Saturday, September 29, 2012

Cerpen : Takdir


“Aku terbaca blogpost menarik dekat facebook tadi” Trisha bersuara selepas usai melayari internet pada hujung minggu.

“Apa kau baca?” soal Karmila bersahaja. Dia menyoal Trisha berbasi-basi kerana dia sedang seram sejuk membaca novel thriller yang terbaru hasil garapan Ramli Awang Murshid ketika itu.

“Tentang kahwin muda. Nikah khitbah. Seronoknya kalau dapat kahwin.” Trisha menongkat dagunya di atas meja dan tersenyum lebar.

Kamilah memandang Trisha lantas ketawa.

“Eee. Mengadanya minah ni. Aku tak pernah fikir nak kahwin. Gedik. Dah tu, tunggu apa lagi? Kahwin la cepat. Tak sabar aku nak jadi flower girl kau” Karmila sarkastik.

“Kau apehal budget budak-budak, nak jadi flower girl bagai?” Laju Trisha membaling Teddy Bear pemberian Amirul kepada Karmila. Sempat Karmila mengelak.

“ Dan, kau apehal baling-baling Teddy Bear kekasih awal dan akhir kau ni dekat aku? Buang dari tingkat 7 ni baru tahu” Karmila acah-acah mahu campak Teddy Bear dari tingkap asrama universiti mereka.

“Buang la. Aku mintak Amirul beli baru. Apa ada hal” Trisha menjawab laju. Trisha mengembang kempiskan hidung nya pada Karmila tanda bergurau.

“Kurang asam. Mentang-mentang Amirul anak jutawan. Gedik level berapa aku tak tahu” Karmila membaling semula Teddy Bear pada Trisha. Trisha dan Karmila ketawa.

Trisha menghampiri katil Karmila, teman sebiliknya dari tahun satu mereka di universiti itu. Kini mereka sama-sama pelajar tahun akhir jurusan sains akturial.

“Aku serious ni Karmila” Trisha duduk di sebelah Karmila yang sedang baring.

“Kau ingat aku main-main ke nak jadi flower girl kau?” Karmila menutup novelnya. Trisha mencubit Karmila. Karmila ketawa gedik.

“Aku nak kahwin” rengek Trisha.

“Eh nyah, kau nak kahwin, kahwin lah. Siapa halang?” Karmila cuba berpondan-pondan.

“Hahahaha. Sengal. Kau taknak?” soal Trisha dalam tawa.

“Tak kuasa mak, nyah” jawab Karmila. Mereka ketawa lagi.

Mereka meneruskan perbualan mereka. Sama-sama berbaring di atas katil. Sesekali tawa mereka terburai membincangkan perkara-perkara yang mereka dan kaum hawa suka cerita bila bersama. Iaitu hal perkahwinan.


2 bulan kemudian.


“Aku terima nikah Nurul Karmila dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit tunai.” Para tetamu yang menyaksikan majlis akad nikah itu mengaminkan doa yang dibacakan selepas sah akad nikah. Amirul juga mengaminkan doa tersebut. Amirul membetulkan songkoknya dan memandang Trisha.

Trisha menghampiri Karmila. Dahinya berkerut. Matanya berair. Amirul hanya memerhati dari jauh. Amirul yakin Trisha akan berkata sesuatu pda Karmilla.

“ Sampai hati kau Karmila buat aku macam ni. Ni ke kawan?” Karmila dan Trisha keduanya menangis.

“Maafkan aku Trisha” jawab Karmila. Trisha memandang Karmila.

“ Maaf? Senangnya kau ucap maaf” Trisha menahan air matanya. Trisha menyambung lagi kata-katanya.

“ Tak pernah fikir fasal kahwin, tak kuasa bagai. Sekali, ambik. Dasar! Aku nak kahwin dulu la. Kau pulak yang kahwin. Dengan abang Amirul pulak tu. Geramnya” Trisha mencubit pipi Karmila.

“Sorry la der. Aku tak sengaja. Ini takdir. Kehkehkeh” Karmila sarkastik.

"Tak sengaja?" Trisha menjegil matanya. Mereka sama-sama ketawa bersama air mata kegembiraan.

The End.


 
 
nota kaki : yang nak kahwin sangat tu la, lambat kahwinnya.yang taknak2 kahwin tu la selalunya kahwin dulu. haaaa. ayokkkk. tak tahu... Baik jangan fikir sangat. Orang ajak kahwin nanti baru korang tahu gundah gulananya nak fikir. Pegi fikir benda lain gi.
 


Monday, September 24, 2012

Mahu Lakukan Apa?

Assalamualaikum.

From : Encik Australia.
Cik Izzah, I think I’ve made a mistake. I reckon this is not the right way to do it. Mungkin di sebabkan nafsu, sy boleh terlepas pandang benda ni. Btw, mesej ni sangatlah panjang. Harap cik izzah dpt baca sampai habis.

