9 tahun sebelum itu
“Awak ada CD minus one KRU tak? Lagu perpisahan ini?” soal Citra kepada Zharif. Citra yang tidak kenal kepada Zharif bertanya dengan begitu bersahaja. Citra memang tidak malu untuk bertanya apa-apa kepada sesiapa yang dijumpainya. Waktu itu Citra merayau bersama kawan-kawannya di kawasan sekolah selepas habis sesi persekolahan sesi pagi.
Citra memerlukan CD tersebut untuk menyertai pertandingan puisi di sekolahnya. Dia mahu mencari lagu yang sesuai sebagai latar muzik puisi bersama rakan-rakannya nanti.
“Sorry la adik manis. Takde. Tapi lagu nasyid, abang Zharif ada. Ehem“ . Zharif membetulkan tali leher seolah-olah seorang pelajar yang baik. Kawan-kawan Zharif hanya ketawa.
“Aik, orang macam awak ada CD nasyid? Hairan betul” Citra membuat muka meluat berkata sambil berlalu pergi.
Zharif dan kawan-kawan Zharif ketawa besar melihat gelagat Citra.
Zharif sudah lama menaruh hati pada Citra. Pertama kali dia ternampak kewujudan Citra di sekolah ialah di surau sekolah. Ketika itu Zharif ternampak Citra sedang berdoa selepas selesai solat. Bukan niat Zharif mahu mengintai tetapi tirai memisahkan saf lelaki dan perempuan sedikit terbuka pada hari itu.
“Zharif, cuba kau tengok budak perempuan tu. Comelnya dia baca doa. Khusyuk je” ujar Shahrizal kawan baik kepada Zharif. Zharif segera memandang Citra. Zharif terasa sesuatu apabila dia memandang Citra. Dia mengamati pergerakan Citra yang menarik perhatiannya.
“Siapa nama dia Shah?”soal Zharif
“Citra kalau tak silap aku. Ala, pengawas percubaan sekolah. Takkan kau tak kenal. Budak baru sekolah kita” Zharif hanya terdiam. Sungguh dia tidak pernah bertembung dengan Citra sebelum itu.
Selepas pertama kali ternampak Citra, kerap juga Zharif bertembung dengan Citra. Mungkin kerana Citra pengawas sekolah yang kerap bertugas di tepi pagar sekolah untuk mencatat nama pelajar yang datang lewat. Pernah satu hari Zharif terlewat ke sekolah. Citra sedang bertugas ketika itu. Zharif ternampak Citra yang bertugas pada waktu itu segera merapati Citra.
“Awak lambat hari ni. Awak tau tak?”soal Citra tegas sambil mengeluarkan buku catatan dan pen.
“Yeke cik pengawas? Saya ingatkan saya pelajar terawal hari ni” Zharif tersengih.
“Tak payah nak buat lawak antarabangsa kat sini” Citra memandang Zharif. Citra terkedu apabila terpandang muka Zharif. Zharif memandangnya tajam.
“Haa, apa lagi. Nama sapa? Kelas mana?” soal Citra menahan gemuruh di hati apabila Zharif memandangnya sebegitu.
“Muhammad Zharif bin Asytar. Kelas 4 amanah” ujar Zharif. Zharif menyambung lagi kemudiannya.
“Citra boleh panggil saya Zharif”. Citra memandang Zharif kehairanan.
“Macam mana awak tau nama saya? Soal Citra.
“Nametag awak ni letak nama mak awak ke?” soal Zharif kembali sambil tersenyum.
Citra menahan malu sambil memandang ke tempat lain. Dia menjerit di dalam hati.
“Tak, nametag saya ni nama nenek saya. Sudah, pergi lah masuk kelas. Dah tau lambat, nak berborak pulak kat sini. Sekarang bukan sesi suai kenal” ujar Citra lalu berlalu pergi.
Zharif tersenyum lebar dan segera ke kelas kerana dia sudah lewat.
-bersambung-
next episode : Hingga Nafasku Yang Terakhir (9)
No comments:
Post a Comment
sini2.komen kt sini.