Sunday, October 23, 2011

misteri kehidupan dan kudrat tuhan


Misteri Kehidupan
Ya, hidup penuh keajaiban. Penuh misteri yang tersimpan di sisi Ilahi. Ada perkara yang insan jangka dan sangka, ia tidak berlaku. Ada perkara yang tidak diduga ia menjelma dalam pelbagai rupa dan warna. Tiada siapa boleh menyatakan yang dia menguasai perjalanan kehidupannya. Tidak! Sama sekali tidak! Dia mungkin menguasai dirinya bukan perjalanan hidupnya. Dalam alam ini yang penuh dengan pelbagai watak, episod, musim dan rasa, maka tiada siapa yang berkuasa melainkan Allah. Manusia merancang dan mengatur. Ada kala rancangan itu berjaya, ada kala gagal, ada kala berubah arah dan pelbagai lagi.
Dunia ini bukan kita saja yang menghuninya; insan lain, alam sekeliling dan segala yang wujud. Semuanya mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Kadang-kala agenda itu bersaing dengan hasrat kita. Mungkin kita menang, atau kalah. Atau tiada siapa yang mendapatnya. Atau semua mendapat ruang dan peruntukan masing-masing. Itulah kehidupan. Sebab itu kita disuruh bertawakkal iaitu setelah berusaha semampunya hendaklah berserah pasrah dan menggantungkan segala doa dan harapan kepadaNya. Firman Allah (maksudnya):
“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari masalahnya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang dia tidak sangka. dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah itu baginya (untuk menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala urusanNya. Allah telahpun menentukan kadar bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Talaq: 2-3).
Kudrat Tuhan

Ya, sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah sebagai pengatur urusannya. Ketika menyerah pasrah dirinya kepada Allah, insan mungkin mempunyai pelbagai bayangan bagaimana kehendak atau hajatnya akan tercapai. Namun kuasa, kudrat dan kehendak Allah merentasi segala bayangan dan igauan insani.
Dalam menunai hasrat seseorang insan, Allah kadang-kala takdirkan pelbagai kejadian dan episod hidup agar insan belajar, mendapat ganjaran pahala, menemui pelbagai hikmat dan menjadi hamba yang lebih bersyukur dan akur dengan keagunganNya. Cara sesuatu hasrat itu muncul dan menjelma juga, tidak semestinya sama. Pelbagai warna dan rupa. Mungkin insan ingin sesuatu, Allah gantikan yang lain yang lebih baik daripadanya. Mungkin insan tidak tahu kejelekan di sebalik sesuatu yang indah pada matanya sehingga dia mengidamnya.
Apabila insan menyerah diri kepada Tuhan dengan jiwa yang luhur dan akur, Allah akan memberikan ganti yang lain, yang mungkin insan kurang suka, tapi itu lebih baik untuknya. Demikian Allah menegaskan (maksudnya):
“..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah: 216).
Hanya pada tanganNya kekuasaan mutlak terhadap perjalanan alam ini. Jika Dia mahu memberikan sesuatu, tiada siapa yang dapat menghalangNya. Jika Dia mahu menghalang sesuatu, tiada siapa yang memberikannya. Dia Maha Berkuasa menghadirkan hajat seseorang insan dalam pelbagai bentuk dan rupa, jalan yang disangka dan yang tidak diduga. Dia Maha Mengetahui apa yang terselit dalam benak insani ketika seseorang itu mengadu kepadaNya. Padahal kadang-kala insan itu sendiri alpa dan lupa hasratnya yang sebenar.
Allah mungkin menunaikan hasrat yang tersirat walaupun tidak dalam gambaran yang tersemat. Segalanya atas rahsia alam atau hikmat kehidupan yang Allah Maha Tahu. Apa yang penting Allah tidak mensia-siakan hamba yang bertawakal kepadaNya. Percaya, jika kita serahkan jiwa raga dengan penuh pasrah kepada Allah, harinya akan menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Kebahagiaan itu jika Allah berikan tiada siapa yang dapat merampasnya dalam dada kita, sekalipun tubuh diluka dan dipenjara. Sengsara jika Allah campakkan kepada kita, tiada harta yang dapat menghalangnya, tiada wanita yang dapat menceriakannya dan kuasa yang dapat menangkisnya. Percayalah, dan berjalanlah atas keimanan itu menelusuri diari kehidupan ini.

p/s : dipetik dari penulisan Dr Asri di sini. untuk bacaan orang yang runsing tentang masa depan. :)

Friday, October 21, 2011

kawanku bernama CINTA

awak-awak,
ya,awak la,
awak sebilik dengan saya?
dekat UPSI ni?
mari,dekat denganku.


orang kata,
orang timur tak nak rapat-rapat,
dengan orang negeri lain,
ah,saya terpedaya rupenya,
awak lain,awak lain.


awak yang bernama CINTA,
saya tak suka awak,
benci,benci,
ok tak,saya tipu,
awak sengal,
awak senget,
suka cari pasal,
suka gaduh dengan saya,
ape,mahu gaduh?
mari!