1) Sy nak clarify yg sy still ada niat nk kahwin dgn cik izzah. Waktu berkenalan kita yg terlalu singkat tidak menjadi masalah bg sy. Cukuplah utk sy mengikuti nasihat dan kriteria2 yg diberi oleh Nabi dlm memilih calon isteri. And in my point of view, Cik Izzah ada kriteria2 tersebut.

2) Disebabkan sy mmg berminat nak bernikah dgn cik izzah, maka tipu lah kalau sy kata sy takde perasaan sedikit pun dkt cik izzah. Pelik bukan, pdhl baru kenal kejap? Well, sbg seorang lelaki, mmg menjadi fitrah sy diciptakan lemah terhadap wanita. 

"...dan manusia itu dijadikan berkeadaan lemah". [Al-Nisaa: 28]

Ibn Abi Hatim meriwayatkan bhw Tawus berkata yg dimaksudkan adalah mengenai lelaki yg diciptakan lemah bila berhadapan dgn wanita. 

Imam Waki' berkata bhw akal kaum lelaki hilang bila berhadapan dgn kaum wanita.

[Sumber: Tafsir Ibn Katsir] 

3) Atas nasihat para ulama’ , sy rasa tidak elok utk kita meneruskan sesi taa’ruf secara berdua mcm ni, walaupun hny dlm text. Agar tidak timbul nya penyakit hati dlm diri saya, dan agar tidak timbul fitnah kpd kita berdua.

Kata Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdillah Al-Fauzan hafizhahullah :
“Tidak mengapa seorang lelaki berbicara melalui telepon dengan wanita yang telah dipinangnya, bila memang pinangannya telah diterima dan pembicaraan yang dilakukan dalam rangka mencari pemahaman, tanpa adanya fitnah. Namun bila hal itu dilakukan melalui perantara wali si wanita maka lebih baik lagi dan lebih jauh dari keraguan/fitnah. 

Adapun pembicaraan yang biasa dilakukan laki-laki dengan wanita, antara pemuda dan pemudi, padahal belum berlangsung pelamaran di antara mereka, namun tujuannya untuk saling mengenal, sebagaimana yang mereka istilahkan, maka ini mungkar, haram, boleh membawa kepada fitnah serta menjerumuskan kepada perbuatan keji.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوفًا
“Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” [Al-Ahzab: 32]

Seorang wanita tidak sepantasnya berbicara dengan laki-laki ajnabi kecuali bila ada keperluan dengan mengucapkan perkataan yang ma’ruf, tidak ada fitnah di dalamnya dan tidak ada keraguan (yang membuatnya dituduh macam-macam).” 

[Sumber : Al-Muntaqa min Fatawa Fadhilatusy Syaikh Shalih bin Fauzan 3/163-164]

4) Sy ingin kan perkahwinan yg berkah. And of course, Cik Izzah pun inginkan mcm tu. So, adalah lebih baek utk kita start dgn cara yg betul, spy mudah mendapat keberkatan dari Nya. Even kalau takde jodoh pun, at least we have tried our best to do it in a good way.

5) To be honest, I am confident and brave enough to ask permission from your parents. It will be better if we can know about each others with their present. Sesi taaruf dgn kehadiran mereka. But unfortunately, sy takde di Malaysia. So, tak boleh la nak buat mcm ni dlm masa yg terdekat.

6) For me, I do not need to know more about you. Cukupla sekadar yg sy tahu, sbb itu je yg sy perlu tahu utk menguatkan niat sy utk bernikah dgn cik izzah. Nak tahu lebih rasa nya tak patut utk sy, yg takde hubungan apa2 dgn cik izzah.

7) But I do not know about you, whether you still need to know more about me, or not. 

glasses I’m willing to wait until the end of this year, to make it in the right way. Tunggu sampai sy ada kt Malaysia.

9) Tp kalau andai kata dlm jangka mase ni :
- cik izzah rasa tak berminat dgn sy
or
- cik izzah dpt terima lamaran org laen, and cik izzah terima

Please do tell me about it. Mmg tak boleh nak paksa perempuan utk kahwin dgn lelaki bukan pilihan dia, and adalah salah utk sy mengambil tunangan orang. And sy takkan tahu perkara2 tersebut sekiranya tidak diberitahu.

لاَ تُنْكَحُ الْأَيِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ وَلاَ تُنْكَحُ الْبِكْرُ حَتَّى تُسْتَأْذَنَ. قَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، كَيْفَ إِذْنُهَا؟ قَالَ: أَنْ تَسْكُتَ
“Tidak boleh seorang janda dinikahkan hingga ia diajak musyawarah/dimintai pendapat dan tidak boleh seorang gadis dinikahkan sampai dimintai izinnya.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah! Bagaimana izinnya seorang gadis?” “Izinnya dengan ia diam,” jawab beliau. [HR. Al-Bukhari no. 5136 dan Muslim no. 3458]

الْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ، فَلاَ يَحِلُّ لِلْمُؤْمِنِ أَنْ يَبْتَاعَ عَلى بَيْعِ أَخِيْهِ وَلاَ يَخْطُبَ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيْهِ حَتَّى يَذَرَ
“Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Maka tidaklah halal baginya menawar barang yang telah dibeli oleh saudaranya dan tidak halal pula baginya meminang wanita yang telah dipinang oleh saudaranya hingga saudaranya meninggalkan pinangannya (membatalkan).” [riwayat Muslim (no. 3449]

10) InshaAllah, kalau ada jodoh antara kita mmg takkan ke mana. I shouldn’t worry too much like I was. Of course, kita perlu usaha, tak boleh duduk diam je. And this is my effort. Yg lain akan diserahkan kpd Allah.

