Wednesday, March 28, 2012

wordless wednesday #10



korang ada ternampak izzah kesayangan aku tu tak?





tehehe.takpe2.lupe pulak dia study.rindu dia la


-sekadar gambar hiasan-



p/s : selalu ternampak lelaki misteri yang bertopi dalam mimpi.seriously.who is he?sibuk je -_-??


Tuesday, March 27, 2012

Amaran kepada diri sendiri

ingat ni wahai diri yang sangat tidak bijak.

1. Dia bukan kau punya lagi.

2. Dia dah tak sayang kau.

3. Dia bukan lelaki setia. Kalau tak,dia takkan SAYANG ORANG LAIN masa dengan kau dulu.

4. Kau dengan dia dah habes.dah tamat! Finish! Over!

5. Dia tak ingat kau pun. Buat apa sedih-sedih ingat dia?

6. Kau jangan gatal-gatal stalk die. JANGAN! Pergi block dia sekarang.

7. Ingat janji kau nak kawan dengan dia. Ikhlas bila kawan tu. FRIENDZONE!

8. Doakan kesejahteraan dan kejayaan dia. Bukan doa, LEMBUTKAN HATI dia! Please.

9. Kau kena ingat tentang jodoh yang Allah dah janji kan untuk kau. Dia bukan jodoh kau. Faham tak ni?

10. Dah. Pergi buat benda lain. Asek nak ingat orang yang tak ingat kau.Buat apa? Setupid!


p/s : Semoga Allah kuatkan hati ini. Encik 'jodoh', please come over and heal my heart with your true love. I'm waiting for you while i'm fixing myself to become a real Muslimah. Promish :')

Sunday, March 25, 2012

Hingga Nafasku Yang Terakhir (10)

Lama mereka berbalas mesej di laman sosial sehinggalah mereka saling bertukar nombor telefon. Ketika itu mereka telah menjadi sangat akrab. Suatu hari, Zharif telah menyatakan hasrat hatinya kepada Citra. Dia mengakui telah lama meminati Citra.

“Saya harap awak sudi terima saya sebagai teman lelaki awak” ujar Zharif. Pada mulanya, Citra memberi respon yang negatif. Namun setelah beberapa kali Zharif menyatakan perasaannya, barulah Citra menerima Zharif sebagai teman lelakinya. Zharif terlalu gembira kerana telah lama dia menyimpan perasaan terhadap Citra.

Semenjak dari hari itu, mereka saling bertemu memandangkan rumah mereka tidak terlalu jauh. Walaupun pada waktu itu masing-masing telah meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, namun Zharif yang sudah mempunyai kereta yang dihadiahi bapanya sering menjemput Citra untuk keluar bersama. 

Setelah keputusan SPM keluar, mereka berdua di tawarkan untuk penyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Citra diterima masuk ke program asasi dalam jurusan Biologi manakala Zharif menyambung A-level iaitu persediaan untuk ke luar negara. Zharif telah memilih Perancis sebagai pilihan untuk menyambung pengajiannya dalam peringkat Ijazah. Zharif memang seorang yang sangat bijak. Dia mendapat gred A dalam semua mata pelajaran pada peringkat SPM. Dia bercita-cita mahu menjadi jurutera petroleum.

3 tahun kemudian

Citra terkedu. Dia duduk sambil beristighfar menahan sebak di dada. Citra seakan-akan tidak percaya begini kesudahan kisahnya bersama Zharif. Lelaki pertama yang hadir dalam hidupnya. Lelaki yang selalu berada di samping nya ketika dia sedih. Ketika dia punya konflik bersama keluarga dan rakan. Citra terdiam lama apabila Zharif menyatakan hasratnya itu. Air mata yang cuba ditahan terus keluar tanpa dipaksa.

Citra menjadi seorang yang sangat pendiam selepas itu. Jika sebelum ini Citra seorang yang ceria, dia berubah seratus peratus selepas itu. Setiap malam air mata menjadi peneman Citra. Dia terlalu sedih pabila mengenangkan berakhir sudah perhubungannya dengan Zharif. Kadangkala Citra merasakan apa yang berlaku bagaikan mimpi. Citra kelu. Setiap hari Citra berdoa agar Tuhan menguatkan semangat yang hilang selepas kejadian pahit itu.

Kakak Citra, Irene yang sedar akan perubahan drastik Citra pada suatu hari cuba mencungkil cerita Citra kerana Citra seakan-akan berahsia dengannya. Irene merupakan kakak kepada Citra. Mereka memang rapat semenjak kecil kerana mereka sahaja anak perempuan keluarga Encik Kamarul dan Puan Safiah.

