telefonnya, rumah agamnya meletup. Tiada siapa di sekitar rumah agam itu terselamat dari letupan dasyat tersebut.
 
-the end-
Cerpen tercipta hasil pengaruh cerita Prison Break.

 
nota kaki : di mana-mana ada konspirasi sekarang. korang yakin ke lecterur korang tak wujudkan konspirasi untuk carrymark korang? pergi buat esaimen sana. Hihi
 
 

Saturday, September 29, 2012

Cerpen : Takdir


“Aku terbaca blogpost menarik dekat facebook tadi” Trisha bersuara selepas usai melayari internet pada hujung minggu.

“Apa kau baca?” soal Karmila bersahaja. Dia menyoal Trisha berbasi-basi kerana dia sedang seram sejuk membaca novel thriller yang terbaru hasil garapan Ramli Awang Murshid ketika itu.

“Tentang kahwin muda. Nikah khitbah. Seronoknya kalau dapat kahwin.” Trisha menongkat dagunya di atas meja dan tersenyum lebar.

Kamilah memandang Trisha lantas ketawa.

“Eee. Mengadanya minah ni. Aku tak pernah fikir nak kahwin. Gedik. Dah tu, tunggu apa lagi? Kahwin la cepat. Tak sabar aku nak jadi flower girl kau” Karmila sarkastik.

“Kau apehal budget budak-budak, nak jadi flower girl bagai?” Laju Trisha membaling Teddy Bear pemberian Amirul kepada Karmila. Sempat Karmila mengelak.

“ Dan, kau apehal baling-baling Teddy Bear kekasih awal dan akhir kau ni dekat aku? Buang dari tingkat 7 ni baru tahu” Karmila acah-acah mahu campak Teddy Bear dari tingkap asrama universiti mereka.

“Buang la. Aku mintak Amirul beli baru. Apa ada hal” Trisha menjawab laju. Trisha mengembang kempiskan hidung nya pada Karmila tanda bergurau.

“Kurang asam. Mentang-mentang Amirul anak jutawan. Gedik level berapa aku tak tahu” Karmila membaling semula Teddy Bear pada Trisha. Trisha dan Karmila ketawa.

Trisha menghampiri katil Karmila, teman sebiliknya dari tahun satu mereka di universiti itu. Kini mereka sama-sama pelajar tahun akhir jurusan sains akturial.

“Aku serious ni Karmila” Trisha duduk di sebelah Karmila yang sedang baring.

“Kau ingat aku main-main ke nak jadi flower girl kau?” Karmila menutup novelnya. Trisha mencubit Karmila. Karmila ketawa gedik.

“Aku nak kahwin” rengek Trisha.

“Eh nyah, kau nak kahwin, kahwin lah. Siapa halang?” Karmila cuba berpondan-pondan.

“Hahahaha. Sengal. Kau taknak?” soal Trisha dalam tawa.

“Tak kuasa mak, nyah” jawab Karmila. Mereka ketawa lagi.

Mereka meneruskan perbualan mereka. Sama-sama berbaring di atas katil. Sesekali tawa mereka terburai membincangkan perkara-perkara yang mereka dan kaum hawa suka cerita bila bersama. Iaitu hal perkahwinan.


2 bulan kemudian.


“Aku terima nikah Nurul Karmila dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit tunai.” Para tetamu yang menyaksikan majlis akad nikah itu mengaminkan doa yang dibacakan selepas sah akad nikah. Amirul juga mengaminkan doa tersebut. Amirul membetulkan songkoknya dan memandang Trisha.

Trisha menghampiri Karmila. Dahinya berkerut. Matanya berair. Amirul hanya memerhati dari jauh. Amirul yakin Trisha akan berkata sesuatu pda Karmilla.

“ Sampai hati kau Karmila buat aku macam ni. Ni ke kawan?” Karmila dan Trisha keduanya menangis.

“Maafkan aku Trisha” jawab Karmila. Trisha memandang Karmila.

“ Maaf? Senangnya kau ucap maaf” Trisha menahan air matanya. Trisha menyambung lagi kata-katanya.

“ Tak pernah fikir fasal kahwin, tak kuasa bagai. Sekali, ambik. Dasar! Aku nak kahwin dulu la. Kau pulak yang kahwin. Dengan abang Amirul pulak tu. Geramnya” Trisha mencubit pipi Karmila.

“Sorry la der. Aku tak sengaja. Ini takdir. Kehkehkeh” Karmila sarkastik.

"Tak sengaja?" Trisha menjegil matanya. Mereka sama-sama ketawa bersama air mata kegembiraan.

The End.


 
 
nota kaki : yang nak kahwin sangat tu la, lambat kahwinnya.yang taknak2 kahwin tu la selalunya kahwin dulu. haaaa. ayokkkk. tak tahu... Baik jangan fikir sangat. Orang ajak kahwin nanti baru korang tahu gundah gulananya nak fikir. Pegi fikir benda lain gi.
 


Thursday, August 2, 2012

Cerpen : Emanuel Robinson anak Yusuf


Emanuel Robinson anak Yusuf

Emanuel menyisir rambut perangnya di hadapan sebuah cermin buruk. Minyak rambut yang sering Emanuel lumurkan di kepala sudah habis sejak seminggu yang lalu. Namun, Emanuel berkira-kira mahu meminta ayahnya membeli minyak rambut yang baru. Dia tidak sanggup menyusahkan ayahnya membelikannya  benda yang tidak terlalu penting. Baginya, tidak mengapa jika tiada minyak rambut. Hanya menyisir kemas rambut sudah memadai.

“ Emanuel, mari sarapan dahulu sebelum ke sekolah” Puan Jamilah mengajak Emanuel bersarapan. Encik Yusuf juga ada bersama di meja dapur mereka yang kecil.

