Monday, December 31, 2012

Preparation For The Engagement Day

Assalamualaikum.

Al-kisah. Pada 22 Disember lepas mr aussie and his parents datang lah ke rumah. Merisik kot istilahnya. And I was the shy2. Hihik. K. Gedik.

Yang sedihnya, dah lah tak boleh dengar perbincangan dorang, pastu roti jala yang aku gulung, mr aussie kutuk. Tak reti bersyukur betul. (ngumpat bakal suami sendiri)

Yang gembiranya, results kepada perbincangan, kami bakal di bertunangkan pada 27 Januari 2013 ni. Diulangi. 27 Januari 2013. Oh em jay. Tak sampai sebulan lagi. Mak siap belikan kain untuk tempah eventhough aku cakap aku nak pakai baju raya yang lepas je. Time kasih mak. I lebiuuuuu. Hihi.

Majlis bertunang aku ni gaya macam meriah je. Macam ramai sedara, member baik dan jiran je. Daripada aku taknak bertunang tapi diarahkan bertunang jugak, jadi meriah pulak. Harap-harap tak membazir lah. And maaf sebab tak dapat nak ajak semua orang untuk engagement day. Wedding inshaAllah aku ajak sume pegi.

Lepas habes final 2 Januari ni, i will be very the busy prepare untuk wedding tak berapa lama kemudian selepas bertunang. InshaAllah. Nasib baik ada dua tiga orang pembantu. Sape nak bantu lagi sangat dialu2kan :)

Benda-benda aku kene sediakan untuk majlis bertunang tu :

1. Baju cantik.
2. Makanan sedap2.
3. Goodies bag kecil.
4. Jari-jemari untuk cincin. Eh? :p

Ada lagi ke agak2 nak kena prepare? :O

Friday, December 14, 2012

"Dah Penat Jaga Hati Orang"

Assalamualaikum.

Pernah tak dengar atau pernah tak guna ayat "Dah Penat Jaga Hati Orang"? Ayat azimat tu, sepatutnya dikonyok-konyokkan pastu campak dekat :



Tong Sampah

Yes. Dalam tong sampah. It should be there. Dan dilupuskan right after. Kalau aku jumpa siapa yang invent ayat ni, memang aku nak basuh-basuh otak dia. Ayat ni seriously membuatkan manusia bergaduh dan berpecah. Jaga hati orang ni tak patut ada LIMIT nya.

Macam ni la pengguna tegar ayat ni. Adakah korang rasa koranglah manusia paling pandai dan hebat dalam jaga hati orang? Adakah korang telah menjaga hati orang 24/7 selama ni?

If YES, ayat ni korang tak boleh lah nak pakai. Sebab orang yang setiap saat jaga hati orang, basically adalah orang yang sangat baik dan suci hatinya. Takkan guna ayat ala-ala hukuman ni.

If NO, korang takde hak nak guna. Do you aspect people would jaga hati korang setiap saat ke kalau korang bukannya jaga hati orang setiap masa? Kalau rasa dah tak mampu nak jaga hati orang, berlalu je la dari hidup orang tu. Simple.

Tak faham betul orang yang mengalah dalam berusaha jaga hati orang. Hati tu boleh tak kuat sikit? Jangan jadi lemah dan lembik sangat. Jadi gagah. Cuba selalu think positive. Ironinya, dalam apa-apa cabang kehidupan, siapa yang gagah, akan survive. Siapa yang lemah...? Fikir sendiri.

Jadi, katakan TAKNAK  kepada "Dah Penat Jaga Hati Orang".

Wednesday, December 12, 2012

Pertandingan Fotografi

Assalamualaikum.

Today 12/12/12 aku secara tak sengaja TER menang untuk pertandingan fotografi la pulak walaupun saguhati je. Yang seronoknya menang atas pilihan juri Malaysian Nature Society (MNS). Bukan juri pertandingan fotografi masa Youth Environment Expo (YEE), UPM. Rasa kanak-kanak istimewa sket la. Hikhok :p

Selepas tamat pertandingan dan pemilihan tempat pertama, kedua dan ketiga, Facebook page YEE diberi kepada MNS. Kiranya pertandingan dah tamat la dan dah ada pemenangnya. And of course la aku tak menang.