“ You ni kenapa dik? I tengok murung je. Sebulan jugak lah I tengok You macam ni. You ada masalah ke?” soal Serena lembut. Citra hanya terdiam. Citra pura-pura leka bermain telefon bimbitnya.

“You mengandung ke?” soal Irene kemudian penuh tiba-tiba.

“Gila apa Citra nak mengandung. Anak sapa pulak? Citra ada maruah lagi lah kakak. Sampai hati kakak” balas Citra. Terkejut Citra mendengar soalan Irene.

“I main-main je lah Citra. Sensitifnya dia” tawa Irene. Dia sebenarnya mahu mengumpan adiknya itu agar menceritakan masalah yang sedang dihadapinya.

“You memang. Tak percaya kat adik You yang comel ni ke?” soal Citra membuat muka sedih. Kemudian mereka sama-sama ketawa.

“You memang comel. Comel lah sikit dari hantu” ujar Irene sambil ketawa.

“Kakak!” jerit Citra lantas membaling bantal. Irene mengambil bantal itu dan membalingnya semula kepada Citra.

“Perangai macam budak-budak lah adik ni”. Irene tertawa. Citra memandang Irene dengan pandangan meluat.

“Nak muntah I. You yang macam budak-budak. Cakap orang. Ingat sikit You tu dah 23 tahun. Masih nak baling-baling bantal dengan I” ujar Citra.


-bersambung-

p/s : part bercinta masa remaja tu taknak sentuh sangat. cause it is not a good example to the teenagers to have an unblessed relationship in Islam .peace :D

Friday, March 23, 2012

Tolong Berhenti

Kau panggil ku sayang,
Pelbagai kejutan indah aku terima,
Kita ketawa gembira,
Kau dan aku berbaik semula.

Aku pandang kebahagiaan itu,
Semakin lama semakin jauh,
Jangan pergi,
Aku mahu lebih lama lagi!

Terkebil-kebil mataku,
Ia hanya fantasi?
Ah, menyelinap lagi dalam lenaku.
Dasar permainan tidur!

Aku tidak terlalu memikirkan kamu,
Sungguh,
Hanya kadangkala,
Itu pun kerana mendoakan kesejahteraan mu.

Aku sudah lama sedar,
Kita tidak diciptakan untuk saling melengkapi,
Aku sudah terima hakikat itu,
Tapi kenapa kau mesti datang?

Bukan salah kau,
Ya aku tahu,
Mimpi yang memainkan perasaanku,
Tolong lah pergi!




Monday, March 19, 2012

Perihal lawak kampus

Assalamualaikum.

Aku pegi popular ikano power centre hari ni dengan keluarga reramai perabihkan voucher aku and voucher bapak aku yang merupakan seorang 'pelajar tua' bak kata mak aku.

Diorang ramai-ramai carik buku berfaedah seperti buku psikologi, buku SPM, buku cerita English dan buku resepi "1 hari 1 resepi".promote

Manakala salah seorang anak perempuan Encik Azhar dan Puan Aisyah yang comel,sopan santun dan lemah lembut pergi ke bahagian di mana ada kanak-kanak sedang duduk di lantai membaca komik. ehem-ehem

Dalam mencari-cari komik yang aku ingini tu,tibe-tibe ada 2 orang jejaka memakai short pant siap kaki ade bulu kerinting-kerinting datang kat area tu jugak.

Jejaka 1 : Aku nak cari komik jap

Jejaka 2 : Excuse me.

Aku : *lantas memberi laluan.sikit lagi nak tepijak kaki budak duduk kat lantai baca komik.

Jejaka 1 : Ni ha. *sambil pegang buku Conan.

Aku : *Pandang sambil ngumpat dalam hati. Dah tua-tua baca komik. Puii. Lantas pandang buku lawak kampus kat tangan. tak sedar diri rupanya aku.hueh hueh

Jejaka 2 : Lawak kampus la wei.

Aku : *diam sambil pegang buku lawak kampus jilid 3 yang aku dah ada. carik-carik jilid lain.

Jejaka 1 : Lawak Kampus tak best.

Aku : *panas hati. sambil jalan kat rak lain carik lawak kampus jilid yang aku takde lagi.

Jejaka 2 : Oi, lawak kampus la oi.

Aku : *sibuk lah diorang ni ikut aku.kata aku dalam hati sambil gembira sebab jumpa lawak kampus yang aku tak penah baca lagi.

