Saturday, March 10, 2012

Kalau dah boyfriend orang tu, buat cara boyfriend orang.

 Assalamualaikum.

What's up boyfriend orang? Girlfriend macam mana? Sihat? Alhamdulillah.

Kau tahu tak apa makna boyfriend to somebody? It means you wanna hold her hand for your own. You have decided you wanna take her as your steady girlfriend. Kau HANYA akan buat banyak perkara berdua je dengan dia. Dengan DIA sahaja. Note that!



Jadi, janganlah nak mengada manja-manja, gurau-gurau terlebih atau keluar-keluar dengan kawan perempuan kau kalau girlfriend kau tu typical woman yang senang cemburu and akan naik hantu kalau tahu kau dengan perempuan lain.excluded me.aku memang seorang yang tak cemburu langsung.

Sebab tu aku okay je bile boyfriend aku (now ex boyfriend already) pergi amsterdam berdua je dengan kawan perempuan dia. Perempuan tu siap masak-masak lagi untuk boyfriend aku. Boyfriend aku pernah cakap dia nak keluar dengan kawan perempuan sekolah lama. Aku siap suruh dia jaga diri lagi. Belum kira bila dia cerita dia selalu kene ejek-ejek dengan perempuan comel kat universiti dia. Tapi aku tetap cool.

Mesti nak cakap dalam hati tuhan je yang tahu kan? Tak. Aku chill je. Dan aku sendiri tak tahu kenapa aku bukan seorang yang senang cemburu. Sebab aku percaya dia 100%. Daripada gaya aku mesti aku senang di madukan nanti. Aku pun rasa macam tu. Tapi kalau itu takdir, kenapa nak tolak? Bajet baik. Puiii

Ahhh, mesti ingat aku tak sayang boyfriend aku. Kalaulah korang tahu macam mana zombie nya aku bila break up dulu. Hewhew




Okay. Back to the story. Apa? Kau cakap kau kawan je dengan perempuan lain tu? Yes, kau memang jujur. Tapi girlfriend kau tak tahu. Dia akan ingat kau ada affair dengan perempuan lain tu. Faham tak? Kesian lah kat kawan perempuan tu kalau kene serang dengan girlfriend kau yang macam singa tak makan seminggu.

Kau tu dah ada girlfriend. Kene ingat. Jangan jadik sweet talker kat perempuan lain. Terutama pada kawan perempuan yang baru break up. Kau tak tahu perempuan yang baru break ni senang tergoda dengan ayat-ayat manis kau. Tak terasa,tak terasa. 

Walaupun kau hanya bergurau, tapi kau akan drag kawan perempuan baru break tu ke alam "seronoknya diberi perhatian lepas break up" bergurau sekali dengan kau. Kawan perempuan kau tu tak terikat dengan sape-sape tapi bukan kau, boyfriend orang!

Jadi, kalau dah tahu kau tu boyfriend orang, buat cara boyfriend orang. Kalau kau buat gaya macam lelaki single, banyak pihak akan terasa. Terutama girlfriend kau and kawan perempuan yang senang dibawa masuk ke alam "seronoknya dapat perhatian lepas break up". Dah, jangan nak menggedik. Pergi jaga hati girlfriend kau sana!

hargai orang yang tersayang


p/s :  Please, jangan ber"sayang-sayang' dengan aku kalau kau tu boyfriend orang. Kesian aku kene serang. Aku dah lah forever alone. Tsk tsk tsk

5 comments:

  1. Moral of the story,
    jgn jd boyfriend seseorang.

    ReplyDelete
  2. nope la.moral of the story; dont trust mens words :)

    ReplyDelete
  3. aku tak pernah percaya pon.last2 aku dikecam hebat oleh gf orang.taknak kawan dgn bf org dah lepas ni.sob3

    ReplyDelete
  4. sabar ye sayunk....bese la bile jadi janda ni...
    org pandang pelik sokmo.... :'(

    ReplyDelete

sini2.komen kt sini.