Showing posts with label Mr Aussie. Show all posts
Showing posts with label Mr Aussie. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

I'm Engaged

Assalamualaikum.

Segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. Arakian, telah diatur olehNya, aku bertunang dengan mr aussie pada 27 Januari 2013 yang lepas. Sukoorrr lah. Sebut betul2. su-kor (kata asalnya syukur) hueh hueh.

Setelah hampir dua minggu baru nak update dalam blog. Pemalas level berapa aku tak tahu dah aku ni. Gambar beratus2 kot. Nak update je, pening. Gambar mana nak letakkkk. K. Sekarang dah pilih. Gambar dari dslr aku, dslr sepupu aku dan kamera henfon samsung. Marilah melihat. :)


My engagement dress. Designed by Aunty Zai from ZAI COLLECTION.

Close up dekat lengan. Ada button2 ohsem sebenarnya.






Invitation Card

Hantaran warna purple + silver + white from girls' side. Decorated by my mak oncu.

All of the hantarans. Ada 7 sume sekali

Kek wondermilk yg warna warni.

Cupcakes. Yang tulisan2 tu bole makan okay. And yes. His name is Luqman :)

Boy's side : nikah kan dorg la cepat2. Girl's side : ok. Jalannn (caption over menipu)

"Ya Allah, aku nebes nak sensalam lepas ni. Bantu aku"

Bakal mak mertua : cincin dua ni. cukup x?. Aku : rasanya

Awwwww. Nampak macam baik pulak.

Aku : hikhik.. Bakal mak mertua : gediknye ghupeee

So, yeah. ^_^ im officially engaged

Time to buat muka tak malu amek gambar bajet cam retisssss sebab jurukamera 10 orang.

with my kakteh yg gedik

adikku nadiah si gumuk

Bagai mendapat anugerah gituuu

Dekro dah comel dah. Aku je bebajet model international

With my beloved cousins.


Beloved cousins. (amteh sibukk)

UPSIan. Nak no fon? PM me :D

with bestie, haziqah

Adikku kimi yg gedikkkkk

Le Familia


Dalam kenangan. Sebab aku tak dapat makan sedap2. Tak sempat. Sob3.

My fiance takde sebab tak datang. We ols ikut adat melayu dudulu uolss. Hewhew. Hasil perbincangan, aku dan Luqman bakal dinikahkan pada..... bila2 masa. Hehe. Nope. No specific date. Will be decided later by the eldest. InshaAllah tak lama lagi.

Gambar mcm xcukup. Ada orang2 penting tak diletak lagi. Nanti2 aku letak la lagi kalau rajin. Yela. Busy la katekan. Nak kene pegi kursus kawen, buat HIV test, isi borang dari JAIS, buat passport, preparation nikah dan resepsi etc. Tak terkira la banyak nya. I ols busy mengalahkan menteri. Hoho. Bajet.

Ok. Bai

:)

Wednesday, January 16, 2013

The Excitement

Assalamualaikum.

My engagement day dah tak lama dah lagi. 11 hari lagi. Leklu. Lama lagi. Bertunang je pun. Hewhew. Okay. Jangan berlagak biasa izzah. Aku nebes kotttt. Bukan sebab bertunang tu. Nebes sebab tak kurus2. Takut baju tunang tak muat. Macam mana ni? Oh em jay. *kunyah2 corn flakes madu*

Pedulikan. Yang penting urusan bertunang kena settle. Parents aku kunun2 derang macam taknak buat besar2. Dorang acah2 cakap kite buat simple2 je. Hakikatnyeeeee. More than 50 people jugak ni diajak untuk majlis. Pastu beli macam2 untuk completekan rumah. Tak sabar nak dapat menantu lettewww. :p

Okay. Sejujurnya bila dah ada majlis depan mata nak kena urus, im sooooooo excited. Like seriously. Eventhough asal2 memperjuangkan taknak bertunang habes-habesan. So, kalau korang rasa nak skip majlis bertunang, think again. Once in a life okay. Hueh hueh.

So, let's list it out. (Memandangkan ada orang mintak list untuk engagement dari aku)

1. Baju. Takkan taknak pakai baju pulak. Hehe. K. Tak lawak

2. Bilik. Untuk duduk sopan2 and ready2 jari setelah pakai sebotol losyen

3. Hantaran. Pihak lelaki nak bagi 5 serangan hantaran jauh. Jadi, kita harus membalas dengan hantaran kencang dan goaaaalllll (Lawak hambar)

4. Goodie bags for girls only. Included muffin etc. Kengkonon goodie bag tu sape dapat, dia next. Gitu. :D

5. Kad jemputan untuk best girlfriends forever.

6. Few frames yg diletak merata2 di rumah yang ditepek ; "Majlis Pertunangan Izzah dan Encik Jurutera Baru Keje Harap Boleh Belanja Bila Dapat Gaji Nanti" Ngeh2

7. Blissfully Engaged flag (gedik)

8. Makanan yang ringan2 sebab majlis ala2 hi tea.

Tu sahaja rasanya. This list was pop out based on idea from my family and I. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Ameenn.

