Tuesday, August 28, 2012

Ada apa dengan 'Izzah'?

Assalamualaikum.

Ada apa dengan 'Izzah'?




Hihihi. Ada orang suka nama aku. Dia cakap nak bagi nama anak dia Izzah. Encik perancis (kawan baik) dulu pun dia cakap suka nama aku sebab ada huruf 'z'.

Jadi, siapa suka nama isteri ada huruf 'z' atau lebih specific lagi Izzah, sila lah masuk meminang. Umur 22, bakal cikgu, anak meteorologist. Eh? Tehehehe.


nota kaki - izzah : mulia, kuat



Monday, August 27, 2012

Hobi Baru Gadis 22 tahun.

Assalamualaikum.

Aku ada hobi baru sekarang. Cousin aku yang same age menularkan pengaruh tu kat aku masa balik kampung raya. Tidakkkkk.


Menggunakan color pencil stabilo 48 pieces, maka hobi aku bermula.



Tadaaaa~ *tutup muka malu dengan hobi baru*

Buku kaler kedai 2 ringgit

Lukisan dalam buku ni so cute. Mana tak jatuh hati.

Banyak tak hengat dunia okay pilihan kaler.

Proses mewarna bersama adik-adik



Oh, Tak. Cousin aku tu dia bukan study degree dalam al-Quran dan Sunnah. Aku bukan amek degree pendidikan sains minor fizik. Ish, mana ada. *sambung kaler atas lantai*




Saturday, August 25, 2012

perbualan yang epik

part of conversations :

Anyway esok umah sy ade tahlil n open house
Dtg la


Oo. Yeke? Kul bpe?

Dlm pas isya cmtu la.
Ajak ateh n zaim.


InshaAllah. Budak kecit ade skali x?

Adeeeee
Die la tukang masaknye


Yeaaaaa

Dtg tw


Die yg buat curry kn?

Ehh laksa


InshaAllah.
Laksa yg cm ade ketul2 kuah tu eh?

Err gitu la kot


Haha
Eeeee, pak ngahhhh
Kutuk anak buah sendiri ea?

Sy x ckp
Awk yg ckp


Jd aunty iz la yg ckp ni? Dasar pak ngah. Dia starter.


-_____-"


That awkward moment bila conversation ni consist of two persons that used to be in love towards each other tapi masih sengal2 ubi memasing. Perbincangan masakan budak kecit tu sebenarnya bahan kumbahan budak kecit tu. Dasar!

And, and...

And aku pergi rumah dia (encik perancis). Setiap kali nampak aku masa majlis tu, dia datang dekat-dekat. Jatuh la saham aku depan cowok ganteng. Siku baru tahu. Nasib baik ariff demok comel ada. Heh!



Saturday, August 18, 2012

Tarawih Terakhir

Assalamualaikum.

Tarawikh terakhir untuk ramadhan kali ini sudah berlalu. Malam esok sudah eid mubarak. Serious aku menangis sedih tadi. Sebab aku fikir, apa Allah telah ampunkan dosaku atau tidak? Atau aku termasuk dalam golongan yang celaka dan rugi?

"Celaka dan rugi lah orang yang berkesempatan hidup dalam bulan ramadhan tetapi tidak terampun dosa-dosanya." (hadith riwayat Ahmad)

Moga Allah ampunkan dosa seluruh umat islam. Ameen ya Rabb.


Saturday, August 11, 2012

Hanya Jika Allah Mengizinkannya


Bicara tentang cinta berlainan jantina.
Bukan aku tidak mahu terima cinta.
Tidak juga aku menolak kehadirannya.
Jauh sekali membencinya.


Aku dalam tempoh tarbiyah diri.
Sifat negatif sedang aku hakis.
Kamu mahu wanita menyusahkan?
Mahu wanita tidak mententeramkan?


Percaya pada kebesaran Allah.
Jika jodoh itu milik kita bersama.
Pintu hati pasti ku buka sesuai masanya.
Hanya jika Allah mengizinkannya.



p/s : maaf. aku tolak lamaran menikah itu. ini bulan puasa. bukan masa konfesi cinta.



Thursday, August 9, 2012

quote : pengajaran

"Jika pengajaran semalam masih belum buat 
kamu sedar lalu kamu masih tidak berubah,
 kamu adalah manusia egois."

( Izzah Azhar, 2012 )


ps : Ramadhan tinggal 10 hari lagi. lets give our best!


Wednesday, August 8, 2012

7 Ogos 2012

Assalamualaikum.