Tak semena-mena MNS umumkan hadiah utk MNS's category bila MNS ambik alih facebook page. Sedangkan takde pun dalam anjuran pelajar UPM tu category ni. Hadiah kahwin agaknya. Eh? :p


Karya Aku


Segannya aku. Tapi syukur Alhamdulillah. Dapat jugak saguhati eventhough lawan dengan pro photographer lens panjang2 over mahal. Berbaloi la photo shoot panas-panas, meniarap, terkangkang sume. Dah kaya nanti aku nak beli lens panjang sedepa yang bole tengok bukan sahaja mikroorganisma malah elektron. K. Over.

Dah. Tu je. Bai

Tuesday, December 11, 2012

Jawapan

Assalamualaikum.

Sambungan dari entry Akan Berjumpa

*senyum2*

Me and mr Aussie was met.

Balik-balik kene tanya dengan kawan-kawan. Oh em jay korang. Sangat girl-girl. Dekat twitter, facebook and real life kene tanya. -_-" I know korang excited. Cuz me neither! tihihi :p

Kitorg just borak-borak biasa je. Takde benda penting-penting pun. Okay, tipu. We discussed important things. A lot. You know. That get to know each other and stuff. Yela. Kawan baru la katakan.

Yang penting, he said this particular things that make me, melt like an ice cream mcflurry oreo kene biar dekat matahari. ayat dia lebih kurang macam ni.

"Saya nak cakap 5 perkara ;

1. Kalau awak cari yang kaya raya, itu bukan saya.
2. Kalau awak cari yang hensem dan good looking, itu bukan saya.
3. Kalau awak cari yang pandai bahasa-bahasa puitis, itu juga bukan saya.
4. Tapi, kalau awak cari yang akan berusaha jadi baik sebaik mungkin, itu mungkin saya.
5. Kalau awak cari yang berusaha bawa awak ke jalan benar menuju syurga, itu mungkin saya.

Dengan 5 menifesto ni, saya melamar awak."
(mr Aussie, 2012)

mini heart attack i had at those instantaneous time (aplikasi fizik sangat). Muka panas mcm nak pakai coolfever. Blueberry cheese cake atas meje hancur dikuis-kuis. Tapi aku tak jawab lagi. I need extra time. Even he already gave me 2 months. I said im gonna answer it tomorrow which means today.

Jadi, dengan rasa rendah diri dan malu yang menebal nya di sini, juga dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, i want to response to his proposal with ; "Saya terima lamaran awak mr Aussie". *senyum*

Doakan yang baik-baik.

:)

Sunday, December 9, 2012

Akan Berjumpa

10 December 2012, is the date where me and him are going to meet. I'm going to meet the man who proposed me to be his wife! (sebut wife tu slow2 sket volume dia. hihi) and of course, I'm gonna meet him with my two girlfriends as my strengthener. cewah. 

"O Lord, give me some strength"

perkara yang harus di highlight :
- we never met before
- we are not in love, yet. (lebih minat bercinta selepas nikah)
- no answer for his proposal,yet.
- berapa banyak yet daaa.
- that's it. what am i suppose to do? *nanges*

With parent's permission, i start counting time with Bismillah. May Allah bless Us.

Ameen.

:)

p/s :  Neves tahap apa dah ni nak jumpa encik australia.

Monday, December 3, 2012

Istanbul Aku Datang

Istanbul Aku Datang.
just watched the movie.
and.
i kinda hate a part.
where Azad "kantoi" ada perempuan lain dekat Istanbul.

Bila Dian menangis.
Aku menangis.
Teresak-esak.
Lebih-lebih dari Dian sendiri.

I can feel Dian.
Cuma aku bukan Istanbul.
Perancis.
Pantang betul orang curang.
Serious.

Friday, November 30, 2012

Musykil


Musykil sejenak.
Apa dia masih mahu?
Atau sudah putus asa,
menunggu aku?

Kalaulah dia faham.
Bahasa tuturan hati ini.
Kalaulah.

Thursday, November 29, 2012

Yakin


bila kau seorang diri dan punya masalah,
siapa yang kau cari?
--
kalau kau fikir Dia,
tahniah, kau memang manusia berguna.

percayalah,
jika kau punya masalah pada satu-satu masa,
kau minta pada Dia,
Dia tolong serta merta!

kau hanya perlu yakin.
ya, yakin.

:)

Monday, November 26, 2012

Perlu

 
Tatkala kita menolak cinta sejauh mungkin,
ia datang semakin dekat mendakapi kita.

Tika kita hindari cinta yang cuba merasuki kita,
ada satu suara kecil berbisik halus ;

"aku cinta. kau perlu aku"
diam.
tanda setuju.
 

Wednesday, November 14, 2012

Kempen Tutup Aurat + Street Dakwah

Assalamualaikum.

