Saturday, April 25, 2015

Krabi 2014

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.



Yup. Tu la under water world dekat pulau di Krabi. Krabi adalah destinasi mesti, harus dan kena pergi at least sekali dalam seumur hidup okay. Sebab cantik gila kat situ, makanan sedap tak hingat dan murah lah jugak nak shoshoping. Kakaka.

Pergi Krabi dengan KTM Senandung Langkawi

Jadi pada hujung disember 2014 aku dan suami berbulan madu, lagi, k bye. Kitorg pegi sana dengan Ktm senandung langkawi. Cost : rm108 pegi dan balik, katil bahagian atas.

Katil yang agak selesa dan lemak kaki yang tak selesa :p
Bagi aku okay lah. Katil bersih. Makanan sedap tapi mahal. Cuma tandas agak, ehem. I prefer the one that we can sit on it. Tapi, dah nama backpacker, konon. Redah je la.

Urusan imigresen

So, of course when leaving our country and entering another country we have to go through the immigration. All these happened in Padang Besar, Perlis. Lepas beberapa jam kita akan sambung body train dengan kepala lain sampai ke Hatyai, Thailand.


Hatyai - Krabi

Dr hatyai ke krabi by van kosnya adalah rm 60 pegi dan balik. Only this range. Janganlah engkorang terpedaya dengan orang yang lekas2 ajak ko naik van tepi stesyen Hatyai. They will charge you triple of the usual price! Pffft.

Jalan Hatyai sat sementara tunggu van ke Krabi

Nasi Kerabu engko kenapa sedap sangat?
Seeking for Halal food? Macam takyah risau sangat je cuz bersepah jugak la especially dkt Krabi. Dah la makanan sume sedap belaka. *Usap perut.

Krabi Town

Jadi, kitorang telah menginap di Pi-eng-getau (baca laju) a.k.a PN Guest House, Krabi Town. Tu la "sound" orang sana masa kitorg cari tempat tinggal yang kitorg dah tempah awal2. Haruslah jadi bahan kitorg laki bini. Kakaka. Actually korang bole pegi je Aonang Beach atau Phranang Beach dan stay sana. Tapi, kalau just nak g pantai je, korang x pegi la town dia sebab dalam 20 minit jugak perjalanan.

Dekat PN Guest House tu memang backpacker habes. Murah je. Rm 30/night. Happening jugak Krabi Town ni. Lebih dekat dengan penduduk asal. Thus, we can watch their lifestyle, where we find it as, the most valuable moment when we travel :')

Sewa Skuter

Untuk kurangkan kos, bole la engkorang sewa skuter/motor. Takyah lesen ok. Skuter lawa gila. Sewa skuter : rm20 for 24hours.


Naik tuktuk pun bole je kalau nak rasa. Dari Krabi Town nak pegi Aonang Beach dalam rm50. Mahal2.



Bebajet sweet. Haktuih.


Aktiviti

Activity 4 islands start from aonang beach should be dalam rm50. Tapi kitorg pergi berdua je dengan private boat sebab x tempah sehari awal. Jd rm125/person. Rugi. Oh, kat situ macam kena banyak book awal sket la kalau nak jenjalan. Tak tau la sebab kami pergi time hujung tahun, ramai orang. But, the best part is, kami dapat pemandu boat yang bole kecek kelate! Mesti lah best. Macam2 kami tanya. Takde lah macam, "kite kat pulau gapo dio ni?" kalau dapat pemandu tail boat tak reti bahasa melayu/ english.

1. Tup island


Cantik gile. Masa sampai tu ingat orang jalan atas air, rupanya antara dua pulau tu ada laluan pasir. Magnificent!

Laluan pasir ke pulau depan tu


Say what...? Subhanallah :)


2. Chicken Island

Orang kata Chicken Island ni port terbaik untuk snorkeling. And you know what? I think they speak the truth. Cantik habaq hang.

Spot that Chicken's head!