Title over tau. Ala-ala save the date. So, yeah. It was my birthday. ke 22. Oh, tua sudah. Ramai orang wish. kat facebook. kat twitter. kat henfon. kat whatsapp ade la sorang encik gajah ni. thanks a lot of the ring lah semua. I love u olssss. Jangan lupa support izzah okayyy (bajet retisss)

"Semakin meningkat umur kita, semakin dekat kita pada kematian. Ingat tu" 
( Izzah Azhar, 2012) 
Over taw quotation. Sedangkan tambah 'ingat tu' je. Bajet sendiri punya quotation. mihmihmih. Tak lawak izzah, tak lawak...Okay, Birthday aku beberapa tahun ni dalam bulan Ramadhan Kareem. Semoga ada berkatnya di situ. Overall, it was a happy day. Alhamdulillah. once again, thanks ya syemua atas ucapannya serta iftar merangkap "birthday party" nya. Terharu bangat dehh.

Malas cakap banyak. orang dewasa cakap sket2 je. ehem. *betul2 kolar*

Here are some pictures yang aku curik daripada besties masa iftar merangkap "birthday party". from anis the mak jemah and hizami the ohsem body builder (mengampu supaya dapat personal coach percuma)

Made by anis. awwwww. sumil lah baby kite

Peraduan buat muka huduh. Obviously aku pemenangnya. Thanks. Jangan puji-puji.

Halang2. Nanti de padam. Noob -_-


Izzah : Kita bakar cake ini.muahaha
Anis : tiup2 bagi api tak padam
Hizami : comelnye la budak2 ni. haihhhhh
*caption rekaan* :D


Girlfriendsssss :) :) :)



Thanks for the cake. included the candles -_- dah tua2 ada lilin bagai u olsssss. kau ade???
Thanks ana for the tudung bawal norjuma. Santek tahap dewa kayangan memagari bintang (lawak hambar)
nonetheless, Haziqah the baby darling takde. serious sedih. tsk3 T_T


oh ya. ramai yang wish dah bole kawen, cepat2 kawen, kawen jangan tak kawen, main kawen-kawen dan seumpamanya. cakap je takde gune u olssss. mohon korang beri aku calon. kehkehkeh.

Salam Ramadhan Kareem.

Thursday, August 2, 2012

Cerpen : Emanuel Robinson anak Yusuf


Emanuel Robinson anak Yusuf

Emanuel menyisir rambut perangnya di hadapan sebuah cermin buruk. Minyak rambut yang sering Emanuel lumurkan di kepala sudah habis sejak seminggu yang lalu. Namun, Emanuel berkira-kira mahu meminta ayahnya membeli minyak rambut yang baru. Dia tidak sanggup menyusahkan ayahnya membelikannya  benda yang tidak terlalu penting. Baginya, tidak mengapa jika tiada minyak rambut. Hanya menyisir kemas rambut sudah memadai.

“ Emanuel, mari sarapan dahulu sebelum ke sekolah” Puan Jamilah mengajak Emanuel bersarapan. Encik Yusuf juga ada bersama di meja dapur mereka yang kecil.

“ Baik ibu” patuh Emanuel. Emanuel memang anak yang baik. Dia duduk sopan di atas kerusi lantas membaca doa makan. Puan Jamilah dan Encik Yusuf mengaminkan doa Emanuel.

“ Emanuel ke sekolah dulu ya ibu dan ayah” ujar Emanuel setelah usai bersarapan. Dia mencium tangan tua ibu dan bapanya sebelum ke sekolah.

" Belajar rajin-rajin Emanuel" nasihat Encik Yusuf. Emanuel mengangguk. Dia menuntun basikal ke pinggir jalan sebelum menaikinya.

Hingar-bingar kelas ketika Cikgu Samiha keluar kerana waktu mata pelajaran Sains telah tamat. Kelihatan Johan dan Firdaus menghampiri Emanuel yang sedang membuat kira-kira bagi mata pelajaran Matematik.

“ Oi orang putih. Pinjam buku latihan Bahasa Inggeris. Kami mahu pinjam.” Ujar Johan. Dia membuka beg sandang Emanuel dan mencari buku latihan Bahasa Inggeris. Setelah menjumpai buku tersebut, dia membawanya ke tempat duduknya yang terletak di belakang kelas. Firdaus hanya membuntuti Johan.

“ Kamu berdua mahu meniru kah? Minggu lepas kan kita semua sudah didenda kerana jawapan kita terlalu sama? Saya risau Teacher Karmila akan marah pada kita lagi. Pulangkanlah buku saya semula” pinta Emanuel.