11 Nov 2012 ritu aku telah mengejoin kempen tutup aurat kat KLCC. Kempen ni anjuran Team Khemah + Team Hijrah. Team ni bukan la team rasmi atau apa2. It just a team that gather us (muslimin and muslimah) to discuss, story, share or other good things that beneficial. Mahu join team tersebut? Singgah saja ke #TeamHijrah atau #TeamKhemah. Moga bermanfaat hendaknya.

Aktiviti kitorang :

1. Solat jemaah
2. Usrah
3. Taaruf
4. Edar risalah
5. Dakwah di jalanan ( dengan berpakaian menutup aurat dan berakhlak baik di kira dakwah jugak kan?)
6. Makan-makan (eh?hihi)
7. Amek-amek gambo dengan baby nikon d3200 (feeling-feeling outing kat taman)

Gegambar untuk menjeleskan kengkawan yang tak dapat nak join (ayat keji) :
 
 
runaway masjid As-syakirin
 
 
"Disepanjang kegelapan itu, pasti akan ada cahaya dipenghujungnya."
 (ijjah ajhar, 2012)
 
*krik3*
 
-_-'
 



sang gadis
 
 
 

riang ria kekanak ribena
 
gembira bergambar. terlupa sejenak tujuan datang.
hihi.
 
masa kitorg amek gambo, siap ni ade orang awam lain amek gambo kitorg. retis uolss.
 
 :D
 


jalan tanpa arah tuju

 
 
tipu.
ada je arah tuju.
haruslah jalan-jalan edar risalah.
 
 

risalah comel tentang kempen tutup aurat
 
 
 bagi kat orang tu.
bagi kat orang ni.
 tapi bila dapat kat budak ni :
-_-?
 


budak kecit : ite kene kitar shemula keyetash ni la tatak-tatak semua
 
 comelnya adik ni *cubit kuat-kuat*
(insiden selepas itu telah disensored disebabkan aksi yang membahayakan)
 
 
:O
 
 
kuat mereka cerita aku ni rupanya.
:D
 
sudah.
 


wanita-wanita anggun :) :)
 
Like people said, wanita merupakan hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah.
:)
 
 
 
penat. tapi masih gagah
 
 
 
 
berusrah
 
 
 
 
pokok 100 tahun di taman klcc

 ok. tipu.
mana aku tau umur pokok ni.
sekejap.
motip aku letak gambar ni???
-_-
 
 
 
ok dah.
bye.
 
 
 

Friday, November 2, 2012

Al-Fatihah untuk Allahyarham Atuk Sahak

Assalamualaikum.

My grandfather who is my dad's dad passed away on October 27 2012. Sedihnya, Allah je tahu. Lagi2 bila tengok Tok Nab ( grandmother ) cried. Sambil cakap kat anak2, "Abah ko dah takde" banyak2 kali. Laju2 aku pandang tempat lain untuk menyeka air mata yang murah pada masa tu.

Bila nenek aku menangis macam tu, runtun hati aku. Lantas aku bayangkan derang berpisah setelah hampir 60 hidup bersama. Allahurabbi. Moga Allah kuatkan hati Tok Nab. Moga Allah masukkan Atuk Sahak ke dalam Jannah. Moga aku jumpa atuk nanti di sana. Ameen.

Al-fatihah :

 
.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 
 
 
.الرَّحْمـنِ الرَّحِيم
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
 
 
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan
 
 
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan
 
 
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus 
 
 
.صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ
عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
 
 
 
Ameen.

Tuesday, October 16, 2012

Niqabis

 
Assalamualaikum.
 
Who's that?
 
Aku tak bole nak surprise-surprise.
kawan-kawan kenal je.
-_-"
 
 
 
niqabis-to-be
 
 
Cita-cita memang tinggi melangit.
Tapi bukan mudah.
Perlu fahami fiqh, baru amal.
Bukan wajib pun.
Jika mahu, dalaman harus kuat.
 
 
InshaAllah.
One fine day.

Monday, October 15, 2012

Baitul Mahabbah

Assalamualaikum.
 
 Hari tu aku join charity kelab Rakan Alam Sekitar.
Batch aku jugak.
Pergi rumah anak-anak yatim.
seronok habaq hang.
The kids are so lovely.
 
Here are some pictures.
Priceless memories that have been made.
:)
 
 
bebudak ganteng + bijak
 
budak kecit di layan penuh ramah
 
calon suami mithali. pilih3
 
sedapnya sedut getah. nomnomnom
 
kite fireeee~

awwhhh. berciri kebapaan.

oh, gambar bergerak. nikon d3200, work harder next time (salahkan kamera)



rajinnyeee
 

colour dengan penuh gigih


we were here :D
a lot of activities we did together with the kids.
 
 
we are going to miss you all kids :')

ok dah. tu je. bai.