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum [30] : 21)

11) Tak bermaksud lepas ni tak boleh nak komen langsung/like/or something like that. Cuma tak perlu utk selalu text, unless there is something very important. Taktau nak bagi contoh apa, tp mana la tau kan.

12) Don’t get me wrong. I’m not blaming on you or something like that. Takde salah sape2 pun. In fact, sy nak ucapkan terima kasih dkt cik izzah. Disebabkan perbuatan cik izzah utk tangguh balas text membuatkan sy berfikir dan tersedar. 

13) Sy nak mintak maaf kalau ada apa2 salah kata/tulisan sepanjang kita berbual.

14) Sekiranya cik izzah adalah terbaik utk diri sy, agama sy, dan kesudahan hidup sy, maka sy berdoa agar Allah mempermudahkan urusan kita. Sekiranya tidak, sy berdoa agar Allah palingkan sy dari cik izzah, dan palingkan cik izzah drpd sy, dan semoga Allah memberi kebaikan di mana saja kita berada.

15) Sekiranya sy adalah terbaik utk diri, agama, dan kesudahan hidup cik izzah, maka sy berdoa agar Allah mempermudahkan urusan kita. Sekiranya tidak, sy berdoa agar Allah palingkan cik izzah dari saya, dan palingkan sy drpd cik izzah, dan semoga Allah memberi kebaikan di mana saja kita berada.

16) Semoga Allah membantu kita.

17) Wallahu’alam.
*batuk-batuk*

Mahu saja aku bisukan -- hati kecil, halus berkata-kata.
Mahu saja aku tulikan -- suara-suara jiwa bingit, bisik berbicara.
Mahu saja aku butakan -- cahaya-cahaya memanggil, hadapinya.
Mahu apa lagi aku, supaya fikiran tenang sementara?


Taknak fikir. Boleh?

Thursday, September 13, 2012

Lamaran


Assalamualaikum.

Bila aku duduk sorang2, aku diam berfikir-fikir sendiri. Aku masih muda. Tapi, sudah dua lamaran mahu menjadikan aku isteri (lamaran serious untuk nikah bukan bercinta). kenapa ye, Allah menghantar mereka untuk aku? Benda ni terjadi selepas penghijrahan la basically which makes me much-much more curious. Adakah ini masanya untuk aku settle down? *fikir-fikir* Dah la masih belajar *fikir-fikir lagi*

Nanti aku nak bincang dengan mak abah la. Nak beritahu mereka perihal ni. Ada siapa-siapa lagi mahu melamar? Sila-sila (lawak hambar)



Sunday, September 9, 2012

Rahsia

Assalamualaikum.

Dah seminggu aku ada masalah. Aku diam kan saje. Since aku nak balik UPSI, aku dah tak boleh simpan lagi. Susah nak belajar kalau macam ni. Tapi benda ni rahsia.Aku takkan beritahu dekat twitter, blog, apetah lagi di facebook.

Ada sorang je tahu rahsia aku ni. Aku cerita kat dia. Sebab dah lebih 4 tahun dia pegang rahsia ni. Lebih 4 tahun dia dengar masalah ini. Lucky me, dia masih dengar luahan aku. Masih beri nasihat dan ayat-ayat penguat. Benda nya sama. Berulang. Mungkin situasi berbeza.

Aku menangis cerita hal itu pada dia. Masih menangis seperti perihal dulu.Dan dia masih pujuk aku supaya jangan menangis. Terima kasih sahabat.

ps : Itu rahsia kita. Jangan beritahu siapa2. *satu jari di bibir*



Thursday, September 6, 2012

6 September

Assalamualaikum.

6 September--
Birthday crush aku hari ni. Disebabkan aku jual mahal nak wish kat dia (balas sebab masa birthday aku hari tu pun dia tak wish tapi dia like updated entry je) , jadi aku wish dari jauh je la. (harap-harap dia tak baca blog ni. Memang kantoi aku ter crush kat dia)

So, incik crush--
Selamat ulang tahun. May Allah grant you a lot of happiness and prosperity. And,be under His bless all the time, too :)

Okay. Dah. Tu je. Dan, tak. Mana ada crush aku tu seorang pharmacist, keje kat Hospital Lahad Datu, umur 24 and asal dari Kelantan. Ish, mana ada, mana ada.


----------------

nota kaki : suka orang diam-diam ni seronok jugak. Tapi kalau dia pergi kat orang lain jangan nak menganga pulak. Ah, pasrahkan saje ye dak?