Jejaka 1 ; Tak best lah lawak kampus.*cakap kuat lagi sambil ada kat sebelah aku pegang-pegang lawak kampus.

Aku : *mendidih gua orang kutuk komik feberet gua. gaya-gaya kak long kawasan. Aku jeling dorang.

Jejaka 1 & 2 : *tengok-tengok lawak kampus.

Aku : Bestlah. *kata aku sambil pandang dorang lantas buat muka annoying.

Jejaka 1 : Yeke best? Kalau camtu amek lah ni. *sambil bagi lawak kampus jilid 11 kat aku.

Aku : Dah baca dah.*buat muka berlagak.

Jejaka 1 : Wah peminat setia ni *sambil tersengih macam kerang busuk. 

Aku : *senyum lalu angkat kening lantas pergi carik parents aku sebab nak suh dorang belanje lawak kampus 4 keping aku kaut.





p/s : marah oi kalau aku tengah carik2 buku, orang kutuk buku aku nak beli. Dah lah kutuk lawak kampus. Lawak kampus oi. Feberet aku tu. Hueh hueh

Tuesday, March 13, 2012

Joyeux Anniversaire

Assalamualaikum.

Bonjour. Hari ni 13 Mac. So..



Joyeux anniversaire mon ami. 
May Allah grant you a lot of happiness and prosperity.




Wall-E virtual birthday cake for you.sorry, there's no eva :D




And I wish this..


happy,yet noob kid,


and this


bajet cute baby,


also this


Undeniable gedik person,


Have a successful life here and The Day Hereafter. InshaAllah.

Jazakallah Khair.

A Bientot.

^_^

p/s : he thought i forgot his birthday.pffffttt.impossible.it stucks, up here forever -_-"

Monday, March 12, 2012

Hidup Memang Begitu

Ada masa kita bahagia,
Kadangkala kita berduka,
Tak semua orang suka kita,
Sebab tak semua orang kita suka.

Dunia ni hanya sementara,
Nak tengok survivor antara semua,
Orang pandang rendah pada kita?
Ah, persetan kan sahaja!

Sunyi dan sepi selalu bertamu,
Tapi takkan selamanya begitu,
Kalau kita tahu,
Cara bercinta dengan Dia yang satu.

Perjalanan hidup penuh liku,
Kejap macam ni kejap macam tu,
Nak buat macam mana you,
Hidup memang begitu.


p/s : A 'street poem' for my friend(s).take a good care of yourself.you are not alone :)


Saturday, March 10, 2012

Kalau dah boyfriend orang tu, buat cara boyfriend orang.

 Assalamualaikum.

What's up boyfriend orang? Girlfriend macam mana? Sihat? Alhamdulillah.

Kau tahu tak apa makna boyfriend to somebody? It means you wanna hold her hand for your own. You have decided you wanna take her as your steady girlfriend. Kau HANYA akan buat banyak perkara berdua je dengan dia. Dengan DIA sahaja. Note that!



Jadi, janganlah nak mengada manja-manja, gurau-gurau terlebih atau keluar-keluar dengan kawan perempuan kau kalau girlfriend kau tu typical woman yang senang cemburu and akan naik hantu kalau tahu kau dengan perempuan lain.excluded me.aku memang seorang yang tak cemburu langsung.

Sebab tu aku okay je bile boyfriend aku (now ex boyfriend already) pergi amsterdam berdua je dengan kawan perempuan dia. Perempuan tu siap masak-masak lagi untuk boyfriend aku. Boyfriend aku pernah cakap dia nak keluar dengan kawan perempuan sekolah lama. Aku siap suruh dia jaga diri lagi. Belum kira bila dia cerita dia selalu kene ejek-ejek dengan perempuan comel kat universiti dia. Tapi aku tetap cool.

Mesti nak cakap dalam hati tuhan je yang tahu kan? Tak. Aku chill je. Dan aku sendiri tak tahu kenapa aku bukan seorang yang senang cemburu. Sebab aku percaya dia 100%. Daripada gaya aku mesti aku senang di madukan nanti. Aku pun rasa macam tu. Tapi kalau itu takdir, kenapa nak tolak? Bajet baik. Puiii

Ahhh, mesti ingat aku tak sayang boyfriend aku. Kalaulah korang tahu macam mana zombie nya aku bila break up dulu. Hewhew




Okay. Back to the story. Apa? Kau cakap kau kawan je dengan perempuan lain tu? Yes, kau memang jujur. Tapi girlfriend kau tak tahu. Dia akan ingat kau ada affair dengan perempuan lain tu. Faham tak? Kesian lah kat kawan perempuan tu kalau kene serang dengan girlfriend kau yang macam singa tak makan seminggu.