 
“Dan mereka bertanya kepadamu mengenai anak-anak yatim.
Katakanlah, “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amat baik bagimu.”
(Al Baqarah, 2:220)


 


Monday, October 8, 2012

Tanglung

Assalamualaikum.
 
 
Disebabkan aku budak baik, aku telah pergi join aktiviti kolej. Aktiviti main tanglung.
 Tanglung yang ada tersangat comelnye la hai. adoi.
 
 




ini tanglung aku dapat. Comel level berapa tak tahu.

 
 

tanglung roomate. jeles sebab dia punya lagi comel
 
 

muka over excited
 
 
bukti aku excited dapat tanglung free smpi org jalan laju-laju aku masih dalam dunia gembira dapat tanglung free.
 
 
okay. mohon tidak cemburu.
 
 
lepas tu aku jenjalan la kat padang.
 
 
 
dalam hati : nak main kat situ. kat orang raramai tu.
 
 
dan.
aku pergi.
eheh.
 
 
 
muka puas dapat main tanglung kat orang raramai.
 
 
ye. memang muka mintak penampar. sila tampar lemlembut.
 
ok dah. tu je. bai.
 
 




Friday, October 5, 2012

Cerpen : Konspirasi


“Tolong aku” pinta Henry Patrova.

Azreil Miller memandang Henry dengan kerutan di dahi. Azreil diam.

“Tolong aku Azreil. Aku tah tahan” Henry meminta bantuan Azreil. Azreil tidak mahu membantu. Dia tidak mahu campur tangan urusan Henry dengan Frank Gail. Frank berbahaya.

“Apa kau borak dengan Azreil tu Henry? Mari sini” Dari jauh tedengar laungan Frank. Frank menggunakan isyarat tangan memanggil Henry. Henry memandang Azreil. Minta belas. Henry kemudian mendekati Frank.

“Pegang sini” Frank mengarahkan Henry memegang kain sebelah dalam poket belakang seluarnya. Azreil memandang Frank.

“Jangan sibuk,si kacak” marah Frank kepada Azreil.

Azreil memandang mereka pergi. Hatinya sakit dengan kelakuan jijik Frank. Frank melakukan penderaan seksual songsang kepada ramai banduan di situ. Henry bukan mangsanya yang pertama.

Azreil, Henry dan Frank merupakan banduan di penjara Illinois , Amerika. Mereka berada di situ atas kesalahan-kesalahan tertentu. Frank dimasukkan ke penjara itu atas tuduhan merogol kanak-kanak perempuan dan melakukan pembunuhan ke atas seorang lelaki yang tidak mahu bersamanya. Henry pula dipenjarakan kerana mencuri kereta.

Namun berbeza pada Azreil. Azreil merupakan seorang bekas ajen FBI. Dia berada di situ bersebab. Mahu menyelamatkan keluarga dan kekasihnya. Mikaila ; yang diculik dan diancam bunuh! Dia sengaja merasuah seorang pegawai polis dan dengan sengaja biar dirinya tertangkap agar dia dapat memasuki penjara di Illinois itu.

3 bulan sebelumnya.

“Sayang, tolong. Mereka mahu bunuh saya!” rayu Mikaila ketika menguhubungi Azreil. Ketika itu seorang ejen FBI bertubuh sasa mengacukan pistol jenis silencer ke kepala Mikaila. Ejen tersebut merampas telefon dari Mikaila.

“Kau dengar kekasih kau itu Azreil?” soal ejen FBI bertubuh sasa itu.

“Celaka! Kau jangan apa-apakan dia! “ marah Azreil. Azreil menumbuk dinding tandas awam tempat dia menjawab panggilan ugutan itu. Ejen FBI bertubuh sasa meneruskan perbualan.

“Dapatkan Gerard. Jangan biar sesiapa dekat padanya. Aku mahu kau bawa dia keluar hidup-hidup dari penjara itu” Ejen FBI bertubuh sasa memberi arahan.

“Kau mahu aku larikan dia dari penjara? Kau memang keji! Tuan Gabenor sudah hilang akal!”maki Azreil. Namun suaranya diperlahankan agar tiada siapa mendengar perbualannya.

“Azreil. Tenang. Jangan cepat naik angin. Ibu kau di Florida aku lihat tenang orangnya” Ejen FBI cuba meledakkan marah Azreil dengan ugutan demi ugutan.

