Saturday, December 31, 2011

goodbye 2011

salam akhir tahun,


tahun 2011 aku tak cerah,tak mendung.

amalan pada tahun ni??

errr.



ok,taubat!



semoga Allah ampuni segala dosa-dosaku.amin


Sunday, December 25, 2011

ada apa dengan 25 disember?

annyohasayo!

25 disember.best sangat ke ke hari ni?macam takde hape-hape yg bermakna je hari ni.bosan,tak seronok dan tak menggembirakan pon.setakat hari kristmas memang tak hadap la.hadap tv je la sebab ade cite best.hari yang harus di lupakan je aku rase..


krik3* bunyik cengkerik


alololo,siannya someone yang tengah baca ni.tacing la tu.i tipu je la.i xkan pernah lupa tarikh ni kecuali kalau i dapat alzheimer mintak jauh le.. 


u,im sorry sebab i xde kat sisi u sekarang untuk sambut hari kelahiran u ni.i tak dapat nak elakkan dari balik rumah i sebab i nak sambut harijadi adik i. gile tak balik.i makan kfc,pizza hut,secret recipe and sate.ops,sorry jeleskan u.


u,i memang saje tak wish u kat facebook.i tengok je orang wish u kat fb.i nampak je kat tepi-tepi news feed i u reply wishes orang.i diam je.i bukak fb ter on chat,i tutup cepat-cepat.i taknak ade interaksi dengan u.sebab i nak bagi u terfikir2 mana i.kalau u fikir la,u tak fikir u kene fikir jugak! kalau tak i nanges


ok u.layan la sepuluh juta kali video i terjumpe tepi longkang nih..







ok.tak.i buat dengan semputnya video ni sebab i selongkar balik gambar2 u n gmbr kite dalam laptop.nak termuntah carik.gambar u mendominasi fon n lappy i.grrr..harap u suke hanan.happy birthday my dear friend ^_^



 u da makan pencake kan ritu?tu lah kek untuk u :)


ok,dah.babai

Wednesday, December 14, 2011

wordless wednesday #6

from my darling



from my baby



from my baby too. 



p/s : darling, you should emulate my baby.i got two from her.tamak haloba kan i?hihik

Sunday, December 11, 2011

kenapa perempuan 20-an yang single selalu rasa sedih?

bonjour,

comment ca va?bien?eh,lamo doh sero tok kecek perancih loni.bajet terer ckp perancis.simple grammar pon dah tak hingat.uhuk2.ok,mulakan bicara.



korang perasan tak kawan-kawan korang or diri korang sendiri yang single, kadang-kadang tu tetibe nak sedih tak tentu pasal.tak caye tengok la status kawan korang or status korang sendiri dekat fb or twitter.it is something like ;

"sedihnye hari ni"

"tears couldn't be stop"

"kadang-kadang macam kawan,kadang-kadang lebih dari tu dan kadang-kadang macam stranger!"

"jangan pegi midvalley sabtu ni sebab takot tiket tengok ombak rindu habes.sob3"ok.yang ni sedih menipu.sebab taknak kantoi pegi mid dengan seseorang.uhuk

yeah.i know.cause sometimes i did it too.ehem.



dah,sebab hapenye dorang-dorang yang single ni sedih?aku rasa ada beberapa sebab yang aku sendiri alami.plus dari cerita kawan-kawan aku sendiri yang single mingle.nak mention yang aku ni single sebenarnye.hewhew


sebab perempuan 20-an yang single selalu rasa sedih :

1. teringat kekasih lama.kalau ade

2. study susah.takde bf sekacak nickhun oppa nak ajarkan.

3. kan best kalau ade bf tolong buatkan assignment yang banyak.lagi sedih bile assignment dah buat pastu lecturer hilangkan.

4. memikirkan sebelum grad kene carik calon kalau taknak jadik andartu.

5. lelaki-lelaki yang cuba approach tak memenuhi citarasa.


