Monday, September 26, 2011

love fairy tale : surat tak puas hati untuk awak

kehadapan awak yang gedik lagi mengada,


Awak tahu tak awak suka buat saya tak senang duduk sekarang ni? Setiap kali saya tiada apa untuk dilakukan, saya mesti tengok henfon saya. Untuk lihat adakah saya terlepas text atau panggilan dari awak. Kalau saya bukak facebook, saya lihat notification saya, saya pasti cari nama awak dulu. Ada tak awak hantar apa-apa atau komen apa-apa atau like apa-apa. Sungguh, saya tunggu nama awak dipamerkan.


Kenapa awak buat saya macam ni? Awak mandrem saya eh? Awak, saya tak kesah awak nak curik hati saya bahkan saya suka, tapi cara awak kadang-kadang buat saya geram sangat-sangat kat awak. Yela, awak dah curi hati saya yang rapuh ni, pastu awak buat seperti acuh tak acuh. Awak tau tak saya tunggu text awak? Panggilan awak? Pastu, saya dah penat tunggu awak, awak cari saya dan buat-buat macam takde perasaan. Geramnya!


Awak memang kejam. Saya tau kita takde apa-apa hubungan, tapi.. Kalau macam tu jangan la layan saya elok-elok. Jangan la amek berat tentang saya. Jangan la tanya macam-macam kat saya. Awak buat saya tak keruan dengan cara awak tu. Awak memang mengada!


- yang sket lagi nak merajuk ni- 

fairy tale means fairy tale. takde kene mengene dengan sesiapa. hanya kisah dongeng.

ok,dah.bai!

Saturday, September 24, 2011

things needed in a relationship : commitment

salam.

APA ITU KOMITMEN?

Menurut kamus dewan edisi ke 4, definisi komitmen adalah :

1. sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya kpd sesuatu, iltizam.

2. perjanjian (persetujuan, kata putus, dsb) utk melakukan sesuatu yg menjadikan sesuatu pihak itu terikat utk melaksanakannya

Sudah terang lagi bersuluhkan maksudnye? Komitmen adalah salah satu ciri-ciri penting dalam sesuatu relationship. Memberi komitmen dalam hubungan bukanlah bermaksud korang kene tumpu dekat pasangan korang sahaja semate-mate. Okay, aku bagi contoh di mana komitmen tidak dapat korang berikan. Korang suka kat seseorang ni. Korang nak dia untuk melengkapi hidup korang. Tapi dalam masa yang sama korang addict gile dengan dota, study doplohpat jam, sibuk memanjang dengan aktiviti universiti dan workaholic. Tapi korang nak jugak bercinta/kahwin. Penting diri. Gune a.k.a spend masa dengan pasangan korang bile korang rase perlu je. What the funny! Abes tu, komitmen?




Jadi,kalau rasa masih belom boleh bagi komitmen kat anak dara atau anak teruna orang, tak payah mengade la nak ber relationship. Buat dua hati yang sepatutnya bahagia, kecewa je. kan? Pas kecewe korang jadik kejam dengan pasangan masing-masing. Dah jadi kejam korang nak putus-putus. Pastu meroyan. pastu in the end bunuh diri. Carik baru pulak lepas tu. Ulang benda yang sama. Sampai bila? sehingga akhir hayat?cewah.ayat novel tu.hueh hueh. Tak payah. Pegi tuntut ilmu serap komitmen dulu. Kalau dah ter ade relationship tu or dah ter kahwin, tapi komitmen takde lagi.pegi pasang komitmen cepat!