“Jahanam!” Azreil mengetap giginya menahan marah.

“Kau tahu rahsia Gabenor. Jadi, kau bertanggungjawab tentang itu” Ejen FBI bertubuh sasa mematikan panggilan.

Penjara Illinois, 4 p.m

Azreil duduk di bangku tepi padang tempat para banduan berkumpul pada waktu petang.

“Kau sudah tahu bila mahu keluar?” soal Gerard. Gerard menghampiri Azreil. Gerard adalah adik kepada Gabenor. Gabenor kepada negara yang penuh konspirasi itu. Gerard berada di situ atas kesalahan membunuh.

“Malam ni kita gerak. Tiada lagi kesalahan seperti sebelum ini. Kita hampir tertangkap kerana kebodohan kau Gerard” Azreil melihat sekeliling jika ada polis kawalan yang mendengar mereka.

“Kau pasti kita akan selamat sejurus kita keluar dari sini?”soal Gerard risau.

“Aku sudah selesaikan semua itu. Kita akan lari ikut Fringe” Fringe adalah salah satu jalan di luar penjara. Jalan itu selamat dari polis. Azreil sudah lakukan kajian terperinci tentang itu.

“Henry dan Frank juga akan ikut? Kau pasti tentang tu?”soal Gerard tidak puas hati.

“Kau mahu rancangan kita rosak? Mereka sudah dengar perbualan kita. Mereka akan menggagalkan rancangan kita jika mereka tidak lari bersama kita. Kerana mereka juga menolong kita cari jalan keluar” Azreil memandang Gerard tajam.

Gerard diam. Gerard memandang Henry dan Frank yang dalam masa yang sama sedang memandang mereka dari jauh.

Penjara Illinois, 11.30 p.m

“Saya mahu kesemua banduan itu tertangkap hidup atau mati! Jangan lepaskan sesiapa.” arah Warden penjara Illinois. Kereta polis dan anjing polis merata-rata di sekitar Illinois.

“Kita berpecah di sini. Ambil jalan masing-masing” arah Azreil kepada Frank dan Henry setelah mereka melarikan diri dari penjara Illinois. Frank dan Henry menurut. Mereka berdua berpecah. Mereka lari sepantas mungkin.

“Ikut aku Gerard” Azreil dan Gerard berlari ke arah satu bangunan lama. Di situ FBI bertubuh sasa sudah menunggu mereka berdua.

Setibanya di bangunan lama itu, Mikaila berlari ke arah Azreil.

“Azreil!” Mikaila memeluk Azreil. Azreil tersenyum pada Mikaila.

“Kamu okay?” Azreil merenung Mikaila. Mikaila mengangguk.

Ejen FBI bertubuh sasa menghampiri Azreil. Dia menujah pistol jenis silencernya ke kepala Azreil.

“Aku sudah lakukan apa kau suruh, anjing!” Azreil menjerit. Azreil kemudian menyambung kata-katanya.

“Aku tidak perlu berada di situ pada waktu itu. Aku tidak perlu tahu adik Gabenor membunuh Naib Presiden!” Azreil memandang ejen FBI bertubuh sasa, 'anjing' suruhan Gabenor.

“Malangnya kau ada di situ. Kau tahu terlalu banyak perkara Azreil. Gabenor mahu kau lenyap.” Ejen FBI itu mengalihkan pistolnya ke kepala Mikaila. Mikaila ditembak laju. Peluru menembusi kepala Mikaila. Mikaila sudah tidak bernyawa.

“Binatang!” Azreil cuba melawan. Namun ejen FBI bertubuh sasa itu bergerak lebih pantas. Azreil ditembak di bahagian dada. Azreil jatuh tersungkur.

“Kebenaran pasti akan menang.” Itu kata-kata akhir Azreil sebelum dia menghembus nafas yang terakhir. Ejen FBI bertubuh sasa menyimpan pistolnya.

“Uruskan mayat-mayat ini” ejen FBI bertubuh sasa mengarahkan ejen FBI lain yang bersubahat dalam konspirasi itu. Dia kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang.

“Selesai Tuan Gabenor” ejen FBI itu memaklumkan kepada Gabenor. Ketawa Gabenor bergema di bilik tidur rumah agamnya. Lima saat selepas Gabenor meletakkan telefonnya, rumah agamnya meletup. Tiada siapa di sekitar rumah agam itu terselamat dari letupan dasyat tersebut.
 