6. dorang perlu kan "the right man" dalam hidup dorang.yeah.ni la sebab utamanya kenapa perempuan single sedih.




pada umur 20-an, majoriti kawan-kawan kiri,kanan,depan dan belakang ramai sangat yang dah tak single dah.sama ada engaged,married or dah berpunye.so,bile dorang2 yang single ni tengok senario ni,mesti lah rasa cemburu.lagi-lagi bile kalau berkumpul,dok cerite pasal kua dating,pasal nak kawen,pasal lelaki tu,lelaki ni.cerita pasal lelaki baru keluar surau tu patot jadi pilihan.ehem.take note boys

sebenarnye dorang rasa sunyi.just want somebody yang dorang bole luahkan masalah, share bende2 seronok and somebody yang bole jadi catalyst utk dorang maju lagi dalam kehidupan.and, selain tu jugak, ramai dari dorang yang single ni, ade dah lelaki yang dorang suka. dorang ade dah scandal mendel ni yang ada probability jadi the right man.


cume, masanya belom tiba. maybe final year, lepas grad or anytime. nak tunggu masa tiba tu la yang payahnya ye dok? ada aje rintangan. how stressful.

so,girls yang single-single tu. bertahan okay? tak lama lagi dah.mana tau the right man korang tu ala-ala aaron aziz. tak sia-sia korang single lelame.




"the good end is for those who are very patience"



ok,dah.tu je.bai!


p/s : entry special untuk perempuan 20-an je.yang mude-mude tu g abeskan spm tu dulu :p

Wednesday, November 2, 2011

aku menanti 'hariz' ku

nama ku izzah.

dan ini,


hariz.

kacak?
oh,korang dapat lihat sahaja
aku dapat dia.


*evil laugh





tunggu berita gembira kami hujung tahun ni.

aku,akan save the date.


gambar pre-wedding kami : 


izzah : rinduku umpama ombak yang tak berhenti
hariz : kasihmu bagai pantai yang sentiasa menanti





hariz : i love u
izzah : i love u more
hariz : i love u most



mesti korang nak cakap aku perasaan kan?
cemburu cakap cemburu
cehh!




tak caye tunggu la akhir tahun ni.
dalam cerita ni. 

ombak rindu


hueh hueh.
sinopsis ombak rindu :  
Izzah (Maya Karin/ izzah azhar), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang.
Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu? *sumber 

erk?
bermadu?
ah,tak kisah.





oh,tak sabar nak bersama-sama hariz!  





p/s : bilalah 'hariz' nak temui aku dan katakan "sudikah awak menjadi isteri saya"? 

Sunday, October 23, 2011

misteri kehidupan dan kudrat tuhan


Misteri Kehidupan
Ya, hidup penuh keajaiban. Penuh misteri yang tersimpan di sisi Ilahi. Ada perkara yang insan jangka dan sangka, ia tidak berlaku. Ada perkara yang tidak diduga ia menjelma dalam pelbagai rupa dan warna. Tiada siapa boleh menyatakan yang dia menguasai perjalanan kehidupannya. Tidak! Sama sekali tidak! Dia mungkin menguasai dirinya bukan perjalanan hidupnya. Dalam alam ini yang penuh dengan pelbagai watak, episod, musim dan rasa, maka tiada siapa yang berkuasa melainkan Allah. Manusia merancang dan mengatur. Ada kala rancangan itu berjaya, ada kala gagal, ada kala berubah arah dan pelbagai lagi.
Dunia ini bukan kita saja yang menghuninya; insan lain, alam sekeliling dan segala yang wujud. Semuanya mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Kadang-kala agenda itu bersaing dengan hasrat kita. Mungkin kita menang, atau kalah. Atau tiada siapa yang mendapatnya. Atau semua mendapat ruang dan peruntukan masing-masing. Itulah kehidupan. Sebab itu kita disuruh bertawakkal iaitu setelah berusaha semampunya hendaklah berserah pasrah dan menggantungkan segala doa dan harapan kepadaNya. Firman Allah (maksudnya):
“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari masalahnya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang dia tidak sangka. dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah itu baginya (untuk menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala urusanNya. Allah telahpun menentukan kadar bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Talaq: 2-3).
Kudrat Tuhan

