“Tolong
aku” pinta Henry Patrova.
Azreil
Miller memandang Henry dengan kerutan di dahi. Azreil diam.
“Tolong
aku Azreil. Aku tah tahan” Henry meminta bantuan Azreil. Azreil tidak mahu
membantu. Dia tidak mahu campur tangan urusan Henry dengan Frank Gail. Frank
berbahaya.
“Apa
kau borak dengan Azreil tu Henry? Mari sini” Dari jauh tedengar laungan Frank.
Frank menggunakan isyarat tangan memanggil Henry. Henry memandang Azreil. Minta
belas. Henry kemudian mendekati Frank.
“Pegang
sini” Frank mengarahkan Henry memegang kain sebelah dalam poket belakang seluarnya.
Azreil memandang Frank.
“Jangan
sibuk,si kacak” marah Frank kepada Azreil.
Azreil
memandang mereka pergi. Hatinya sakit dengan kelakuan jijik Frank. Frank
melakukan penderaan seksual songsang kepada ramai banduan di situ. Henry bukan
mangsanya yang pertama.
Azreil,
Henry dan Frank merupakan banduan di penjara Illinois , Amerika. Mereka berada
di situ atas kesalahan-kesalahan tertentu. Frank dimasukkan ke penjara itu atas
tuduhan merogol kanak-kanak perempuan dan melakukan pembunuhan ke atas seorang
lelaki yang tidak mahu bersamanya. Henry pula dipenjarakan kerana mencuri
kereta.
Namun
berbeza pada Azreil. Azreil merupakan seorang bekas ajen FBI. Dia berada di
situ bersebab. Mahu menyelamatkan keluarga dan kekasihnya. Mikaila ; yang
diculik dan diancam bunuh! Dia sengaja merasuah seorang pegawai polis dan dengan sengaja
biar dirinya tertangkap agar dia dapat memasuki penjara di Illinois itu.
3
bulan sebelumnya.
“Sayang,
tolong. Mereka mahu bunuh saya!” rayu Mikaila ketika menguhubungi Azreil.
Ketika itu seorang ejen FBI bertubuh sasa mengacukan pistol jenis silencer ke kepala Mikaila. Ejen
tersebut merampas telefon dari Mikaila.
“Kau
dengar kekasih kau itu Azreil?” soal ejen FBI bertubuh sasa itu.
“Celaka!
Kau jangan apa-apakan dia! “ marah Azreil. Azreil menumbuk dinding tandas awam
tempat dia menjawab panggilan ugutan itu. Ejen FBI bertubuh sasa meneruskan
perbualan.
“Dapatkan
Gerard. Jangan biar sesiapa dekat padanya. Aku mahu kau bawa dia keluar
hidup-hidup dari penjara itu” Ejen FBI bertubuh sasa memberi arahan.
“Kau
mahu aku larikan dia dari penjara? Kau memang keji! Tuan Gabenor sudah hilang
akal!”maki Azreil. Namun suaranya diperlahankan agar tiada siapa mendengar
perbualannya.
“Azreil.
Tenang. Jangan cepat naik angin. Ibu kau di Florida aku lihat tenang orangnya”
Ejen FBI cuba meledakkan marah Azreil dengan ugutan demi ugutan.
“Jahanam!”
Azreil mengetap giginya menahan marah.
“Kau
tahu rahsia Gabenor. Jadi, kau bertanggungjawab tentang itu” Ejen FBI bertubuh sasa mematikan
panggilan.
Penjara Illinois, 4 p.m
Azreil
duduk di bangku tepi padang tempat para banduan berkumpul pada waktu petang.
“Kau
sudah tahu bila mahu keluar?” soal Gerard. Gerard menghampiri Azreil. Gerard adalah
adik kepada Gabenor. Gabenor kepada negara yang penuh konspirasi itu. Gerard berada di situ atas
kesalahan membunuh.
“Malam
ni kita gerak. Tiada lagi kesalahan seperti sebelum ini. Kita hampir tertangkap
kerana kebodohan kau Gerard” Azreil melihat sekeliling jika ada polis kawalan
yang mendengar mereka.