:)


Monday, December 31, 2012

Preparation For The Engagement Day

Assalamualaikum.

Al-kisah. Pada 22 Disember lepas mr aussie and his parents datang lah ke rumah. Merisik kot istilahnya. And I was the shy2. Hihik. K. Gedik.

Yang sedihnya, dah lah tak boleh dengar perbincangan dorang, pastu roti jala yang aku gulung, mr aussie kutuk. Tak reti bersyukur betul. (ngumpat bakal suami sendiri)

Yang gembiranya, results kepada perbincangan, kami bakal di bertunangkan pada 27 Januari 2013 ni. Diulangi. 27 Januari 2013. Oh em jay. Tak sampai sebulan lagi. Mak siap belikan kain untuk tempah eventhough aku cakap aku nak pakai baju raya yang lepas je. Time kasih mak. I lebiuuuuu. Hihi.

Majlis bertunang aku ni gaya macam meriah je. Macam ramai sedara, member baik dan jiran je. Daripada aku taknak bertunang tapi diarahkan bertunang jugak, jadi meriah pulak. Harap-harap tak membazir lah. And maaf sebab tak dapat nak ajak semua orang untuk engagement day. Wedding inshaAllah aku ajak sume pegi.

Lepas habes final 2 Januari ni, i will be very the busy prepare untuk wedding tak berapa lama kemudian selepas bertunang. InshaAllah. Nasib baik ada dua tiga orang pembantu. Sape nak bantu lagi sangat dialu2kan :)

Benda-benda aku kene sediakan untuk majlis bertunang tu :

1. Baju cantik.
2. Makanan sedap2.
3. Goodies bag kecil.
4. Jari-jemari untuk cincin. Eh? :p

Ada lagi ke agak2 nak kena prepare? :O

Tuesday, December 11, 2012

Jawapan

Assalamualaikum.

Sambungan dari entry Akan Berjumpa

*senyum2*

Me and mr Aussie was met.

Balik-balik kene tanya dengan kawan-kawan. Oh em jay korang. Sangat girl-girl. Dekat twitter, facebook and real life kene tanya. -_-" I know korang excited. Cuz me neither! tihihi :p

Kitorg just borak-borak biasa je. Takde benda penting-penting pun. Okay, tipu. We discussed important things. A lot. You know. That get to know each other and stuff. Yela. Kawan baru la katakan.

Yang penting, he said this particular things that make me, melt like an ice cream mcflurry oreo kene biar dekat matahari. ayat dia lebih kurang macam ni.

"Saya nak cakap 5 perkara ;

1. Kalau awak cari yang kaya raya, itu bukan saya.
2. Kalau awak cari yang hensem dan good looking, itu bukan saya.
3. Kalau awak cari yang pandai bahasa-bahasa puitis, itu juga bukan saya.
4. Tapi, kalau awak cari yang akan berusaha jadi baik sebaik mungkin, itu mungkin saya.
5. Kalau awak cari yang berusaha bawa awak ke jalan benar menuju syurga, itu mungkin saya.

Dengan 5 menifesto ni, saya melamar awak."
(mr Aussie, 2012)

mini heart attack i had at those instantaneous time (aplikasi fizik sangat). Muka panas mcm nak pakai coolfever. Blueberry cheese cake atas meje hancur dikuis-kuis. Tapi aku tak jawab lagi. I need extra time. Even he already gave me 2 months. I said im gonna answer it tomorrow which means today.

Jadi, dengan rasa rendah diri dan malu yang menebal nya di sini, juga dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, i want to response to his proposal with ; "Saya terima lamaran awak mr Aussie". *senyum*

Doakan yang baik-baik.

:)

Sunday, December 9, 2012

Akan Berjumpa

10 December 2012, is the date where me and him are going to meet. I'm going to meet the man who proposed me to be his wife! (sebut wife tu slow2 sket volume dia. hihi) and of course, I'm gonna meet him with my two girlfriends as my strengthener. cewah. 

