"Tolong berpijak di bumi yang nyata",
Auch,tebidik tepat pada empunya diri,
yang rasanya sudah terpikat dan tertawan,
pada si di pejuang Islam.
Dia punya segala,
Rupa,ilmu,akhlak dan apa lagi?
Sedangkan diri ini,
ahhh, tak bisa di khabarkan.
Berdebar diri ini berdebar,
Pabila si dia pendakwah agama,
Sepertinya cuba berinteraksi jua,
Itu cubaan mentarbiyahku sahaja kan?
Shhhuuuutt.
Biarkan saja rasa ini,
Sambil berbisik halus pada hati,
"Hati, awak nak kena ya? Duduk diam-diam boleh?"
Showing posts with label puisi ciptaanku. Show all posts
Showing posts with label puisi ciptaanku. Show all posts
Tuesday, April 24, 2012
Hati Oh Hati
Sunday, April 15, 2012
Bimbingku ke jalan-Nya
awak,
jujur saya tidak baik,
saya hambaNya yang selalu ingkar,
ilmu agama saya cetek.
awak,
saya cuba berubah,
tapi terlalu banyak halangan,
kerana iman saya tak kuat.
awak,
sungguh,
saya taknak ke neraka,
pimpin saya ke Syurga boleh?
p/s : nak bagi kat suami sejurus lepas akad. *berangan :p
Wednesday, April 11, 2012
tersenyum
aku tersenyum sendiri,
tatkala melihat dia dari jauh,
meniti kejayaan hari demi hari,
kebahagiaan detik berganti detik,
doa-doaku dalam diam,
seakan dimakbul tuhan,
ia istimewa,
demi cinta,
yang takkan mungkin aku miliki.
Friday, March 23, 2012
Tolong Berhenti
Kau panggil ku sayang,
Pelbagai kejutan indah aku terima,
Kita ketawa gembira,
Kau dan aku berbaik semula.
Aku pandang kebahagiaan itu,
Semakin lama semakin jauh,
Jangan pergi,
Aku mahu lebih lama lagi!
Terkebil-kebil mataku,
Ia hanya fantasi?
Ah, menyelinap lagi dalam lenaku.
Dasar permainan tidur!
Aku tidak terlalu memikirkan kamu,
Sungguh,
Hanya kadangkala,
Itu pun kerana mendoakan kesejahteraan mu.
Aku sudah lama sedar,
Kita tidak diciptakan untuk saling melengkapi,
Aku sudah terima hakikat itu,
Tapi kenapa kau mesti datang?
Bukan salah kau,
Ya aku tahu,
Mimpi yang memainkan perasaanku,
Tolong lah pergi!
Monday, March 12, 2012
Hidup Memang Begitu
Ada masa kita bahagia,
Kadangkala kita berduka,
Tak semua orang suka kita,
Sebab tak semua orang kita suka.
Dunia ni hanya sementara,
Nak tengok survivor antara semua,
Orang pandang rendah pada kita?
Ah, persetan kan sahaja!
Sunyi dan sepi selalu bertamu,
Tapi takkan selamanya begitu,
Kalau kita tahu,
Cara bercinta dengan Dia yang satu.
Perjalanan hidup penuh liku,
Kejap macam ni kejap macam tu,
Nak buat macam mana you,
Hidup memang begitu.
Wednesday, January 4, 2012
cukuplah
cukuplah
taknak lah suka kat awak lagi
saya penat untuk kecewa dengan awak
penat untuk cemburu awak dengan perempuan lain
cukuplah
saya akan berusaha tak stalk awak kat facebook
akan cuba tak text awak
takkan pernah lagi search awak kat twitter
cukuplah
jangan tinggalkan perkara manis kat saya
hati saya penat simpan awak
sedangkan awak tak pernah rasa apa-apa kat saya
p/s : bicara tentang hati sudah tamat sebab aku tak pernah berjaya bila bercerita tentang ni.pffftt!
taknak lah suka kat awak lagi
saya penat untuk kecewa dengan awak
penat untuk cemburu awak dengan perempuan lain
cukuplah
saya akan berusaha tak stalk awak kat facebook
akan cuba tak text awak
takkan pernah lagi search awak kat twitter
cukuplah
jangan tinggalkan perkara manis kat saya
hati saya penat simpan awak
sedangkan awak tak pernah rasa apa-apa kat saya
p/s : bicara tentang hati sudah tamat sebab aku tak pernah berjaya bila bercerita tentang ni.pffftt!