“ Baik ibu” patuh Emanuel. Emanuel memang anak yang baik. Dia duduk sopan di atas kerusi lantas membaca doa makan. Puan Jamilah dan Encik Yusuf mengaminkan doa Emanuel.

“ Emanuel ke sekolah dulu ya ibu dan ayah” ujar Emanuel setelah usai bersarapan. Dia mencium tangan tua ibu dan bapanya sebelum ke sekolah.

" Belajar rajin-rajin Emanuel" nasihat Encik Yusuf. Emanuel mengangguk. Dia menuntun basikal ke pinggir jalan sebelum menaikinya.

Hingar-bingar kelas ketika Cikgu Samiha keluar kerana waktu mata pelajaran Sains telah tamat. Kelihatan Johan dan Firdaus menghampiri Emanuel yang sedang membuat kira-kira bagi mata pelajaran Matematik.

“ Oi orang putih. Pinjam buku latihan Bahasa Inggeris. Kami mahu pinjam.” Ujar Johan. Dia membuka beg sandang Emanuel dan mencari buku latihan Bahasa Inggeris. Setelah menjumpai buku tersebut, dia membawanya ke tempat duduknya yang terletak di belakang kelas. Firdaus hanya membuntuti Johan.

“ Kamu berdua mahu meniru kah? Minggu lepas kan kita semua sudah didenda kerana jawapan kita terlalu sama? Saya risau Teacher Karmila akan marah pada kita lagi. Pulangkanlah buku saya semula” pinta Emanuel.

“ Ah, kedekut lah kau ini. Sudah lah pelik. Rambut perang, mata hijau, hidung mancung. Tak sama macam kita semua. Nama pun, Emanuel Robinson. Anak penjajah! ” Johan membaling buku latihan itu kepada Emanuel dan ketawa bersama-sama Firdaus. Emanuel hanya diam dan mengutip buku itu. Emanuel duduk semula di meja nya.

Dahlia menghampiri Emanuel. Dia meletakkan sebuah nota di atas meja Emanuel sebelum Dahlia kembali ke mejanya semula.

Sabar itu, sesuatu yang indah jika kita faham maksud sebenar di sebalik perkataan SABAR itu. Masih ingat ayat kamu ini? Harap awak tabah Emanuel. – Dahlia –

Emanuel memandang Dahlia yang juga sedang memandangnya. Emanuel tersenyum kelat. Ustazah Mardiah sudah masuk untuk mengajar subjek Pendidikan Islam. Semua murid memberi perhatian.

Selepas makan malam bersama Puan Jamilah dan Encik Yusuf, Emanuel duduk di sebelah ibunya yang sedang menjahit pakaian yang ditempah orang kampung. Encik Yusuf pula sedang membetulkan pukat di serambi rumah kayu mereka.

“ Ibu. Emanuel ini bukan anak kandung ibu kan? Beritahu Emanuel hal sebenar ibu. Dari dahulu ibu selalu mengelak untuk menjawab pertanyaan Emanuel” Bergenang air mata Emanuel. Dia mahu segala rahsia hidupnya terlerai malam itu juga. Puan Jamilah menghentikan jahitan.

“Sungguh Emanuel mahu tahu?” soal Puan Jamilah. Puan Jamilah dan Encik Yusuf berpandangan. Puan Jamilah memegang tangan Emanuel. Emanuel mengangguk tanda bersedia mendengar apa juga kebenarannya.

“ Emanuel anak ibu dan ayah. Kami yang menjaga Emanuel dari hari pertama Emanuel lahir. Emanuel tidak suka jika kami ini orang tua mu?” soal Puan Jamilah. Emanuel menggeleng kepala.

“ Tidak ibu. Bukan itu maksud Emanuel. Emanuel sangat sayang ibu dan ayah. Emanuel cuma..” Emanuel tidak dapat meneruskan kata-katanya. Lidahnya kelu. Dia keliru dengan apa yang berlaku. Dia tertanya-tanya mengapa kulitnya putih melepak. Rambutnya tidak hitam. Matanya lain daripada orang sekeliling.

“ Emanuel anak kesayangan ibu dan ayah. Biar sahaja apa orang mahu cakap tentang Emanuel, Emanuel ialah anak kami. Emanuel Robinson anak Yusuf. Emanuel Robinson anak Jamilah. Ingat tu sayang” mengalir air mata Puan Jamilah menahan kesedihan. Encik Yusuf hanya diam membatu tanda mengiyakan kata-kata Puan Jamilah.

“ Maafkan Emanuel ibu. Emanuel tidak bermaksud buat ibu sedih. Berdosanya Emanuel. Maafkan Emanuel ibu. Maafkan Emanuel.” Air mata lelaki Emanuel juga jatuh membasahi pipi. Dua beranak itu berdakapan penuh kasih sayang. Malam tenang yang menyaksikan kasih ibu dan anak bagai mengerti betapa eratnya kasih sayang mereka bertaut. 

Tidak mampu melelapkan mata, Puan Jamilah ligat berfikir. Puan Jamilah tahu apa yang Emanuel rasa. Puan Jamilah hanya tidak mahu memungkiri janjinya pada Rose Robinson, sahabat karib Puan Jamilah yang telah meninggal akibat dilanda demam malaria dua belas tahun yang lampau. Puan Jamilah mengimbau kenangan lalu.

“ Emanuel Robinson ini anak kamu Jamilah. Anak kamu. Aku beri padamu. Beritahu dia anak kamu andai suatu hari dia bertanya. Dia akan mengerti sendiri kebenarannya ” ayat terakhir dari Rose Robinson sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir. Puan Jamilah terlelap bersama kenangan dan air mata.

-tamat-


nukilan : IZZAH AZHAR