-the end-
Cerpen tercipta hasil pengaruh cerita Prison Break.

 
nota kaki : di mana-mana ada konspirasi sekarang. korang yakin ke lecterur korang tak wujudkan konspirasi untuk carrymark korang? pergi buat esaimen sana. Hihi
 
 

Monday, October 1, 2012

Annyeong!

(PAKEJ SEOUL KOREA 6 hari 5 malam)

Tarikh : Cuti Sekolah 24-29 Disember

Musim : Salji

Tempat : Seoul, Nami Island, Lotte World, Namdaemun, Myeondong dan banyak lagi

Pakej : Pakej termasuk tiket penerbangan pergi dan pulang, hotel, makan dan minum, tiket masuk ke tempat lawatan, pengangkutan dan tips pemandu pelancong

Harga : RM2890

Jika berminat, boleh hubungi En. Jarir di talian 013-6288 028 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Terima kasih. info by : imam muda hassan.



 
nami island. nak main lalari kat tempat jijiwang winter sonata ( google image )

 
Lotte world ( google image )



okay. cicita aku nak tukar ( google image ) tu jadi ( izzah azhar's ). dari darjah 6 nak pegi korea. mana nak cari rm 2890 tu...?? *kunyah-kunyah maruku*



Saturday, September 29, 2012

Cerpen : Takdir


“Aku terbaca blogpost menarik dekat facebook tadi” Trisha bersuara selepas usai melayari internet pada hujung minggu.

“Apa kau baca?” soal Karmila bersahaja. Dia menyoal Trisha berbasi-basi kerana dia sedang seram sejuk membaca novel thriller yang terbaru hasil garapan Ramli Awang Murshid ketika itu.

“Tentang kahwin muda. Nikah khitbah. Seronoknya kalau dapat kahwin.” Trisha menongkat dagunya di atas meja dan tersenyum lebar.

Kamilah memandang Trisha lantas ketawa.

“Eee. Mengadanya minah ni. Aku tak pernah fikir nak kahwin. Gedik. Dah tu, tunggu apa lagi? Kahwin la cepat. Tak sabar aku nak jadi flower girl kau” Karmila sarkastik.

“Kau apehal budget budak-budak, nak jadi flower girl bagai?” Laju Trisha membaling Teddy Bear pemberian Amirul kepada Karmila. Sempat Karmila mengelak.

“ Dan, kau apehal baling-baling Teddy Bear kekasih awal dan akhir kau ni dekat aku? Buang dari tingkat 7 ni baru tahu” Karmila acah-acah mahu campak Teddy Bear dari tingkap asrama universiti mereka.

“Buang la. Aku mintak Amirul beli baru. Apa ada hal” Trisha menjawab laju. Trisha mengembang kempiskan hidung nya pada Karmila tanda bergurau.

“Kurang asam. Mentang-mentang Amirul anak jutawan. Gedik level berapa aku tak tahu” Karmila membaling semula Teddy Bear pada Trisha. Trisha dan Karmila ketawa.

Trisha menghampiri katil Karmila, teman sebiliknya dari tahun satu mereka di universiti itu. Kini mereka sama-sama pelajar tahun akhir jurusan sains akturial.

“Aku serious ni Karmila” Trisha duduk di sebelah Karmila yang sedang baring.

“Kau ingat aku main-main ke nak jadi flower girl kau?” Karmila menutup novelnya. Trisha mencubit Karmila. Karmila ketawa gedik.

“Aku nak kahwin” rengek Trisha.

“Eh nyah, kau nak kahwin, kahwin lah. Siapa halang?” Karmila cuba berpondan-pondan.

“Hahahaha. Sengal. Kau taknak?” soal Trisha dalam tawa.

“Tak kuasa mak, nyah” jawab Karmila. Mereka ketawa lagi.

Mereka meneruskan perbualan mereka. Sama-sama berbaring di atas katil. Sesekali tawa mereka terburai membincangkan perkara-perkara yang mereka dan kaum hawa suka cerita bila bersama. Iaitu hal perkahwinan.


2 bulan kemudian.


“Aku terima nikah Nurul Karmila dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit tunai.” Para tetamu yang menyaksikan majlis akad nikah itu mengaminkan doa yang dibacakan selepas sah akad nikah. Amirul juga mengaminkan doa tersebut. Amirul membetulkan songkoknya dan memandang Trisha.

Trisha menghampiri Karmila. Dahinya berkerut. Matanya berair. Amirul hanya memerhati dari jauh. Amirul yakin Trisha akan berkata sesuatu pda Karmilla.