Ya, sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah sebagai pengatur urusannya. Ketika menyerah pasrah dirinya kepada Allah, insan mungkin mempunyai pelbagai bayangan bagaimana kehendak atau hajatnya akan tercapai. Namun kuasa, kudrat dan kehendak Allah merentasi segala bayangan dan igauan insani.
Dalam menunai hasrat seseorang insan, Allah kadang-kala takdirkan pelbagai kejadian dan episod hidup agar insan belajar, mendapat ganjaran pahala, menemui pelbagai hikmat dan menjadi hamba yang lebih bersyukur dan akur dengan keagunganNya. Cara sesuatu hasrat itu muncul dan menjelma juga, tidak semestinya sama. Pelbagai warna dan rupa. Mungkin insan ingin sesuatu, Allah gantikan yang lain yang lebih baik daripadanya. Mungkin insan tidak tahu kejelekan di sebalik sesuatu yang indah pada matanya sehingga dia mengidamnya.
Apabila insan menyerah diri kepada Tuhan dengan jiwa yang luhur dan akur, Allah akan memberikan ganti yang lain, yang mungkin insan kurang suka, tapi itu lebih baik untuknya. Demikian Allah menegaskan (maksudnya):
“..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah: 216).
Hanya pada tanganNya kekuasaan mutlak terhadap perjalanan alam ini. Jika Dia mahu memberikan sesuatu, tiada siapa yang dapat menghalangNya. Jika Dia mahu menghalang sesuatu, tiada siapa yang memberikannya. Dia Maha Berkuasa menghadirkan hajat seseorang insan dalam pelbagai bentuk dan rupa, jalan yang disangka dan yang tidak diduga. Dia Maha Mengetahui apa yang terselit dalam benak insani ketika seseorang itu mengadu kepadaNya. Padahal kadang-kala insan itu sendiri alpa dan lupa hasratnya yang sebenar.
Allah mungkin menunaikan hasrat yang tersirat walaupun tidak dalam gambaran yang tersemat. Segalanya atas rahsia alam atau hikmat kehidupan yang Allah Maha Tahu. Apa yang penting Allah tidak mensia-siakan hamba yang bertawakal kepadaNya. Percaya, jika kita serahkan jiwa raga dengan penuh pasrah kepada Allah, harinya akan menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Kebahagiaan itu jika Allah berikan tiada siapa yang dapat merampasnya dalam dada kita, sekalipun tubuh diluka dan dipenjara. Sengsara jika Allah campakkan kepada kita, tiada harta yang dapat menghalangnya, tiada wanita yang dapat menceriakannya dan kuasa yang dapat menangkisnya. Percayalah, dan berjalanlah atas keimanan itu menelusuri diari kehidupan ini.

p/s : dipetik dari penulisan Dr Asri di sini. untuk bacaan orang yang runsing tentang masa depan. :)

Friday, October 21, 2011

kawanku bernama CINTA

awak-awak,
ya,awak la,
awak sebilik dengan saya?
dekat UPSI ni?
mari,dekat denganku.


orang kata,
orang timur tak nak rapat-rapat,
dengan orang negeri lain,
ah,saya terpedaya rupenya,
awak lain,awak lain.


awak yang bernama CINTA,
saya tak suka awak,
benci,benci,
ok tak,saya tipu,
awak sengal,
awak senget,
suka cari pasal,
suka gaduh dengan saya,
ape,mahu gaduh?
mari!


Tapi,
saya tetap nak,
bersahabat dengan awak,
awak tak pernah jemu dengar masalah saya,
walaupun,
ah,saya memang ada sahaja masalah,
awak degil nak tahu jugak cerita-cerita saya,
yang alahai,hampeh!


kalau masalah cinta,
beri,serahkan saja pada awak,
ada sahaja nak senangkan hati saya,
dah,nama awak pon,
CINTA.


awak,
saya sayang awak,
ops!
tak boleh bagi tahu kan?
nanti Allah tarik rasa tu,
taknak,taknak.