Kau tu dah ada girlfriend. Kene ingat. Jangan jadik sweet talker kat perempuan lain. Terutama pada kawan perempuan yang baru break up. Kau tak tahu perempuan yang baru break ni senang tergoda dengan ayat-ayat manis kau. Tak terasa,tak terasa. 

Walaupun kau hanya bergurau, tapi kau akan drag kawan perempuan baru break tu ke alam "seronoknya diberi perhatian lepas break up" bergurau sekali dengan kau. Kawan perempuan kau tu tak terikat dengan sape-sape tapi bukan kau, boyfriend orang!

Jadi, kalau dah tahu kau tu boyfriend orang, buat cara boyfriend orang. Kalau kau buat gaya macam lelaki single, banyak pihak akan terasa. Terutama girlfriend kau and kawan perempuan yang senang dibawa masuk ke alam "seronoknya dapat perhatian lepas break up". Dah, jangan nak menggedik. Pergi jaga hati girlfriend kau sana!

hargai orang yang tersayang


p/s :  Please, jangan ber"sayang-sayang' dengan aku kalau kau tu boyfriend orang. Kesian aku kene serang. Aku dah lah forever alone. Tsk tsk tsk

Wednesday, March 7, 2012

wordless wednesday #9





"Men talk of killing time, while time quietly kills them." -Dion Boucicault

Saturday, March 3, 2012

surat bakal cikgu sains kepada pelajar sekolah

Kehadapan pelajar sekolah yang comel malah genius.

Apa khabar kamu semua?harap-harap semua sihat hendaknya.yang tak sihat tu pergi jumpa doktor syeikh muzaffar yang merupakan pelajar sains ye.eh,silap.cepat-cepat jumpe doktor kat hospital ye.risau saya.taknak lah tengok awak semua lemah tak bermaya.ape?saya tengah bodek awak?eh mane ade.mana ade.

Pelajaran awak semua macam mane?okay tak?subjek kegemaran mesti sains kan?saya dah tau dah.sains memang subjek yang paling menyeronokkan untuk diterokai.terutama subjek biologi.bab pembiakan tu seronok tau.tak caya korang blaja dulu.hihihi.

Korang tau tak fenomena sekarang ni dah semakin meruncing.kakak-kakak dan abang-abang korang dorang taknak pilih aliran sains dah.mencik tau.dorang blaja sastera dan akaun je.kelas-kelas sains tak sebanyak kelas-kelas lain.macam mana cikgu sains nak cari makan nih?

Tapi,tahu kah korang,nak buat sekolah,jalan raya,jambatan and shopping mall tempat korang dating tu perlu kan orang-orang sains.ape?kontraktor dan pekerja buruh yang bina?eh,korang tak tau ke dorang sume amek sains kecik-kecik dulu.tu la korang tak tau.

Korang tau tak disebalik pembinaan bangunan2 tempat korang tengok wayang tu berdirinya seorang jurutera yang kacak,berumur 28,anak tan sri,muka macam korea?haaaa.tak tau kan?korang rasa doktor, jurutera dan ahli kaji bumi yang tough macam aaron aziz tu,kat sekolah dorang blaja aliran ape kalau bukan sains?ehem2 *sambil angkat2 due2 kening

Ye.memang tak dinafikan.aliran sains ni susah sket dari aliran selain sains.tapi,apa-apa aliran pun,kalau kite tak blaja rajin-rajin,jadi susah jugak.tak gitu?cuba tanya ayah korang yang arkitek dan akauntan tu dorang blaja macam mana.susah jugak.kat mana-mana aliran pun susah.sains ada pilihan tau.korang boleh pilih nak cenderung ke arah mana.sama ada fizik,kimia ataupun biologi.haaa.best kan?

Ape?korang lagi suka nak jadi akauntan dengan arkitek?eh.silalah blaja.takde siapa pun halang.tapi kan,kalau korang ramai-ramai kat situ,sape nak jadi jurutera?sape nak jadi doktor?nanti mak korang sakit,sape nak rawat mak kesayangan korang tu kalau bukan korang.sob3.

