Friday, March 23, 2012

Tolong Berhenti

Kau panggil ku sayang,
Pelbagai kejutan indah aku terima,
Kita ketawa gembira,
Kau dan aku berbaik semula.

Aku pandang kebahagiaan itu,
Semakin lama semakin jauh,
Jangan pergi,
Aku mahu lebih lama lagi!

Terkebil-kebil mataku,
Ia hanya fantasi?
Ah, menyelinap lagi dalam lenaku.
Dasar permainan tidur!

Aku tidak terlalu memikirkan kamu,
Sungguh,
Hanya kadangkala,
Itu pun kerana mendoakan kesejahteraan mu.

Aku sudah lama sedar,
Kita tidak diciptakan untuk saling melengkapi,
Aku sudah terima hakikat itu,
Tapi kenapa kau mesti datang?

Bukan salah kau,
Ya aku tahu,
Mimpi yang memainkan perasaanku,
Tolong lah pergi!




No comments:

Post a Comment

sini2.komen kt sini.