CINTA,
cintailah sahabatmu ini,
seadanya saya,
sayangilah saya kerana,
saya amat sayang persahabatan ini,
kite kawan ketat-ketat,
okay?




p/s : cinta : love : hanan

Thursday, October 20, 2011

cinta dengan hati


sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cintaku datang,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang.
sementara pena begitu tergesa-gesa menulisnya,
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta,
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya.
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.



rujukan :
(Anna Althafunissa, ketika cinta bertasbih)








                 

Sunday, October 16, 2011

aku mahu jadi wanita mahal

niat asal tiada lebih-lebih,
hanya mahu bersahabat,
kerna kami punya satu pegangan yang serupa,
"tidak akan terjebak dengan percintaan yang sia-sia"

namun,pantaskah lelaki dan wanita,
hanya sekadar berteman?
ah,sukarnya mahu sorok rasa ini,
luahan hati aku dan insan itu,
manisnya lebih dari madu.

hanyalah sekadar luahan hati,
juga kenali hati budi,
namun komunikasi antara kami,
sudah tiada batas,
aku dan insan itu,
masing-masing leka dan alpa,
ah,sudah,
kami sudah tersasar.

saban hari selepas 5 waktu,
seusai berdua-duaan dengan-Nya,
aku pasti berdoa,
pelihara hati aku dan insan itu,
agar kami tidak mendekati larangan-Nya.

cukuplah sekadar perbualan biasa-biasa,
komunikasi berlebihan dan ingat-mengingati,
bukankah ia bisa menjadi racun di hati?
aku harus hentikan komunikasi,
yang lebih-lebih ini,
aku tidak menginginkannya,
aku mahu berhenti,
serta merta!

kerna aku mahu bermula,
dari asas yang suci,
caranya kami tahu,
dan kami faham,
hanya waktunya,
belum tiba.

"ya Tuhan, aku bersyukur,
engkau telah perkenankan doa ku,
yang ku mohon dari mu,
setiap hari,
bantu aku ya Tuhan,
untuk hadapi keputusanku ini,
yang aku yakin,
engkau telah gerakkan hati aku,
hingga aku jadi setekad itu"


"tuhanku,jangan biarkan,
syaitan yang dilaknat itu,
kuasai hati kami,
kami perlu redhaMu,
agar dapat kami melayari,
percintaan yang halal,
sampai syurgaMu,
yang kekal abadi"

cinta yang suci,
dan mendapat redha Ilahi,
idaman orang yang beriman,
dengan hati yang cekal,
serta maruah yang dipelihara,
ia mampu dicapai,
kerna itu,
aku mahu jadi wanita mahal.

Wednesday, October 5, 2011

things needed in a relationship : do not put high expectation

Typical situations in a relationship.

Situasi 1
Baby : bucuk, bucuk sayang baby tak?

Bucuk : haruslah

Baby : jom la kite keluar cuti sem nanti. Dah 10.3 kali kite tak jadi keluar.

Bucuk : okie dokie

Baby : baby harap sangat kita bole jumpe (sambil update status kat facebook : “tak sabar nak jumpe bucuk aku. Nak jalan-jalan kat pasar malam tanjung malim” )

***

Bucuk : sorry. Tak bole jumpa

Baby : kite putus!


Situasi 2
Iz : ahmad joe cole, jom la kite kawen.dah 5 tahun kite bersame

Joe cole : ok.lagi 2 tahun ai masuk meminang yu. Pastu kite kawen, buat babies,bla3…….