"O Lord, give me some strength"

perkara yang harus di highlight :
- we never met before
- we are not in love, yet. (lebih minat bercinta selepas nikah)
- no answer for his proposal,yet.
- berapa banyak yet daaa.
- that's it. what am i suppose to do? *nanges*

With parent's permission, i start counting time with Bismillah. May Allah bless Us.

Ameen.

:)

p/s :  Neves tahap apa dah ni nak jumpa encik australia.

Friday, November 30, 2012

Musykil


Musykil sejenak.
Apa dia masih mahu?
Atau sudah putus asa,
menunggu aku?

Kalaulah dia faham.
Bahasa tuturan hati ini.
Kalaulah.

Monday, September 24, 2012

Mahu Lakukan Apa?

Assalamualaikum.

From : Encik Australia.
Cik Izzah, I think I’ve made a mistake. I reckon this is not the right way to do it. Mungkin di sebabkan nafsu, sy boleh terlepas pandang benda ni. Btw, mesej ni sangatlah panjang. Harap cik izzah dpt baca sampai habis.

1) Sy nak clarify yg sy still ada niat nk kahwin dgn cik izzah. Waktu berkenalan kita yg terlalu singkat tidak menjadi masalah bg sy. Cukuplah utk sy mengikuti nasihat dan kriteria2 yg diberi oleh Nabi dlm memilih calon isteri. And in my point of view, Cik Izzah ada kriteria2 tersebut.

2) Disebabkan sy mmg berminat nak bernikah dgn cik izzah, maka tipu lah kalau sy kata sy takde perasaan sedikit pun dkt cik izzah. Pelik bukan, pdhl baru kenal kejap? Well, sbg seorang lelaki, mmg menjadi fitrah sy diciptakan lemah terhadap wanita. 

"...dan manusia itu dijadikan berkeadaan lemah". [Al-Nisaa: 28]

Ibn Abi Hatim meriwayatkan bhw Tawus berkata yg dimaksudkan adalah mengenai lelaki yg diciptakan lemah bila berhadapan dgn wanita. 

Imam Waki' berkata bhw akal kaum lelaki hilang bila berhadapan dgn kaum wanita.

[Sumber: Tafsir Ibn Katsir] 

3) Atas nasihat para ulama’ , sy rasa tidak elok utk kita meneruskan sesi taa’ruf secara berdua mcm ni, walaupun hny dlm text. Agar tidak timbul nya penyakit hati dlm diri saya, dan agar tidak timbul fitnah kpd kita berdua.

Kata Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdillah Al-Fauzan hafizhahullah :
“Tidak mengapa seorang lelaki berbicara melalui telepon dengan wanita yang telah dipinangnya, bila memang pinangannya telah diterima dan pembicaraan yang dilakukan dalam rangka mencari pemahaman, tanpa adanya fitnah. Namun bila hal itu dilakukan melalui perantara wali si wanita maka lebih baik lagi dan lebih jauh dari keraguan/fitnah. 

Adapun pembicaraan yang biasa dilakukan laki-laki dengan wanita, antara pemuda dan pemudi, padahal belum berlangsung pelamaran di antara mereka, namun tujuannya untuk saling mengenal, sebagaimana yang mereka istilahkan, maka ini mungkar, haram, boleh membawa kepada fitnah serta menjerumuskan kepada perbuatan keji.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوفًا
“Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” [Al-Ahzab: 32]

Seorang wanita tidak sepantasnya berbicara dengan laki-laki ajnabi kecuali bila ada keperluan dengan mengucapkan perkataan yang ma’ruf, tidak ada fitnah di dalamnya dan tidak ada keraguan (yang membuatnya dituduh macam-macam).” 

[Sumber : Al-Muntaqa min Fatawa Fadhilatusy Syaikh Shalih bin Fauzan 3/163-164]

4) Sy ingin kan perkahwinan yg berkah. And of course, Cik Izzah pun inginkan mcm tu. So, adalah lebih baek utk kita start dgn cara yg betul, spy mudah mendapat keberkatan dari Nya. Even kalau takde jodoh pun, at least we have tried our best to do it in a good way.

5) To be honest, I am confident and brave enough to ask permission from your parents. It will be better if we can know about each others with their present. Sesi taaruf dgn kehadiran mereka. But unfortunately, sy takde di Malaysia. So, tak boleh la nak buat mcm ni dlm masa yg terdekat.

6) For me, I do not need to know more about you. Cukupla sekadar yg sy tahu, sbb itu je yg sy perlu tahu utk menguatkan niat sy utk bernikah dgn cik izzah. Nak tahu lebih rasa nya tak patut utk sy, yg takde hubungan apa2 dgn cik izzah.