“Kau
pasti kita akan selamat sejurus kita keluar dari sini?”soal Gerard risau.
“Aku
sudah selesaikan semua itu. Kita akan lari ikut Fringe” Fringe adalah salah
satu jalan di luar penjara. Jalan itu selamat dari polis. Azreil sudah lakukan
kajian terperinci tentang itu.
“Henry
dan Frank juga akan ikut? Kau pasti tentang tu?”soal Gerard tidak puas hati.
“Kau
mahu rancangan kita rosak? Mereka sudah dengar perbualan kita. Mereka akan menggagalkan rancangan kita jika mereka tidak lari bersama kita. Kerana mereka juga menolong kita cari jalan keluar” Azreil
memandang Gerard tajam.
Gerard
diam. Gerard memandang Henry dan Frank yang dalam masa yang sama sedang memandang
mereka dari jauh.
Penjara Illinois, 11.30 p.m
“Saya
mahu kesemua banduan itu tertangkap hidup atau mati! Jangan lepaskan sesiapa.” arah
Warden penjara Illinois. Kereta polis dan anjing polis merata-rata di sekitar
Illinois.
“Kita
berpecah di sini. Ambil jalan masing-masing” arah Azreil kepada Frank dan Henry
setelah mereka melarikan diri dari penjara Illinois. Frank dan Henry menurut. Mereka
berdua berpecah. Mereka lari sepantas mungkin.
“Ikut
aku Gerard” Azreil dan Gerard berlari ke arah satu bangunan lama. Di situ FBI
bertubuh sasa sudah menunggu mereka berdua.
Setibanya
di bangunan lama itu, Mikaila berlari ke arah Azreil.
“Azreil!”
Mikaila memeluk Azreil. Azreil tersenyum pada Mikaila.
“Kamu
okay?” Azreil merenung Mikaila. Mikaila mengangguk.
Ejen
FBI bertubuh sasa menghampiri Azreil. Dia menujah pistol jenis silencernya ke kepala Azreil.
“Aku
sudah lakukan apa kau suruh, anjing!” Azreil menjerit. Azreil kemudian menyambung kata-katanya.
“Aku
tidak perlu berada di situ pada waktu itu. Aku tidak perlu tahu adik Gabenor membunuh
Naib Presiden!” Azreil memandang ejen FBI bertubuh sasa, 'anjing' suruhan Gabenor.
“Malangnya kau ada di situ. Kau
tahu terlalu banyak perkara Azreil. Gabenor mahu kau lenyap.” Ejen FBI itu mengalihkan
pistolnya ke kepala Mikaila. Mikaila ditembak laju. Peluru menembusi kepala
Mikaila. Mikaila sudah tidak bernyawa.
“Binatang!”
Azreil cuba melawan. Namun ejen FBI bertubuh sasa itu bergerak lebih pantas.
Azreil ditembak di bahagian dada. Azreil jatuh tersungkur.
“Kebenaran
pasti akan menang.” Itu kata-kata akhir Azreil sebelum dia menghembus nafas
yang terakhir. Ejen FBI bertubuh sasa menyimpan pistolnya.
“Uruskan
mayat-mayat ini” ejen FBI bertubuh sasa mengarahkan ejen FBI lain yang
bersubahat dalam konspirasi itu. Dia kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya
dan menghubungi seseorang.
“Selesai
Tuan Gabenor” ejen FBI itu memaklumkan kepada Gabenor. Ketawa Gabenor bergema di bilik tidur rumah agamnya. Lima saat
selepas Gabenor meletakkan telefonnya, rumah agamnya meletup. Tiada siapa di
sekitar rumah agam itu terselamat dari letupan dasyat tersebut.
-the end-
|
Cerpen tercipta hasil pengaruh cerita Prison Break. |
nota kaki : di mana-mana ada konspirasi sekarang. korang yakin ke lecterur korang tak wujudkan konspirasi untuk carrymark korang? pergi buat esaimen sana. Hihi