Tapi i ols ni penakuit skek. Nak tenggelam laki aku bila aku asek tarik dia. Sedangkan pakai life jacket. Kakaka. Cuma kami tak pakai goggle dan snorkel sebab x beli masa kat darat. Rugi2. Tsk3


Lompat bang jangan tak lompat. -_-


3. Poda Island

Panas


Tipikal tempat orang posing di Poda Island


Tempat budak kecik tepi pantai pun nampak ikan. Ni kalau ryqal ni mau ditendangnya ikan2 tu sume.

"Ngumpat i ke mak lang?"


:B

4. Phranang Cave Island

Eh. makanan! Kat sini depa jual kat dalam boat. Mostly halal food. Sedap giloss.

Phranang cave ni macam pitstop gak la. Makan2. Dan ada gua sembahan sket la. Huhu. Macam tempat mintak kesuburan gitu. Malu ok tengok apa dorang letak situ as tangkal. Malu i sebagai perempuan melihatnya. Huuuu.

Dekat gua Phranang

Panjat2



Untuk journey island hoping, ni je kami dapat pi memandangkan p sekejap je. Emerald pool, phi phi island, engkorang pergi lah teroka. Dengar cerita best jugak. And, jangan lupa pergi massage. Pergh. Best gila sampai terlelap2 sket. Cuma tak berdengkur je, kot. Kakaka. Oil massage aku buat baru rm 30/hour.

Masjid di Aonang Beach.


Mana ada shopping apa pun. Takde2. :p

Apparently, Krabi has the best beaches and islands that I've ever go. You guys must go! Over all will take only about rm 600 including souvenir untuk keluarga yang ramai di rumah. Percutian bajet kan? Pergi2.

Till then,
:)

Thursday, February 12, 2015

Umrah 2014 Part 2

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Jadi, setelah beberapa hari di Madinah, aku dan keluarga pun memulakan misi utama ke tanah arab ni yakni menunaikan ibadah umrah :') Sepanjang perjalanan diselitkan dengan talbiah, tidur dan tengok cerita pada zaman nabi di dalam van membuatkan aku rasa bersemangat dan bertenaga.

Part 2 : Makkah.

Kitorg terus check in kat hotel Safwa Orkid, bebetul sebelah dataran yang dekat dgn pintu masjid. Lepas tu terus buat umrah.

Alhamdulillah.

I feel so blessed. Thanks Ya Rabb for this rizq. :')

Umrah

Mula2 sampai terus buat tawaf. Start dari hajarul aswad. Hajarul aswad tu rendah. So, kita hanya berpandukan lampu hijau kat tepi tiang. Angkat tangan pandang hajarul aswad kalau xbole kucup, sentuh atau guna tongkat. So start dari situ, tawaf anticlockwise sebanyak 7 kali. Lepas tu solat sunat belakang makam ibrahim. Kemudian, gerak ke bukit safa dan marwah untuk saei, ulang alik 7 kali. Untuk lelaki disunnahkan berlari2 anak. Ada lampu hijau kat atas syiling untuk kita buat rujukan. Lepas je saei tu, terus tahalul. Aku mak mertua aku yang tolong potong rambut, dia selak sket tudung, lepas gunting sket. Husby? Of course la botak licin. Comel! :p

Melawat tempat sejarah


*oi. xhabes lg oi ceritanya. gambo xtransfer lagi. kakaka

Friday, January 23, 2015

Umrah 2014 Part 1

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

So, about last 10 months ago, ahak, you get it right. Dah lama. Dah basi. Tapi aku peduli apa. Kikiki. Last 10 months ago, i went to perform Umrah with my husband, FIL, MIL and all my SIL! Alhamdulillah.