“ Sampai hati kau Karmila buat aku macam ni. Ni ke kawan?” Karmila dan Trisha keduanya menangis.

“Maafkan aku Trisha” jawab Karmila. Trisha memandang Karmila.

“ Maaf? Senangnya kau ucap maaf” Trisha menahan air matanya. Trisha menyambung lagi kata-katanya.

“ Tak pernah fikir fasal kahwin, tak kuasa bagai. Sekali, ambik. Dasar! Aku nak kahwin dulu la. Kau pulak yang kahwin. Dengan abang Amirul pulak tu. Geramnya” Trisha mencubit pipi Karmila.

“Sorry la der. Aku tak sengaja. Ini takdir. Kehkehkeh” Karmila sarkastik.

"Tak sengaja?" Trisha menjegil matanya. Mereka sama-sama ketawa bersama air mata kegembiraan.

The End.


 
 
nota kaki : yang nak kahwin sangat tu la, lambat kahwinnya.yang taknak2 kahwin tu la selalunya kahwin dulu. haaaa. ayokkkk. tak tahu... Baik jangan fikir sangat. Orang ajak kahwin nanti baru korang tahu gundah gulananya nak fikir. Pegi fikir benda lain gi.
 


Monday, September 24, 2012

Mahu Lakukan Apa?

Assalamualaikum.

From : Encik Australia.
Cik Izzah, I think I’ve made a mistake. I reckon this is not the right way to do it. Mungkin di sebabkan nafsu, sy boleh terlepas pandang benda ni. Btw, mesej ni sangatlah panjang. Harap cik izzah dpt baca sampai habis.

1) Sy nak clarify yg sy still ada niat nk kahwin dgn cik izzah. Waktu berkenalan kita yg terlalu singkat tidak menjadi masalah bg sy. Cukuplah utk sy mengikuti nasihat dan kriteria2 yg diberi oleh Nabi dlm memilih calon isteri. And in my point of view, Cik Izzah ada kriteria2 tersebut.

2) Disebabkan sy mmg berminat nak bernikah dgn cik izzah, maka tipu lah kalau sy kata sy takde perasaan sedikit pun dkt cik izzah. Pelik bukan, pdhl baru kenal kejap? Well, sbg seorang lelaki, mmg menjadi fitrah sy diciptakan lemah terhadap wanita. 

"...dan manusia itu dijadikan berkeadaan lemah". [Al-Nisaa: 28]

Ibn Abi Hatim meriwayatkan bhw Tawus berkata yg dimaksudkan adalah mengenai lelaki yg diciptakan lemah bila berhadapan dgn wanita. 

Imam Waki' berkata bhw akal kaum lelaki hilang bila berhadapan dgn kaum wanita.

[Sumber: Tafsir Ibn Katsir] 

3) Atas nasihat para ulama’ , sy rasa tidak elok utk kita meneruskan sesi taa’ruf secara berdua mcm ni, walaupun hny dlm text. Agar tidak timbul nya penyakit hati dlm diri saya, dan agar tidak timbul fitnah kpd kita berdua.

Kata Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdillah Al-Fauzan hafizhahullah :
“Tidak mengapa seorang lelaki berbicara melalui telepon dengan wanita yang telah dipinangnya, bila memang pinangannya telah diterima dan pembicaraan yang dilakukan dalam rangka mencari pemahaman, tanpa adanya fitnah. Namun bila hal itu dilakukan melalui perantara wali si wanita maka lebih baik lagi dan lebih jauh dari keraguan/fitnah. 

Adapun pembicaraan yang biasa dilakukan laki-laki dengan wanita, antara pemuda dan pemudi, padahal belum berlangsung pelamaran di antara mereka, namun tujuannya untuk saling mengenal, sebagaimana yang mereka istilahkan, maka ini mungkar, haram, boleh membawa kepada fitnah serta menjerumuskan kepada perbuatan keji.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوفًا
“Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” [Al-Ahzab: 32]

Seorang wanita tidak sepantasnya berbicara dengan laki-laki ajnabi kecuali bila ada keperluan dengan mengucapkan perkataan yang ma’ruf, tidak ada fitnah di dalamnya dan tidak ada keraguan (yang membuatnya dituduh macam-macam).” 

[Sumber : Al-Muntaqa min Fatawa Fadhilatusy Syaikh Shalih bin Fauzan 3/163-164]

4) Sy ingin kan perkahwinan yg berkah. And of course, Cik Izzah pun inginkan mcm tu. So, adalah lebih baek utk kita start dgn cara yg betul, spy mudah mendapat keberkatan dari Nya. Even kalau takde jodoh pun, at least we have tried our best to do it in a good way.