Tapi,
saya tetap nak,
bersahabat dengan awak,
awak tak pernah jemu dengar masalah saya,
walaupun,
ah,saya memang ada sahaja masalah,
awak degil nak tahu jugak cerita-cerita saya,
yang alahai,hampeh!


kalau masalah cinta,
beri,serahkan saja pada awak,
ada sahaja nak senangkan hati saya,
dah,nama awak pon,
CINTA.


awak,
saya sayang awak,
ops!
tak boleh bagi tahu kan?
nanti Allah tarik rasa tu,
taknak,taknak.


CINTA,
cintailah sahabatmu ini,
seadanya saya,
sayangilah saya kerana,
saya amat sayang persahabatan ini,
kite kawan ketat-ketat,
okay?




p/s : cinta : love : hanan

Thursday, October 20, 2011

cinta dengan hati


sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cintaku datang,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang.
sementara pena begitu tergesa-gesa menulisnya,
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta,
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya.
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.



rujukan :
(Anna Althafunissa, ketika cinta bertasbih)








                 

Sunday, October 16, 2011

aku mahu jadi wanita mahal

niat asal tiada lebih-lebih,
hanya mahu bersahabat,
kerna kami punya satu pegangan yang serupa,
"tidak akan terjebak dengan percintaan yang sia-sia"

namun,pantaskah lelaki dan wanita,
hanya sekadar berteman?
ah,sukarnya mahu sorok rasa ini,
luahan hati aku dan insan itu,
manisnya lebih dari madu.

hanyalah sekadar luahan hati,
juga kenali hati budi,
namun komunikasi antara kami,
sudah tiada batas,
aku dan insan itu,
masing-masing leka dan alpa,
ah,sudah,
kami sudah tersasar.

saban hari selepas 5 waktu,
seusai berdua-duaan dengan-Nya,
aku pasti berdoa,
pelihara hati aku dan insan itu,
agar kami tidak mendekati larangan-Nya.

cukuplah sekadar perbualan biasa-biasa,
komunikasi berlebihan dan ingat-mengingati,
bukankah ia bisa menjadi racun di hati?
aku harus hentikan komunikasi,
yang lebih-lebih ini,
aku tidak menginginkannya,
aku mahu berhenti,
serta merta!

kerna aku mahu bermula,
dari asas yang suci,
caranya kami tahu,
dan kami faham,
hanya waktunya,
belum tiba.

"ya Tuhan, aku bersyukur,
engkau telah perkenankan doa ku,
yang ku mohon dari mu,
setiap hari,
bantu aku ya Tuhan,
untuk hadapi keputusanku ini,
yang aku yakin,
engkau telah gerakkan hati aku,
hingga aku jadi setekad itu"


"tuhanku,jangan biarkan,
syaitan yang dilaknat itu,
kuasai hati kami,
kami perlu redhaMu,
agar dapat kami melayari,
percintaan yang halal,
sampai syurgaMu,
yang kekal abadi"

cinta yang suci,
dan mendapat redha Ilahi,
idaman orang yang beriman,
dengan hati yang cekal,
serta maruah yang dipelihara,
ia mampu dicapai,
kerna itu,
aku mahu jadi wanita mahal.

Wednesday, October 5, 2011

things needed in a relationship : do not put high expectation

Typical situations in a relationship.

Situasi 1
Baby : bucuk, bucuk sayang baby tak?

Bucuk : haruslah

Baby : jom la kite keluar cuti sem nanti. Dah 10.3 kali kite tak jadi keluar.

Bucuk : okie dokie

Baby : baby harap sangat kita bole jumpe (sambil update status kat facebook : “tak sabar nak jumpe bucuk aku. Nak jalan-jalan kat pasar malam tanjung malim” )

***

Bucuk : sorry. Tak bole jumpa

Baby : kite putus!


Situasi 2
Iz : ahmad joe cole, jom la kite kawen.dah 5 tahun kite bersame

Joe cole : ok.lagi 2 tahun ai masuk meminang yu. Pastu kite kawen, buat babies,bla3…….

Iz : ai harap sangat hubungan kite ni kekal ( dating 78 kali and dah bawak jumpe mak bapak sambil setia je pd ahmad joe cole dan hari-hari cakap pasal kawen)

***

Joe cole : ai rase kite patot putus. Ai dah tak sayang yu, ai ade orang lain. Ai nak kawen dgn izzah azhar.tak semena-mena

Iz : ai nak bunuh diri!



joe cole : mane izzah azhar ni. tak sabar nak kawen dgn die ni.hueh hueh


Can u see the word harap? Come on peeps, jangan terlalu berharap dengan pasangan korang. Sebab bile terlalu mengharap, pastu tak jadi seperti yang diharapkan mesti korang kecewa gila. bila kecewa korang akan jadi kejam. kejam dengan macam-macam cara. like, korang akan marah2, maki2 and mintak putus! oh, alangkah ruginye bercinta lame-lame bagai nak rak last2 break up.

bak kate kak fynn jamal :

 Kita marah2 sbb nk dia buat apa yg kita rasa fit dgn piawaian kita. Like, why dont u call me enough, why dont you love me enough, etc. Sbb we have certain expectation. Bila ia x menepati, itu yg buat kita frust. Kita jd kejam sbb kita frust.


Jadi,jangan terlalu mengharap pada pasangan anda. Bersederhanalah dalam memberi dan menerima cinta.much love~




ok,dah.bai!