Sunday, October 16, 2011
aku mahu jadi wanita mahal
niat asal tiada lebih-lebih,
hanya mahu bersahabat,
kerna kami punya satu pegangan yang serupa,
"tidak akan terjebak dengan percintaan yang sia-sia"
namun,pantaskah lelaki dan wanita,
hanya sekadar berteman?
ah,sukarnya mahu sorok rasa ini,
luahan hati aku dan insan itu,
manisnya lebih dari madu.
hanyalah sekadar luahan hati,
juga kenali hati budi,
namun komunikasi antara kami,
sudah tiada batas,
aku dan insan itu,
masing-masing leka dan alpa,
ah,sudah,
kami sudah tersasar.
saban hari selepas 5 waktu,
seusai berdua-duaan dengan-Nya,
aku pasti berdoa,
pelihara hati aku dan insan itu,
agar kami tidak mendekati larangan-Nya.
cukuplah sekadar perbualan biasa-biasa,
komunikasi berlebihan dan ingat-mengingati,
bukankah ia bisa menjadi racun di hati?
aku harus hentikan komunikasi,
yang lebih-lebih ini,
aku tidak menginginkannya,
aku mahu berhenti,
serta merta!
kerna aku mahu bermula,
dari asas yang suci,
caranya kami tahu,
dan kami faham,
hanya waktunya,
belum tiba.
"ya Tuhan, aku bersyukur,
engkau telah perkenankan doa ku,
yang ku mohon dari mu,
setiap hari,
bantu aku ya Tuhan,
untuk hadapi keputusanku ini,
yang aku yakin,
engkau telah gerakkan hati aku,
hingga aku jadi setekad itu"
"tuhanku,jangan biarkan,
syaitan yang dilaknat itu,
kuasai hati kami,
kami perlu redhaMu,
agar dapat kami melayari,
percintaan yang halal,
sampai syurgaMu,
yang kekal abadi"
cinta yang suci,
dan mendapat redha Ilahi,
idaman orang yang beriman,
dengan hati yang cekal,
serta maruah yang dipelihara,
ia mampu dicapai,
kerna itu,
aku mahu jadi wanita mahal.
hanya mahu bersahabat,
kerna kami punya satu pegangan yang serupa,
"tidak akan terjebak dengan percintaan yang sia-sia"
namun,pantaskah lelaki dan wanita,
hanya sekadar berteman?
ah,sukarnya mahu sorok rasa ini,
luahan hati aku dan insan itu,
manisnya lebih dari madu.
hanyalah sekadar luahan hati,
juga kenali hati budi,
namun komunikasi antara kami,
sudah tiada batas,
aku dan insan itu,
masing-masing leka dan alpa,
ah,sudah,
kami sudah tersasar.
saban hari selepas 5 waktu,
seusai berdua-duaan dengan-Nya,
aku pasti berdoa,
pelihara hati aku dan insan itu,
agar kami tidak mendekati larangan-Nya.
cukuplah sekadar perbualan biasa-biasa,
komunikasi berlebihan dan ingat-mengingati,
bukankah ia bisa menjadi racun di hati?
aku harus hentikan komunikasi,
yang lebih-lebih ini,
aku tidak menginginkannya,
aku mahu berhenti,
serta merta!
kerna aku mahu bermula,
dari asas yang suci,
caranya kami tahu,
dan kami faham,
hanya waktunya,
belum tiba.
"ya Tuhan, aku bersyukur,
engkau telah perkenankan doa ku,
yang ku mohon dari mu,
setiap hari,
bantu aku ya Tuhan,
untuk hadapi keputusanku ini,
yang aku yakin,
engkau telah gerakkan hati aku,
hingga aku jadi setekad itu"
"tuhanku,jangan biarkan,
syaitan yang dilaknat itu,
kuasai hati kami,
kami perlu redhaMu,
agar dapat kami melayari,
percintaan yang halal,
sampai syurgaMu,
yang kekal abadi"
cinta yang suci,
dan mendapat redha Ilahi,
idaman orang yang beriman,
dengan hati yang cekal,
serta maruah yang dipelihara,
ia mampu dicapai,
kerna itu,
aku mahu jadi wanita mahal.
Subscribe to:
Comments (Atom)