Iz : ai harap sangat hubungan kite ni kekal ( dating 78 kali and dah bawak jumpe mak bapak sambil setia je pd ahmad joe cole dan hari-hari cakap pasal kawen)

***

Joe cole : ai rase kite patot putus. Ai dah tak sayang yu, ai ade orang lain. Ai nak kawen dgn izzah azhar.tak semena-mena

Iz : ai nak bunuh diri!



joe cole : mane izzah azhar ni. tak sabar nak kawen dgn die ni.hueh hueh


Can u see the word harap? Come on peeps, jangan terlalu berharap dengan pasangan korang. Sebab bile terlalu mengharap, pastu tak jadi seperti yang diharapkan mesti korang kecewa gila. bila kecewa korang akan jadi kejam. kejam dengan macam-macam cara. like, korang akan marah2, maki2 and mintak putus! oh, alangkah ruginye bercinta lame-lame bagai nak rak last2 break up.

bak kate kak fynn jamal :

 Kita marah2 sbb nk dia buat apa yg kita rasa fit dgn piawaian kita. Like, why dont u call me enough, why dont you love me enough, etc. Sbb we have certain expectation. Bila ia x menepati, itu yg buat kita frust. Kita jd kejam sbb kita frust.


Jadi,jangan terlalu mengharap pada pasangan anda. Bersederhanalah dalam memberi dan menerima cinta.much love~




ok,dah.bai!

Saturday, September 24, 2011

things needed in a relationship : commitment

salam.

APA ITU KOMITMEN?

Menurut kamus dewan edisi ke 4, definisi komitmen adalah :

1. sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya kpd sesuatu, iltizam.

2. perjanjian (persetujuan, kata putus, dsb) utk melakukan sesuatu yg menjadikan sesuatu pihak itu terikat utk melaksanakannya

Sudah terang lagi bersuluhkan maksudnye? Komitmen adalah salah satu ciri-ciri penting dalam sesuatu relationship. Memberi komitmen dalam hubungan bukanlah bermaksud korang kene tumpu dekat pasangan korang sahaja semate-mate. Okay, aku bagi contoh di mana komitmen tidak dapat korang berikan. Korang suka kat seseorang ni. Korang nak dia untuk melengkapi hidup korang. Tapi dalam masa yang sama korang addict gile dengan dota, study doplohpat jam, sibuk memanjang dengan aktiviti universiti dan workaholic. Tapi korang nak jugak bercinta/kahwin. Penting diri. Gune a.k.a spend masa dengan pasangan korang bile korang rase perlu je. What the funny! Abes tu, komitmen?




Jadi,kalau rasa masih belom boleh bagi komitmen kat anak dara atau anak teruna orang, tak payah mengade la nak ber relationship. Buat dua hati yang sepatutnya bahagia, kecewa je. kan? Pas kecewe korang jadik kejam dengan pasangan masing-masing. Dah jadi kejam korang nak putus-putus. Pastu meroyan. pastu in the end bunuh diri. Carik baru pulak lepas tu. Ulang benda yang sama. Sampai bila? sehingga akhir hayat?cewah.ayat novel tu.hueh hueh. Tak payah. Pegi tuntut ilmu serap komitmen dulu. Kalau dah ter ade relationship tu or dah ter kahwin, tapi komitmen takde lagi.pegi pasang komitmen cepat!

Seriously komitmen sangat penting dalam sesuatu hubungan. Kebanyakan sesuatu hubungan tu rosak sebab komitmen ni la. Pasangan selalu bergaduh besar bila isu komitmen ni diungkitkan dalam relationship atau dalam sebuah perkahwinan. Faktor utama jatuh bangun sesuatu hubungan adalah komitmen. semakin banyak komitmen korang bagi kat pasangan korang, semakin banyaklah bunga-bunga cinta yang korang dapat. awwww~ 

Jap,kenape ntah aku buat entry pasal love euwh-euwhayat mr k ni.bajet nak jadik penasihat cinta lah kununnye?buat preparation untuk diri sendiri sebenarnye.ehem.much love~ ala-ala najwa latif



ok,dah.bai!


Tuesday, September 20, 2011

ayat yang sangat-sangat memBINA

"Practice makes perfect but nobody is perfect. So don't practice." - Zizan

ok,bai zizan.bai~

Friday, September 16, 2011

tolong kawan dengan makan

salam 16 september.