7) But I do not know about you, whether you still need to know more about me, or not. 

glasses I’m willing to wait until the end of this year, to make it in the right way. Tunggu sampai sy ada kt Malaysia.

9) Tp kalau andai kata dlm jangka mase ni :
- cik izzah rasa tak berminat dgn sy
or
- cik izzah dpt terima lamaran org laen, and cik izzah terima

Please do tell me about it. Mmg tak boleh nak paksa perempuan utk kahwin dgn lelaki bukan pilihan dia, and adalah salah utk sy mengambil tunangan orang. And sy takkan tahu perkara2 tersebut sekiranya tidak diberitahu.

لاَ تُنْكَحُ الْأَيِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ وَلاَ تُنْكَحُ الْبِكْرُ حَتَّى تُسْتَأْذَنَ. قَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، كَيْفَ إِذْنُهَا؟ قَالَ: أَنْ تَسْكُتَ
“Tidak boleh seorang janda dinikahkan hingga ia diajak musyawarah/dimintai pendapat dan tidak boleh seorang gadis dinikahkan sampai dimintai izinnya.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah! Bagaimana izinnya seorang gadis?” “Izinnya dengan ia diam,” jawab beliau. [HR. Al-Bukhari no. 5136 dan Muslim no. 3458]

الْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ، فَلاَ يَحِلُّ لِلْمُؤْمِنِ أَنْ يَبْتَاعَ عَلى بَيْعِ أَخِيْهِ وَلاَ يَخْطُبَ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيْهِ حَتَّى يَذَرَ
“Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Maka tidaklah halal baginya menawar barang yang telah dibeli oleh saudaranya dan tidak halal pula baginya meminang wanita yang telah dipinang oleh saudaranya hingga saudaranya meninggalkan pinangannya (membatalkan).” [riwayat Muslim (no. 3449]

10) InshaAllah, kalau ada jodoh antara kita mmg takkan ke mana. I shouldn’t worry too much like I was. Of course, kita perlu usaha, tak boleh duduk diam je. And this is my effort. Yg lain akan diserahkan kpd Allah.

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum [30] : 21)

11) Tak bermaksud lepas ni tak boleh nak komen langsung/like/or something like that. Cuma tak perlu utk selalu text, unless there is something very important. Taktau nak bagi contoh apa, tp mana la tau kan.

12) Don’t get me wrong. I’m not blaming on you or something like that. Takde salah sape2 pun. In fact, sy nak ucapkan terima kasih dkt cik izzah. Disebabkan perbuatan cik izzah utk tangguh balas text membuatkan sy berfikir dan tersedar. 

13) Sy nak mintak maaf kalau ada apa2 salah kata/tulisan sepanjang kita berbual.

14) Sekiranya cik izzah adalah terbaik utk diri sy, agama sy, dan kesudahan hidup sy, maka sy berdoa agar Allah mempermudahkan urusan kita. Sekiranya tidak, sy berdoa agar Allah palingkan sy dari cik izzah, dan palingkan cik izzah drpd sy, dan semoga Allah memberi kebaikan di mana saja kita berada.

15) Sekiranya sy adalah terbaik utk diri, agama, dan kesudahan hidup cik izzah, maka sy berdoa agar Allah mempermudahkan urusan kita. Sekiranya tidak, sy berdoa agar Allah palingkan cik izzah dari saya, dan palingkan sy drpd cik izzah, dan semoga Allah memberi kebaikan di mana saja kita berada.

16) Semoga Allah membantu kita.

17) Wallahu’alam.
*batuk-batuk*

Mahu saja aku bisukan -- hati kecil, halus berkata-kata.
Mahu saja aku tulikan -- suara-suara jiwa bingit, bisik berbicara.
Mahu saja aku butakan -- cahaya-cahaya memanggil, hadapinya.
Mahu apa lagi aku, supaya fikiran tenang sementara?


Taknak fikir. Boleh?

Thursday, September 13, 2012

Lamaran


Assalamualaikum.

Bila aku duduk sorang2, aku diam berfikir-fikir sendiri. Aku masih muda. Tapi, sudah dua lamaran mahu menjadikan aku isteri (lamaran serious untuk nikah bukan bercinta). kenapa ye, Allah menghantar mereka untuk aku? Benda ni terjadi selepas penghijrahan la basically which makes me much-much more curious. Adakah ini masanya untuk aku settle down? *fikir-fikir* Dah la masih belajar *fikir-fikir lagi*

Nanti aku nak bincang dengan mak abah la. Nak beritahu mereka perihal ni. Ada siapa-siapa lagi mahu melamar? Sila-sila (lawak hambar)