All i can say it was the best feeling ever. Bayangkan pergi kat tempat yang nabi kita tinggal. I was like, mesti nabi lalu sini kan? ;')

Pastu faham tak perasaan membuak2 nak tengok kaabah? Dapat tengok tu macam tergamam jakun tapi kaver. Sedangkan ligat simpan dalam memori macam mana rupa dan saiz kaabah tu. Siap teringat cerita2 sirah kat situ.

Part 1 : Madinah.

Malaysia - Abu Dhabi : 8 hours by flight
Abu Dhabi - Jeddah : 3 hours by flight
Jeddah - Madinah : 9 hours by van

Penat perjalanan je memang toksah cakap. Tapi sampai je madinah betul2 depan masjid nabawi, hilang letih. Pastu masuk hotel yang sebelah pintu pagar masjid nabawi. Alhamdulillah dekat. Cuma kalau dekat ni kemengadaan dah azan baru nak siap tu memang agak melampau. Banyak waktu mesti lari2 termengah2 pastu carik port utk solat dapat la tempat yg bukan idaman. Nasib baik jarak antara habis azan dengan mula solat tu lama. So still okay lagi la berlari2 pun. Jangan tiru aksi ini. *Insap.

1000 kali ganda

Berdasarkan hadith (check la ye hadith mana), solat di Masjid Nabawi 1000 kali ganda dari masjid biasa. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Gigirl kalau masa umrah ni memang sayang sket klau datang bulan. Sebab tu aku telan ubat penahan datang bulan. Takde la tak dtg, tp dia mcm drag sket masa. Cari kat farmasi ek.


Raudah.

Ada satu tempat antara makam nabi dengan mimbar ni dipanggil raudah. Tempat mustajab doa. Aku pergi skali je. Orang punya la penuh himpit2, pijak2. Faham2 je la saiz kita orang asia nak dibandingkan dengan orang arab. So, be careful. Safety first.

Jangan risau tak reti cakap arab atau english.

Korang bedal je cakap melayu dengan mak2 dan pak2 arab. Dorang punya bahasa melayu/indonesia A+. In fact, dorang suka sangat dengan orang malaysia dan negara serumpun. Malaysia bagusss. Gitu. So, teruskanlah jaga nama baik negara :)

Melawat tempat bersejarah

Beberapa hari di Madinah membolehkan kami melawat tempat sejarah. Aku memang suka kajian2 arkeologi ni. Amboi. Takyah la kajian sangat. Kitorg jalan2 sekitar Bukit uhud siap beli kurma basah sejuk, perkuburan Baqi', lalu2 sebelah masjid qiblatain ( masjid di mana arahan kiblat ditukar) dan singgah solat di masjid quba'.

Shopping

"Tawaf kidai" adalah istilah shopping kt sini. Aku sarankan bab2 shopping ni shopping kat Madinah. Pilihan lebih banyak, murah dan menggembirakan. But remember, shopping is your third priority. Firstly of course your ibadah. Secondly,haruslah lawat tempat sejarah. Shopping pulak kene jaga2. Ada satu hari ni, bila aku tengok2 jubah pastu tak jadi beli, kemain marah lagi adik tu. High pitch engko tahu. Jadi ingat. Jangan selongkar2 sangat barang sebab kalau xjadi beli memang kene jalan selaju mungkin lesapkan diri. Nasib baik harga barang untuk kite orang malaysia/indo lebih murah dari dorang jual kepada orang arab sendiri. Lega hati ini. Kehkeh.

Miqat di Masjid Bir Ali

Jadi, antara rukun untuk membuat umrah adalah miqat. Di miqat ni kita akan mulakan niat, berihram dan dah boleh mula talbiah. Tapi bab pakai kain hram tu dah start pakai siap2 dekat hotel pun takpe. Yang penting masa dah betul2 nak mula berihram ni kita dah set dalam minda untuk tidak melakukan larangan ketika berihram. So, the journey to the cleaning of the soul has begun.

Thats all for my story in Madinah.

Part 2 : Makkah will be updated real soon.

*gambo nanti aku upload. tak transfer lagi. malas.