Jadi,kepada pelajar yang sedang memilih untuk masuk aliran mana,saya cadangkan awak amek aliran sains.saya taknak menganggur atau ajar subjek di luar bidang saya.saya boleh ajar awak nanti.tak,saya tak bawak rotan hari pertama nanti.percayalah.ihik :D

Yang ikhlas mahu mendidik,
Bakal cikgu sains




 p/s : Majunya sektor pembangunan sesebuah negara adalah apabila rakyatnya menguasai bidang sains ^_^

Thursday, March 1, 2012

Hingga Nafasku Yang Terakhir (9)

Semenjak dari hari itu, bermula lah persahabatan Zharif dan Citra. Citra tidak suka kepada Zharif kerana Zharif terlalu ramai kawan perempuan. Di sekolah sahaja beberapa orang perempuan sudah menjadi kekasih Zharif. Zharif bukan lah seorang yang Playboy, tetapi dia kerap kali bertukar kekasih. Namun begitu, pelajaran tidak pernah Zharif abaikan.

Malah dia merupakan pelajar cemerlang di sekolah sama ada dari segi akademi mahupun ko kurikulum. Tidak hairanlah jika ramai pelajar perempuan yang meminati Zharif. Cuma bukan Citra. Dia tidak suka kepada Zharif yang selalu memandangnya tajam. Ada sahaja yang ingin mereka kenakan antara satu sama lain jika mereka bertembung.

“Awak, nak nombor hand phone boleh?”soal Zharif kepada Citra suatu hari.

“Saya orang miskin, takde hand phone. Maaflah ye” Citra malas mahu melayan Zharif.

“Kesiannya awak.  Takpe, nanti saya beritahu kepada badan kebajikan sekolah tentang hal awak ye. Pelajar miskin dapat duit dari sekolah tau.” Zharif membuat muka pura-pura kesian kepada Citra. Dia tahu Citra berbohong.

“Mengada betul lah awak ni. Saya boleh bagi no handphone saya. Tapi ada syarat” Citra tersenyum sinis memandang Zharif. Berkerut dahi Zharif mendengarnya.

“Apa syarat awak?”soal Zharif ingin tahu.

“Belikan saya choki-choki satu paket” ujar Citra sambil mengangkat-angkat kedua-dua keningnya.

“Satu paket je? Eleh, setakat tu. 10 paket saya belikan.” Zharif tergelak. Citra hanya memandang geram kepada Zharif.

Keesokan harinya, Zharif memberi beberapa paket Choki-choki kepada Citra. Citra yang ketika itu sedang bertugas di kantin sekolah pada waktu rehat terkedu. Dia tidak menyangka Zharif membelikan nya coklat itu demi mendapatkan nombor hand phone Citra.

“Awak belikan jugak? Baiknya hati awak.” Ujar Citra mengambil coklat itu dari tangan Zharif dan berlalu pergi.

“Aik,ambil choki-choki je? Buat muka tak bersalah pulak tu. Nombor hand phone awak?” soal Zharif. Geram dia dengan Citra.

“Saya takde hand phone kan saya cakap. Padan muka awak. By the way, thanks for these choki-choki. Kenyang lah saya” Citra tertawa besar dan berlalu pergi tanpa perasaan bersalah.

Zharif hanya ketawa. Dia memandang Citra dengan rasa geram kerana tertipu. Dia tidak akan mengalah selagi tidak mendapatkan nombor hand phone Citra. Keadaan begitu berterusan sehingga mereka berdua tamat sekolah. Citra tetap tidak mahu memberi nombor telefon nya. Kawan-kawan yang tahu nombor Citra juga telah bersepakat dengan Citra tidak mahu memberi nombor Citra kepada Zharif atas permintaan Citra.

Selepas tamat sekolah, mereka bercuti lama sebelum meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya. Dalam tempoh itulah Zharif mencari Citra. Dia tidak menyangka Citra telah berpindah rumah. Zharif tidak tahu kenapa dia mencari Citra. Sedangkan ketika itu dia sudah ada teman wanita. Cuma, Zharif merasakan teman wanitanya tidak sesuai dengan dirinya. Hinggalah pada suatu hari Zharif terjumpa Citra di laman sosial yang popular ketika itu. Zharif yang pada waktu itu telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya cuba mendekati Citra.

Citra mengambil keputusan untuk berkawan dengan Zharif memandang mereka sudah tamat sekolah. Citra merasakan waktunya sudah sesuai untuk berkawan dengan lelaki. Dahulu dia memegang prinsip tidak mahu berkawan baik dengan lelaki kerana mahu menumpukan pelajaran terlebih dahulu memandangkan Citra bukanlah seorang yang terlalu cepat menangkap apa yang dipelajarinya.

-bersambung-


p/s : cinta ibarat makan sambal belacan.walaupun mata berair,tetap nak jugak :D