12.30 malam kawan aku mesej cakap die ada makanan banyak





ok,perasaan paling tak syok bile kawan korang ade makanan banyak yang tak bole nak simpan-simpan adalah tak tolong makankan.jadi aku adalah sahabat yang paling baik sebab aku dengan baik hatinye tolong makankan.hueh hueh.

 indahnya dunia ku~

ok,dah.bai



Tuesday, September 13, 2011

cute stuff received when there are engagement and wedding ceremonies

salam w.b.t

semenjak dah besar-besar besar tu means dewase.bukan gemok evendho memang gemok pon, aku dapat banyak bende cute daripada engagement and wedding orang.ianya memberikan aku idea time aku nanti! sampai aku sanggup nak pegi rantau panjang tempat bebas cukai untuk carik. berangan.calon pon xde.cett!

here are some cute stuff.tapi sket je.yang barang cute lain ntah ke mane ntah.


kain baldu ok.tempat letak gule2.serious cute.ni la yang aku sanggup nak pegi sempadan thai ni


ni untuk letak kek ke hape.sangat english plus cute.idea2.

dah,tu je.

IA : goin to my first class sem baru.semangat nih.bajet budak rajin padahal pemalas

Thursday, September 8, 2011

cuti sudah habes bro

"amacam cuti panjang?best??"
"cuti sudah habes bro"

oh,ayat dlm kl gangster ni mmg buat aku hangen je.
cuti nak habes la pulak.grrr.
ok geng,cuci otak korang yg da berkarat tu ye.
aku nak menulis pon menggigil haa sekarang.

goodbye rumahku syurgaku,hello UPSI! 

IA : where did i put my matrix card last 4 months eh? =_="

Wednesday, August 24, 2011

ayat yang superb


“Yang penting bukan siapa isterimu/suamimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

-tak hingat aku amek kat mane.uhuk2.maaf-

Friday, August 19, 2011

mereka perlukan bantuan kita

assalamualaikum saudara-saudara islamku sekelian.

korang berbuka apa hari ni?seronoknya dapat makan.nikmat kan?tapi,lagi seronok kalau sambil makan tu korang tengok-tengok orang sekeliling.dorang makan ke tak ek?terutamanya orang kat somalia yang majoriti islam tu.already know about them don't you?their children die every 6 minutes! MasyaAllah.tengok video bawah ni.


macam mane kalau jadik kat korang??

Allah telah berfirman :
"Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kalian kepada Allah, sesungguhnya Allah amat keras siksa-Nya." (Al-Maa`idah:2)
 Lagi-lagi bulan Ramadhan ni,kalau korang derma harta korang tu,insyaAllah.ganjaran korang dapat besar sangat.bekalan kita nanti insyaAllah. Dan merujuk hadis sahih ini :

“Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan semisalnya sampai 700 kali lipat. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (HR. Muslim no.1151)

Kita hidup kat Malaysia ni insyaAllah cukup makan. Jadi, mendermalah sahabatku semua. Jom,tolong dorang kat somalia tu.cube tengok sini cerita tentang mereka.

cara nak tolong dorang? klik sini meh :)

ingatlah semua,


Allah selalu menolong orang selama orang itu selalu menolong saudaranya (semuslim). (HR. Ahmad) 

mari beramal kerana Allah!

ok,dah.


Thursday, August 18, 2011

giveaway by retrojingga!


assalamualaikum peeps.
my friend who also my cik aisyah ku sayang was tagged me to enter this segment.
so,i joined it!

click on the banner to check the cool segment out



that's it
done.


girls, i tag u ols too can hah?

Sunday, August 7, 2011

save the date : 7 Ogos

Salam Ramadhan.

Pada 7 Ogos 1990,exactly 21 tahun yang lalu, lahirlah seorang kanak-kanak perempuan yang comel.comel = gemok.lihat tarikh entry ini, 7 Ogos kan?ok.fine.hari ni birthday aku.tak yah nak bermadah sangat la kan.hueh hueh.