Seriously komitmen sangat penting dalam sesuatu hubungan. Kebanyakan sesuatu hubungan tu rosak sebab komitmen ni la. Pasangan selalu bergaduh besar bila isu komitmen ni diungkitkan dalam relationship atau dalam sebuah perkahwinan. Faktor utama jatuh bangun sesuatu hubungan adalah komitmen. semakin banyak komitmen korang bagi kat pasangan korang, semakin banyaklah bunga-bunga cinta yang korang dapat. awwww~ 

Jap,kenape ntah aku buat entry pasal love euwh-euwhayat mr k ni.bajet nak jadik penasihat cinta lah kununnye?buat preparation untuk diri sendiri sebenarnye.ehem.much love~ ala-ala najwa latif



ok,dah.bai!


Friday, September 23, 2011

love fairy tale : surat tanpa stamp untuk awak

kepada awak yang awak tahu awak siapa,


tujuan saya bagi surat ni sebab saya nak cakap apa yang tersirat kat hati saya ni sejak kenal dengan awak. eh,sejak kenal? tak,sejak jumpe awak balik. kite dah kenal lama kan?hari tu awak ada terus-terang dengan saya tentang perasaan awak yang dah lama tu. tapi saya macam tak bagi tahu awak perkara yang saya nak awak tahu.


awak, kenapa awak tak faham apa yang saya maksudkan? banyak kali saya dah cakap berlapik-lapik. susahnye. saya tak nak terus- terang. sebab saya malu. saya minat awak, tapi tak kan saya nak bagi tahu awak. malu la. saya banyak dah bagi hint, awak tak faham ke?  nanges la macam ni.


bila awak tanya perasaan saya kat awak mestila saya tak nak cakap yang sebenar-benarnye. sebab,sebab saya malu lah! ok,saya dah start malu, saya tido dulu la macam ni.mesti awak nak cakap asal malu je nak tido.asal nak tido je malu.bai awak,bai!


-yang takot nak cakap directly kat awak-

p/s : fairy tale means fairy tale

Tuesday, September 20, 2011

ayat yang sangat-sangat memBINA

"Practice makes perfect but nobody is perfect. So don't practice." - Zizan

ok,bai zizan.bai~

Friday, September 16, 2011

tolong kawan dengan makan

salam 16 september.


12.30 malam kawan aku mesej cakap die ada makanan banyak





ok,perasaan paling tak syok bile kawan korang ade makanan banyak yang tak bole nak simpan-simpan adalah tak tolong makankan.jadi aku adalah sahabat yang paling baik sebab aku dengan baik hatinye tolong makankan.hueh hueh.

 indahnya dunia ku~

ok,dah.bai



Tuesday, September 13, 2011

cute stuff received when there are engagement and wedding ceremonies

salam w.b.t

semenjak dah besar-besar besar tu means dewase.bukan gemok evendho memang gemok pon, aku dapat banyak bende cute daripada engagement and wedding orang.ianya memberikan aku idea time aku nanti! sampai aku sanggup nak pegi rantau panjang tempat bebas cukai untuk carik. berangan.calon pon xde.cett!

here are some cute stuff.tapi sket je.yang barang cute lain ntah ke mane ntah.


kain baldu ok.tempat letak gule2.serious cute.ni la yang aku sanggup nak pegi sempadan thai ni


ni untuk letak kek ke hape.sangat english plus cute.idea2.


music box yang cute ni pon satu idea gak.tapi jangan harap korang nak dapat time aku nanti.sorang je tetamu aku yang aku akan bagi bende ni.huu.jap,pehal tetibe ade bende ni?ah,gasak.idea aku.suke hati la.lalala

dah,tu je.

IA : goin to my first class sem baru.semangat nih.bajet budak rajin padahal pemalas

Thursday, September 8, 2011

cuti sudah habes bro

"amacam cuti panjang?best??"
"cuti sudah habes bro"

oh,ayat dlm kl gangster ni mmg buat aku hangen je.
cuti nak habes la pulak.grrr.
ok geng,cuci otak korang yg da berkarat tu ye.
aku nak menulis pon menggigil haa sekarang.

goodbye rumahku syurgaku,hello UPSI! 

IA : where did i put my matrix card last 4 months eh? =_="