Lama mereka berbalas mesej di laman sosial sehinggalah mereka saling bertukar nombor telefon. Ketika itu mereka telah menjadi sangat akrab. Suatu hari, Zharif telah menyatakan hasrat hatinya kepada Citra. Dia mengakui telah lama meminati Citra.
“Saya harap awak sudi terima saya sebagai teman lelaki awak” ujar Zharif. Pada mulanya, Citra memberi respon yang negatif. Namun setelah beberapa kali Zharif menyatakan perasaannya, barulah Citra menerima Zharif sebagai teman lelakinya. Zharif terlalu gembira kerana telah lama dia menyimpan perasaan terhadap Citra.
Semenjak dari hari itu, mereka saling bertemu memandangkan rumah mereka tidak terlalu jauh. Walaupun pada waktu itu masing-masing telah meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, namun Zharif yang sudah mempunyai kereta yang dihadiahi bapanya sering menjemput Citra untuk keluar bersama.
Setelah keputusan SPM keluar, mereka berdua di tawarkan untuk penyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Citra diterima masuk ke program asasi dalam jurusan Biologi manakala Zharif menyambung A-level iaitu persediaan untuk ke luar negara. Zharif telah memilih Perancis sebagai pilihan untuk menyambung pengajiannya dalam peringkat Ijazah. Zharif memang seorang yang sangat bijak. Dia mendapat gred A dalam semua mata pelajaran pada peringkat SPM. Dia bercita-cita mahu menjadi jurutera petroleum.
3 tahun kemudian
Citra terkedu. Dia duduk sambil beristighfar menahan sebak di dada. Citra seakan-akan tidak percaya begini kesudahan kisahnya bersama Zharif. Lelaki pertama yang hadir dalam hidupnya. Lelaki yang selalu berada di samping nya ketika dia sedih. Ketika dia punya konflik bersama keluarga dan rakan. Citra terdiam lama apabila Zharif menyatakan hasratnya itu. Air mata yang cuba ditahan terus keluar tanpa dipaksa.
Citra menjadi seorang yang sangat pendiam selepas itu. Jika sebelum ini Citra seorang yang ceria, dia berubah seratus peratus selepas itu. Setiap malam air mata menjadi peneman Citra. Dia terlalu sedih pabila mengenangkan berakhir sudah perhubungannya dengan Zharif. Kadangkala Citra merasakan apa yang berlaku bagaikan mimpi. Citra kelu. Setiap hari Citra berdoa agar Tuhan menguatkan semangat yang hilang selepas kejadian pahit itu.
Kakak Citra, Irene yang sedar akan perubahan drastik Citra pada suatu hari cuba mencungkil cerita Citra kerana Citra seakan-akan berahsia dengannya. Irene merupakan kakak kepada Citra. Mereka memang rapat semenjak kecil kerana mereka sahaja anak perempuan keluarga Encik Kamarul dan Puan Safiah.
“ You ni kenapa dik? I tengok murung je. Sebulan jugak lah I tengok You macam ni. You ada masalah ke?” soal Serena lembut. Citra hanya terdiam. Citra pura-pura leka bermain telefon bimbitnya.
“You mengandung ke?” soal Irene kemudian penuh tiba-tiba.
“Gila apa Citra nak mengandung. Anak sapa pulak? Citra ada maruah lagi lah kakak. Sampai hati kakak” balas Citra. Terkejut Citra mendengar soalan Irene.
“I main-main je lah Citra. Sensitifnya dia” tawa Irene. Dia sebenarnya mahu mengumpan adiknya itu agar menceritakan masalah yang sedang dihadapinya.
“You memang. Tak percaya kat adik You yang comel ni ke?” soal Citra membuat muka sedih. Kemudian mereka sama-sama ketawa.
“You memang comel. Comel lah sikit dari hantu” ujar Irene sambil ketawa.
“Kakak!” jerit Citra lantas membaling bantal. Irene mengambil bantal itu dan membalingnya semula kepada Citra.
“Perangai macam budak-budak lah adik ni”. Irene tertawa. Citra memandang Irene dengan pandangan meluat.
“Nak muntah I. You yang macam budak-budak. Cakap orang. Ingat sikit You tu dah 23 tahun. Masih nak baling-baling bantal dengan I” ujar Citra.
-bersambung-
p/s : part bercinta masa remaja tu taknak sentuh sangat. cause it is not a good example to the teenagers to have an unblessed relationship in Islam .peace :D
No comments:
Post a Comment
sini2.komen kt sini.