“ Ah, kedekut lah kau ini. Sudah lah pelik. Rambut perang, mata hijau, hidung mancung. Tak sama macam kita semua. Nama pun, Emanuel Robinson. Anak penjajah! ” Johan membaling buku latihan itu kepada Emanuel dan ketawa bersama-sama Firdaus. Emanuel hanya diam dan mengutip buku itu. Emanuel duduk semula di meja nya.

Dahlia menghampiri Emanuel. Dia meletakkan sebuah nota di atas meja Emanuel sebelum Dahlia kembali ke mejanya semula.

Sabar itu, sesuatu yang indah jika kita faham maksud sebenar di sebalik perkataan SABAR itu. Masih ingat ayat kamu ini? Harap awak tabah Emanuel. – Dahlia –

Emanuel memandang Dahlia yang juga sedang memandangnya. Emanuel tersenyum kelat. Ustazah Mardiah sudah masuk untuk mengajar subjek Pendidikan Islam. Semua murid memberi perhatian.

Selepas makan malam bersama Puan Jamilah dan Encik Yusuf, Emanuel duduk di sebelah ibunya yang sedang menjahit pakaian yang ditempah orang kampung. Encik Yusuf pula sedang membetulkan pukat di serambi rumah kayu mereka.

“ Ibu. Emanuel ini bukan anak kandung ibu kan? Beritahu Emanuel hal sebenar ibu. Dari dahulu ibu selalu mengelak untuk menjawab pertanyaan Emanuel” Bergenang air mata Emanuel. Dia mahu segala rahsia hidupnya terlerai malam itu juga. Puan Jamilah menghentikan jahitan.

“Sungguh Emanuel mahu tahu?” soal Puan Jamilah. Puan Jamilah dan Encik Yusuf berpandangan. Puan Jamilah memegang tangan Emanuel. Emanuel mengangguk tanda bersedia mendengar apa juga kebenarannya.

“ Emanuel anak ibu dan ayah. Kami yang menjaga Emanuel dari hari pertama Emanuel lahir. Emanuel tidak suka jika kami ini orang tua mu?” soal Puan Jamilah. Emanuel menggeleng kepala.

“ Tidak ibu. Bukan itu maksud Emanuel. Emanuel sangat sayang ibu dan ayah. Emanuel cuma..” Emanuel tidak dapat meneruskan kata-katanya. Lidahnya kelu. Dia keliru dengan apa yang berlaku. Dia tertanya-tanya mengapa kulitnya putih melepak. Rambutnya tidak hitam. Matanya lain daripada orang sekeliling.

“ Emanuel anak kesayangan ibu dan ayah. Biar sahaja apa orang mahu cakap tentang Emanuel, Emanuel ialah anak kami. Emanuel Robinson anak Yusuf. Emanuel Robinson anak Jamilah. Ingat tu sayang” mengalir air mata Puan Jamilah menahan kesedihan. Encik Yusuf hanya diam membatu tanda mengiyakan kata-kata Puan Jamilah.

“ Maafkan Emanuel ibu. Emanuel tidak bermaksud buat ibu sedih. Berdosanya Emanuel. Maafkan Emanuel ibu. Maafkan Emanuel.” Air mata lelaki Emanuel juga jatuh membasahi pipi. Dua beranak itu berdakapan penuh kasih sayang. Malam tenang yang menyaksikan kasih ibu dan anak bagai mengerti betapa eratnya kasih sayang mereka bertaut. 

Tidak mampu melelapkan mata, Puan Jamilah ligat berfikir. Puan Jamilah tahu apa yang Emanuel rasa. Puan Jamilah hanya tidak mahu memungkiri janjinya pada Rose Robinson, sahabat karib Puan Jamilah yang telah meninggal akibat dilanda demam malaria dua belas tahun yang lampau. Puan Jamilah mengimbau kenangan lalu.

“ Emanuel Robinson ini anak kamu Jamilah. Anak kamu. Aku beri padamu. Beritahu dia anak kamu andai suatu hari dia bertanya. Dia akan mengerti sendiri kebenarannya ” ayat terakhir dari Rose Robinson sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir. Puan Jamilah terlelap bersama kenangan dan air mata.

-tamat-


nukilan : IZZAH AZHAR

Wednesday, August 1, 2012

Hingga Nafasku Yang Terakhir (11)

Usai solat subuh, Zharif dan Citra tidur kembali. Pagi yang nyaman dan sejuk di Perancis membuatkan kedua mereka berasa malas untuk bangun awal. Lebih-lebih lagi hari itu adalah hari Ahad. Zharif yang baru bangun dari tidur memandang isterinya yang sedang melihatnya terkebil-kebil

“ Pagi-pagi dah jadi stalker  ye sayang?” ujar Zharif. Dia tersenyum memandang Citra. Citra memandang ke arah lain. Mukanya merah kerana perbuatannya itu disedari Zharif.