Yea,bestnye besedei~ Best sebab mak rase macam artis,nyah. Orang wish2 dekat facebook la. Which is aku rase 99% wish sebab facebook ingat kan. mate ke atas tangan ke dada. Tapi suke jgk! Ade wish dekat fon la. Yang paling mantap, dekat blog! Oh Em Ji. Damnly appreciated those kind of wishes peeps. Thanks!

Paling penting, dah tue bangke pon nak celebrate dengan bestie. Tak sedar diri. Ah,lantak. Tak kire. hueh hueh. Me and my besties went to a Pizza Hut Restaurant at Kota Damansara for berbuka puasa. Fine. Pegi situ sebab member yang nak blanje, keje part time kat situ. Haruslah pergi. Kami adalah gigirl yang suka gosip. Masalahnye bulan puase pon nak gosip. Memang kurang la pahale puase. Huu. Insap. Tak buat lagi dah.....bulan puase ni.kot.hik3.. 

Thanks ziqah for the indulgence cake, the tudung yang di alter2 dengan brooch love and mestilah sangat cumil! and of course the card made by urself yang sangat oh em ji. kutuk aku,puji kau kan? ergh! takpe. Ko tunggu 4 Disember nanti! Heh! tapi,ape2 hal,lebiu!

Thanks to ana cumil dan-dan cumil.haha sebab belanje kami sume pizza on my birthday! Dengan gaji petame kat pizza hut pulak tu. Da la ko keje time kami melantak. Siannye. Gosip sket je dengan ko. Aku pulak blanje ko Halloween nanti eh? Belanje makan labu and gule-gule.hee.sape soh lahir time Halloween. Love yu! 

Thanks to anis yang keje letih2 pastu celebrate birthday aku. Dan thanks jugak sebab menyebabkan aku ngan ziqah tak benti2 gelak macam nak mamp*s mase balik umah sebab lagu tamil miaw2 tu.sumpah.sampai minggu depan tak abes gelak. Rugi sebab ko tak buat lawak tu time ana ade. sure die gelak gile2. die kan suke gelak. macam ziqah. ziqah lagi la. gelak macam esok takleh gelak dah. aku je baek malah sopan. hihihi.

Terima kasih daun keladi untuk Aisyah the cute sebab made a birthday entry for me. Oh,i love yu lah! Peluk*
Suke sangat! ^_^

Last but not least, to my enemy a.k.a hanan the mengade, the entry u've made. it's really gedik,benci,menyampah.sume ni lawannye Sumpah banyak gile gambar! Rindu gile kat yu yank! Thank yu so much! Balik UPSI ai blanje yu kfc eh?kelantan fried chicken bawah blok kalau ade karnival.haha. And gambar ic ai tu paling ai SUKE GILE! siap yu. 25 disember memang yu jage2 je la. Heh! Tengok la ai buat ic baru ai mekap lawa2. Ic dajah nam yang dengan mr x pon aku nak sorok die g tayang. Siap yu!!! hahaha. Tapi,ai love yu jugak.macam mane ni?jom la couple.

oh,ade sorang ni buat 1 lukisan ni untuk aku.die ni anak bekas pengetue SMK darul ehsan,selayang ok.it's really,cool~

taraaa~



cumil kan? oh,aku la bakal cikgu paling gumbira di abad ini. fine. A+ tu die buat sendiri. kalau aku,aku nak bg C++ je.eh,tu bukan name programming ke?ah,lantak.yang penting cantek. thanks anak bekas pengetue yang jugak faktor utame aku jadik pembunuh kure2 time form 2 dlu.huu.


What a wonderful life and wonderful ramadhan.i love my life.


ok.bai.


