Saturday, March 3, 2012

surat bakal cikgu sains kepada pelajar sekolah

Kehadapan pelajar sekolah yang comel malah genius.

Apa khabar kamu semua?harap-harap semua sihat hendaknya.yang tak sihat tu pergi jumpa doktor syeikh muzaffar yang merupakan pelajar sains ye.eh,silap.cepat-cepat jumpe doktor kat hospital ye.risau saya.taknak lah tengok awak semua lemah tak bermaya.ape?saya tengah bodek awak?eh mane ade.mana ade.

Pelajaran awak semua macam mane?okay tak?subjek kegemaran mesti sains kan?saya dah tau dah.sains memang subjek yang paling menyeronokkan untuk diterokai.terutama subjek biologi.bab pembiakan tu seronok tau.tak caya korang blaja dulu.hihihi.

Korang tau tak fenomena sekarang ni dah semakin meruncing.kakak-kakak dan abang-abang korang dorang taknak pilih aliran sains dah.mencik tau.dorang blaja sastera dan akaun je.kelas-kelas sains tak sebanyak kelas-kelas lain.macam mana cikgu sains nak cari makan nih?

Tapi,tahu kah korang,nak buat sekolah,jalan raya,jambatan and shopping mall tempat korang dating tu perlu kan orang-orang sains.ape?kontraktor dan pekerja buruh yang bina?eh,korang tak tau ke dorang sume amek sains kecik-kecik dulu.tu la korang tak tau.

Korang tau tak disebalik pembinaan bangunan2 tempat korang tengok wayang tu berdirinya seorang jurutera yang kacak,berumur 28,anak tan sri,muka macam korea?haaaa.tak tau kan?korang rasa doktor, jurutera dan ahli kaji bumi yang tough macam aaron aziz tu,kat sekolah dorang blaja aliran ape kalau bukan sains?ehem2 *sambil angkat2 due2 kening

Ye.memang tak dinafikan.aliran sains ni susah sket dari aliran selain sains.tapi,apa-apa aliran pun,kalau kite tak blaja rajin-rajin,jadi susah jugak.tak gitu?cuba tanya ayah korang yang arkitek dan akauntan tu dorang blaja macam mana.susah jugak.kat mana-mana aliran pun susah.sains ada pilihan tau.korang boleh pilih nak cenderung ke arah mana.sama ada fizik,kimia ataupun biologi.haaa.best kan?

Ape?korang lagi suka nak jadi akauntan dengan arkitek?eh.silalah blaja.takde siapa pun halang.tapi kan,kalau korang ramai-ramai kat situ,sape nak jadi jurutera?sape nak jadi doktor?nanti mak korang sakit,sape nak rawat mak kesayangan korang tu kalau bukan korang.sob3.

Jadi,kepada pelajar yang sedang memilih untuk masuk aliran mana,saya cadangkan awak amek aliran sains.saya taknak menganggur atau ajar subjek di luar bidang saya.saya boleh ajar awak nanti.tak,saya tak bawak rotan hari pertama nanti.percayalah.ihik :D

Yang ikhlas mahu mendidik,
Bakal cikgu sains




 p/s : Majunya sektor pembangunan sesebuah negara adalah apabila rakyatnya menguasai bidang sains ^_^

3 comments:

  1. oi oi, nnt cgu akaun ni plak mganggur.

    ReplyDelete
  2. syafiq : ajar sekolah jenis kebangsaan tamil.hihihi

    hanan : xmungkin.budak2 amek akaun ramai plus gaji cikgu akaun paling tinggi.tak haci.grrrr

    ReplyDelete

sini2.komen kt sini.