“Mana ada. Orang baru pandang abang, abang dah terjaga”. Citra cuba berdolak dalih. Sedangkan sudah berbelas minit dia menatap muka suaminya yang tidur lena ketika itu.

“Abang tak faham kenapa Baby suka sangat curi-curi tengok abang. Handsome sangat ke suami awak ni sayang? Hmmm?” Zharif bertanya sambil tersenyum nakal. Citra membuat muka meluat lalu bangun daripada katil. Zharif menarik tangan Citra. Perbuatan Zharif itu membuatkan Citra terbaring semula.

“Dah abang ni kenapa? Baby nak bangunlah. Nak mandi ni” Citra membebel.

“Ala, nak manja-manja dengan Baby” goda Zharif. Dia memeluk Citra.

“Abang tu kalau boleh setiap masa nak manja-manja. Tak mahu la sayang. Baby nak mandi. Tengah busuk masam ni. Nak jugak ke?” ujar Citra cuba memujuk suaminya.

“ Bila masa pulak Baby pernah wangi?” soal Zharif sarkastik. Dia ketawa.

“ Ya tak ya jugak. Bila masa Baby pernah wangi ye? Lagi-lagi bila dua bulan Baby tak mandi ni” Citra menggigit bibir tanda geram. Zharif ketawa lebih besar lagi.

“ Baby , Baby. Awak ni lucu tahu?”. Citra tidak mengendahkan suaminya. Dia masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri.

Sejurus pintu kamar mandi di tutup, Citra tersenyum kecil. Lantas dia melihat ke dalam cermin. Dia mencium bau badannya.

“ Masam sangat ke bau aku ni? Aku pakai scrub kot” omel Citra. Laju tangannya mencapai scrub buah-buahan. Dia melumurkan scrub dengan banyak ke badan.

Bau wangi buah-buahan meresap ke dalam bilik tidur Zharif dan Citra. Zharif yang sedang melihat telefon bimbitnya bertindak menghidu udara umpama terhidu sesuatu yang pelik. Dia sudah dapat menangkap sesuatu.

“ Baby, Baby pakai scrub 1 botol ke? Wangi semacam je.” Soal Zharif sambil memandang Citra yang sedang mengeringkan rambut.

“ Dah Abang cakap Baby busuk. Baby pakai la banyak-banyak scrub tu. Sekarang dah wangi kan?” ujar Citra dengan nada merajuk. Zharif mendekati Citra. Dia memegang tangan Citra lalu mengucupnya. Citra menarik tangannya perlahan.

“ Okay. Dah tak boleh nak bergurau dah sekarang ” Zharif pura-pura merajuk. Dia ingin mengenakan kekasih hatinya itu. Citra menjeling tajam. Dia menghulurkan tangan kepada Zharif.

“ Yela. Nah tangan orang balik. Kita ulang tayang balik scene romantic abang tadi”. Zharif tergelak. Dia mencapai tangan Citra dan mengucupnya beberapa kali. Citra ketawa.

“ Takut jugak ye Baby bila abang merajuk” Zharif melepaskan tangan Citra. Citra mencubit pipi suaminya.

“ Syurga isteri, di bawah telapak kaki suami. Nasihat abang di hari pertama perkahwinan kita ni, Baby simpan kemas-kemas kat dalam ni”. Jari Citra menunjuk ke arah jantungnya.

“ Orang simpan memori kat otak la. Baby simpan kat jantung hati buat apa?” Zharif membuat muka pelik.

“ Itu orang lain. Baby tak sama macam orang lain” ujar Citra.

“ Jadi Baby ni istimewa la? Yang macam orang istimewa tu”. Semakin galak Zharif mengenakan Citra.

“ Untung abang dapat orang istimewa macam Baby. Orang lain tak dapat tahu? ” Citra tidak mahu mengalah.

“ Ala kesiannya. Mari saya tolong awak jalan” Zharif memimpin tangan Citra. Citra memejam mata dan pura-pura seperti orang buta.

“Baiknya anak ni. Anak siapa la ni. Sejuk perut ibu mengandung” ujar Citra lantas mencubit lengan Zharif.

“ Baby! Sakit la” Zharif memegang lengannya. Citra menjeling.

“ Sudah. Sekarang siapa yang busuk? Baby ke Abang?” Zharif ketawa. Dia kemudian menuju ke kamar mandi.




- bersambung -



mahu baca dari awal?sini : Hingga Nafasku Yang Terakhir (1)