IA : mr x pon wish birthday aku jugak.and it's really3 made my day.ingat die tanak wish.ok,nak nanges.bai btol2 bai.tsk3

Friday, August 5, 2011

Aku diganggu seekor makhluk menakotkan

3 pagi.suasana sangat sepi.hanya kedengaran bunyik ekon yg sayup2.juga kenderaan di luar rumah yg kadang2 bebunyik kadang tak.henfon nokia e5 putih berkaver pink ku berbunyik pelik ketika aku sedang lena dibuai mimpi.da la mimpi bersama mr x.kacau daun betol.

bunyi pelik henfonku membuatku terjage.aku lantas mencapai henfonku dan menekan button silent.bising sungguh ringtone nokia.pelik jugak aku knape tak bunyik lagu like a g6 aku?stylo kot lagu tu.aku yg sedang terpisat2 melihat screen henfon ku. 0179836491? si pemanggil membuat panggilan video kepadaku.segere aku mengerut dahi."gile ke hape video kol aku pepagi mcm ni?"aku bermonolog dalaman.

aku hanya membiarkan sahaja panggilan itu.beberapa saat kemudian,si pemanggil misteri itu menghubungi ku semula.kali ini dengan panggilan biase tanpa video.aku yang sedang mamai menjawab panggilan itu.tapi si pemanggil telah mematikan panggilan itu sebelum ku.kurang hasam.penat aku menekan button hijau.

tanpa melengahkan masa lagi,aku memejamkan mate ku yang comel ini.ehem.tibe2 henfon ku berbunyik menandakan ada pesanan ringkas yang aku terima.bermula lah conversation ku besama makhluk Allah ini

die : angkat la kol saya
aku : haa??ni sape?
die : awak kenal sy.angkatla eh?
aku : eee,xnak!

die kol lagi,lagi dan lagi.video kol lagi,lagi dan lagi

aku : ape ni?xyah la video2 kol org.xhormat ke?
die : sy jumpe no awk dlm fon sy.sy simpan sebagai i
aku : dah tu?
die : sy nk kenal awk.nak ade kwn perempuan.teman mesej pon xpela.
aku : xyah la nk kol2 org.kacau la.
die : ok2.name sy aiman.umo 22.duduk kuantan.keje jual insurans
aku : oh.ok..dah.sy nak tido.esok kan puase
die : ok awk.even sy xkenal awk.salam syg utk awk.nyte awk yg cute.

 "waterpark!" aku bermonolog sambil mengerut kan dahi ku lagi.kalau mr x cakap cmtu,sumpah aku tersenyum girang.ni ntah sape2 ntah.gile!

aku : ee,sy xsuke la bnd2 tu.awk ni kenapa?eeee,dah la.malas la layan.
die : sampai hati awk.sy tawu la sy ni sape.satu hari nanti awak akan rindu sy.salam.
aku : ........

lantas aku duduk  baring temenung.terdiam.terpaku.terkentot dan bermacam2 ter lagi."gile la die ni.apehal aku nak rindu2 die pulak.tebiat agaknye"aku bermonolog luaran pulak mcm telenovela spanish.dorg kan suke cakap sorg2.


hari aku dihujani panggilan video si makhluk menakutkan itu sehingga la malam.aku kat masjid pon die video kol.aku da la lupe silent henfon.duhh.tak habes2 dgn video kol.bengong! malam seterusnya lagi ektif si makhluk gile itu mengganggu.ade perkara lagi menakutkan.tapi,next entry la ye?penat.hehe

ok.bai!

Tuesday, August 2, 2011

forgive people

We love our self even after doing many mistakes,
Then how can we hate others for their one mistake?

Come people, let's forgive others,
With the real forgiveness.

Forgive and forget,
Are the best combination.

To live happily here and There.
InshaAllah.

Qiam ramadhan :)

Monday, August 1, 2011

salam ramadhan

PENGUMUMAN PUASA

hueh hueh.

ok,serious2.
Selamat Berpuasa semua. 
Semoga amalan diterima Allah. 
Gunakanlah ramadhan ini sebaik-baiknye. 
And now,time to change everything.
Be a better person. 
Now and forever.
Be strong to His test.
Be thankful to Allah.
Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.


IA : Jom baca Al Quran jom.