5) To be honest, I am confident and brave enough to ask permission from your parents. It will be better if we can know about each others with their present. Sesi taaruf dgn kehadiran mereka. But unfortunately, sy takde di Malaysia. So, tak boleh la nak buat mcm ni dlm masa yg terdekat.

6) For me, I do not need to know more about you. Cukupla sekadar yg sy tahu, sbb itu je yg sy perlu tahu utk menguatkan niat sy utk bernikah dgn cik izzah. Nak tahu lebih rasa nya tak patut utk sy, yg takde hubungan apa2 dgn cik izzah.

7) But I do not know about you, whether you still need to know more about me, or not. 

glasses I’m willing to wait until the end of this year, to make it in the right way. Tunggu sampai sy ada kt Malaysia.

9) Tp kalau andai kata dlm jangka mase ni :
- cik izzah rasa tak berminat dgn sy
or
- cik izzah dpt terima lamaran org laen, and cik izzah terima

Please do tell me about it. Mmg tak boleh nak paksa perempuan utk kahwin dgn lelaki bukan pilihan dia, and adalah salah utk sy mengambil tunangan orang. And sy takkan tahu perkara2 tersebut sekiranya tidak diberitahu.

لاَ تُنْكَحُ الْأَيِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ وَلاَ تُنْكَحُ الْبِكْرُ حَتَّى تُسْتَأْذَنَ. قَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، كَيْفَ إِذْنُهَا؟ قَالَ: أَنْ تَسْكُتَ
“Tidak boleh seorang janda dinikahkan hingga ia diajak musyawarah/dimintai pendapat dan tidak boleh seorang gadis dinikahkan sampai dimintai izinnya.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah! Bagaimana izinnya seorang gadis?” “Izinnya dengan ia diam,” jawab beliau. [HR. Al-Bukhari no. 5136 dan Muslim no. 3458]

الْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ، فَلاَ يَحِلُّ لِلْمُؤْمِنِ أَنْ يَبْتَاعَ عَلى بَيْعِ أَخِيْهِ وَلاَ يَخْطُبَ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيْهِ حَتَّى يَذَرَ
“Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Maka tidaklah halal baginya menawar barang yang telah dibeli oleh saudaranya dan tidak halal pula baginya meminang wanita yang telah dipinang oleh saudaranya hingga saudaranya meninggalkan pinangannya (membatalkan).” [riwayat Muslim (no. 3449]

10) InshaAllah, kalau ada jodoh antara kita mmg takkan ke mana. I shouldn’t worry too much like I was. Of course, kita perlu usaha, tak boleh duduk diam je. And this is my effort. Yg lain akan diserahkan kpd Allah.

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum [30] : 21)

11) Tak bermaksud lepas ni tak boleh nak komen langsung/like/or something like that. Cuma tak perlu utk selalu text, unless there is something very important. Taktau nak bagi contoh apa, tp mana la tau kan.

12) Don’t get me wrong. I’m not blaming on you or something like that. Takde salah sape2 pun. In fact, sy nak ucapkan terima kasih dkt cik izzah. Disebabkan perbuatan cik izzah utk tangguh balas text membuatkan sy berfikir dan tersedar. 

13) Sy nak mintak maaf kalau ada apa2 salah kata/tulisan sepanjang kita berbual.

14) Sekiranya cik izzah adalah terbaik utk diri sy, agama sy, dan kesudahan hidup sy, maka sy berdoa agar Allah mempermudahkan urusan kita. Sekiranya tidak, sy berdoa agar Allah palingkan sy dari cik izzah, dan palingkan cik izzah drpd sy, dan semoga Allah memberi kebaikan di mana saja kita berada.

15) Sekiranya sy adalah terbaik utk diri, agama, dan kesudahan hidup cik izzah, maka sy berdoa agar Allah mempermudahkan urusan kita. Sekiranya tidak, sy berdoa agar Allah palingkan cik izzah dari saya, dan palingkan sy drpd cik izzah, dan semoga Allah memberi kebaikan di mana saja kita berada.

16) Semoga Allah membantu kita.

17) Wallahu’alam.
*batuk-batuk*

Mahu saja aku bisukan -- hati kecil, halus berkata-kata.
Mahu saja aku tulikan -- suara-suara jiwa bingit, bisik berbicara.
Mahu saja aku butakan -- cahaya-cahaya memanggil, hadapinya.
Mahu apa lagi aku, supaya fikiran tenang sementara?


Taknak fikir. Boleh?